Gaya Hidup

Senangnya Cuci Kipas! Ramai Tak Tahu, 2 Bahan Ini Boleh Elak Habuk Melekat

Share

Bila banyak habuk, memang susah anda nak cuci kipas. Ini kerana semakin lama kipas terpasang, semakin banyak habuk yang boleh melekat. Lebih-lebih lagi dalam suasana bilik yang penuh dengan barang, kain baju dan perabot.

Kesannya, pasang kipas pun tak terasa apa. Panas sahaja. Sebabnya? Habuk terlampau tebal malah boleh menyebabkan kita sentiasa rasa nak bersin.

Sebenarnya ada cara mudah anda boleh guna untuk cuci kipas dan elak habuk melekat. Ini rahsianya!

Apa bahan rahsia tersebut?

Jadi apa yang boleh dibuat? Maskulin nak kongsikan tips ‘dua bahan rahsia’ yang anda boleh cari di dapur dan fungsinya adalah untuk membuatkan habuk sukar melekat pada jaring mahupun bilah kipas.

1. Pelembut fabrik

2. Cuka makan

Betul ke ni?

Betullah! Kenapa? Tak percaya? Itulah realitinya. Jom mulakan proses mencuci kipas dengan langkah-langkah mudah ini.

Ikuti 8 langkah ini

1. Buka jaring dan bilah kipas tersebut. Bersihkan seperti biasa. Anda boleh gunakan berus kasut, berus sabut mahupun kain basah.

2. Keringkan air pada jaring dan bilah kipas tersebut dengan menggunakan kain pengelap yang kering.

3. Kemudian cari botol kosong atau botol berpenyembur (spray) untuk menyukat dan mencampurkan pelembut kain, cuka makan dan air biasa dengan nisbah 1: 1: 1 untuk setiap bahan.

4. Kacau atau goncang sehingga sebati. Sedia untuk digunakan.

5. Seterusnya, semburkan secara rata gabungan bahan tersebut pada bilah serta jaring kipas.

6. Biarkan untuk seketika selama 5 minit