Walaupun kereta kini dianggap sebagai salah satu medium pengankutan utama di dunia namun ia hadir dengan pelbagai rekaan, bentuk dan juga warna. Malah kereta bukan lagi dianggap sebagai kenderaan semata tapi juga dianggap sebagai item status dan juga pelengkap hobi bagi sesetengah pihak.
Salah satu segmen yang pasti mencuri perhatian ramai ialah kereta mewah. Hadir sebagai sebuah ciptaan penuh artistik, kereta dalam segmen ini menjadi simbol status dan simbol kekayaan serta kedudukan. Jenama kereta mewah juga cukup mementingkan banyak aspek kualiti lalu menjadikan kereta ciptaan mereka cukup eksklusif.
Saban tahun kita menyaksikan deretan kereta mewah dihasilkan bagi memenuhi kehendak pasaran kecil yang cukup eksklusif. Rata-rata harga yang ditawarkan cukup boleh membuatkan ramai di antara kita ternganga!
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 kereta mewah paling mahal ditawarkan sepanjang tahun 2021 setakat ini.
Bugatti La Voiture Noire
Harga: USD18 juta (RM74.91 juta)
Kereta termahal dipasarkan pada tahun ini ialah Buggati La Voiure Noire. Nama ‘La Voiure Noire’ bermaksud ‘kereta hitam’ hadir dengan warna hitam elegan hasil rekaan pereka Buggati tersohor, Etienne Salome.
Rolls-Royce Sweptail
Harga: USD13 juta (RM54.1 juta)
Jenama yang ramai di antara kita sudah sedia maklum terkenal dengan simbol kemewahannya. Ia dilengkapi dengan enjin 6.75 liter v12 konfigurasi 8 transmisi kelajuan. Mampu menjana sehingga 453 kuasa kuda!
Ads
Koenigsegg CCXR Trevita
Harga: USD4.8 juta (RM19.98 juta)
Sebuah kereta mewah yang cukup unik dengan material utama digunakan untuk menghasilkannya ialah fiber hotam coated menjadikannya bersinar-sinar serta hadir dengan elemen warna putih perak. Mampu memecut sehingga 400 km/j!
Lamborghini Veneno Roadster
Harga: USD 4.5 juta (RM18.73 juta)
Kereta mewah sentuhan rekaan Itali sememangnya cukup istimewa di hati peminat automotif. Salah satu jenama asal negara tersebut yang cukup signifikan ialah Lamborghini. Kereta istimewa ini dilaporkan dihasilkan bersempena ulang tahun mereka yang ke-50.
McLaren P1 LM
Ads
Harga: USD3.6 juta (RM14.98 juta)
Sebuah lagi kereta mewah yang sangat pantas dari jenama yang cukup sinonim dengan simbol kemewahan moden. Ia dikuasakan dengan enjin V8 yang dikonfigurasi oleh Lanzante dengan twin-turbocahrger menjana kuasa sehingga 903 kuasa kuda.
Lykan Hypersport
Harga: USD3.4 juta (RM14.15 juta)
Lykan Hypersport merupakan jentera hypercar yang pertama dihasilkan oleh W Motors dan dilancarkan di 2013 International Qatar Motor Show. Ia mempunyai dua jenis transmisi berbeza ialah dengan 6 kelajuan trasmisi manual dan 7 kelajuan transmisi dual-clutch.
Bugatti Veron Mansory Vivere LE
Harga: USD3.4 juta ((RM14.15 juta)
Model ini dianggap sebagai antara yang paling ekslusif dan sangat terhad ketika dilancarkan pada tahun 2005. Dengan kelajuan maksima mencecah 410 km/j menjadikannya sebagai antara kereta terpantas di dunia.
Ads
Aston Martin Valkyrie
Harga: USD3.2 juta (RM13.32 juta)
Dikenali sebagai salah satu model kereta hibrid terbaik pernah dicipta oleh Aston Martin. Tampil dengan enjin V12 ia mampu menjana kuasa 1,160 kuasa kuda. Lantas menjadikannya sebagao kereta yang kelajuannya menghampiri kereta luma F1.
Ferrari Pininfarina Sergio
Harga: USD3 juta (RM12.48 juta)
Senarai ini tidak akan langkap tanpa turut membicarakan Ferrari. Ferrari Pininfarina Sergio dilengkapi dengan enjin V8 4.5 liter dengan trasmisi 7 kelajuan speed-cluth. Ia mula dipertontonkan kepada umum pada tahun 2013 di Geneva Motor Show seagai tribute kepada bekas pengerusi dan pereka automotif, Sergio Pininfarina yang meninggal dunia pada tahun 2021.
Pagani Huayra BC
Harga: USD2.8 juta (RM11.65 juta)
Jenama asal Itali yang mungkin ramai di antara anda belum pernah mengenalinya. Menggunakan enjin turbo charged Mercedes-AMG M158 V12 menyaksikan ia mampu memecut dari 0 – 97 km/j dalam tempoh 2.8 saat sahaja!
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terbaik!
Kredit: clacified.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi peminat filem James Bond, penggunaan kereta mewah jenama Aston Martin sudah sebati dalam filem ini. Sebanyak 4 model kereta Aston Martin telah digunakan di dalam francais filem ini. Namun, jangan terkejut Aston Martin kini sudah mula mengeluarkan motorsikal yang pertama.
Berpadu tenaga dengan syarikat motor
Dalam percubaan pertama ini, Aston Martin berpadu tenaga bersama pengeluar motorsikal yang sudah berusia 100 tahun iaitu Brough Superior untuk melancarkan model motorsikal berkuasa tinggi yang diberi nama AMB 001.
Ia dikenali sebagai motorsikal konsep yang unik, moden, ringan dan berkuasa tinggi. Selain itu, motorsikal ini hanya ditawarkan kepada pengguna sebanyak 100 model sahaja. Sekali pandang, ia menunjukkan bahawa motorsikal ini dicipta secara premium dan edisi terhad.
Dilengkapi ciri-ciri Premium
Untuk menampakkan elemen ‘Premium’, ia dilengkapi dengan dua rona yang mewarnai motorsikal ini iaitu ‘Hijau Stirling’ serta ‘Limau Sejati (Kuning limau)’. Selain itu, rangkanya diperbuat daripada bahan premium seperti Gentian Fiber, Titanium dan Aluminium Billet. Ia juga seberat 180Kg dan dilengkapi dengan pemasangan Enjin V-Kembar Turbocharged yang berupaya menghasilkan kelajuan hingga 180Bhp.
Sebuah motorsikal AMB 001 kini dijual dengan harga RM500K dan mereka yang berminat boleh pergi ke laman web rasmi Aston Martin.
Pernah tak anda lihat kereta yang di letakkan di kawasan letak kereta terbuka dengan pengelap cermin atau wiper di angkat? Malah besar kemungkinan ramai juga di antara anda melakukan amalan ini.
Amalan mengangkat wiper ini dikatakan untuk menjaga kondisinya agar tidak cepat rosak di bawah sinaran dan suhu panas cahaya matahari. Tapi adakah amalan ini benar-benar berkesan atau hanya mitos semata?
Selain itu ramai juga percaya dengan mengangkat wiper ke atas ia boleh menghalan habuk dan kotoran berkumpul pada bahagian cermin. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari TikTok saudara James Alatin yang mengatakan perbuatan itu tidak benar.
Malah dia turut berkongsi beberapa tip menarik cara yang sebenar untuk menjaga kondisi wiper agar jangaka hayatnya lebih panjang dan mempunyak ketahanan lebih tahan lama.
Ikuti beberapa tip yang dikongsi beliau di bawah
BERSIHKAN WIPER
Pertama sekali kena selalu bersihkan wiper menggunakan kain basah dan lap dengan sebaiknya. Jangan hanya bila nak cuci kereta sahaja kena bersihkan wiper.
BERSIHKAN CERMIN DEPAN
Jangan tunggu bila nak cuci kereta sahaja nak bersihkan cermin depan. Tahukah anda cermin depan merupakan antara komponen kereta yang paling banyak terdedah dengan kotoran.
Jadi bersihkanlah cermin hadapan dari semasa ke semasa dengan kerap. Apabila cermin bebas kotoran, wiper pun boleh berfungsi dengan baik dan tidak mudah rosak.
PILIH LOKASI TEDUH
Ini cara paling mudah. Jika ada pilihan, carilah lokasi tempat letak kereta yang berbumbung atau teduh. Antara musuh utama wiper kereta anda ialah cahaya dan bahang matahari yang panas.
Buat anda yang sering naikkan atau angkat wiper, terpulang pada anda untuk teruskan amalan itu. Tapi perkara yang paling penting dalam penjagaan wiper adalah kena selalu bersihkannya dan cermin pun kena sentiasa dalam keadaan bebas kotoran.
Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas) nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam menyemarakkan industri permotoran apabila meluaskan lagi rakan usaha sama menerusi Bajaj Auto Ltd dari India.
Lantaran itu terhasillah tiga produk baharu iaitu V15,RS200 dan NS200 yang pastinya mampu memberikan saingan kepada jenama lain jika dilihat dengan harga yang ditawarkan.
Ruang tunggang uji kali ini akan membicarakan potensi Pulsar NS200 yang dijana enjin 199cc, SOHC, 4-lejang, penyejukan cecair.Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.
SANTAI
Berkesempatan menunggang uji Pulsar NS200 dalam tempoh seminggu yang diberikan Modenas pada awal Ramadan lalu dimanfaatkan penulis dengan laluan lebuh raya menjadi ujian pertama menguji kemampuan jentera menggunakan teknologi tiga palam yang mampu menghasilkan kuasa 24.5PS dan tork 18.6Nm ini.
Reka bentuk Pulsar NS200 yang lebih kepada motosikal naked secara tidak langsung memberikan keselesaan kepada penulis ketika memandu pada kelajuan 80 hingga 100 kilometer sejam (kmj).
Tindak balas ketika menukar gear juga begitu lancar, kedudukan tunggangan lebih santai, pelana empuk selain reka bentuk tangki bahan api yang aerodinamik menambahkan keseronokan tunggang uji dari Shah Alam menuju Putrajaya. Namun pada kelajuan 120 hingga 140kmj, keyakinan penulis untuk meneruskan kelajuan sedikit goyang terutama mengambil selekoh.
Dari segi penggunaan bahan api, penulis merasakan Pulsar NS200 agak jimat bagi tunggang secara solo namun ia bergantung kepada corak tunggangan dan bebanan.
KURANG SELESA
Pulsar NS200 yang ringan menjadikannya sesuai untuk tunggangan dalam bandar dan membelah kesesakan lalu lintas. Mudah dikendalikan dengan kuasa pecutan ketara antara kelebihan utama jentera dua roda ini.
Bagaimanapun penulis kurang selesa dengan kedudukan cermin pandang sisi yang terlalu rapat dengan pemulas selain agak pendek memberikan sedikit kesukaran ketika ingin menambah kelajuan mahupun melihat ke belakang.
Dilengkapi brek cakera hadapan 280 mm dan 230 mm dibahagian belakang memberi keyakinan ketara buat penulis untuk berhenti dari melanggar kenderaan yang secara tiba-tiba keluar persimpanan mahu pun menukar lorong.
Satu lagi kelebihan bagi penulis ialah Pulsar NS200 ini memiliki penghadang enjin dikedua belah bahagian untuk mengelakkan enjin mengalami kerosakan ketara apabila terjatuh selain tongkat tengah yang jarang-jarang ada bagi jentera dua roda 200cc seumpama ini.
JADI REBUTAN
Pulsar NS200 tampil lebih menarik, model yang dipasang tempatan itu dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang dari jenis LED, saiz tangki dengan kapasiti 12 liter namun tidak didatangkan dengan ciri ABS.
Melihat kepada harga yang ditawarkan iaitu RM9,222 (termasuk GST) pastinya ia mampu bersaing dengan jenama lain yang telah lama berada dalam pasaran.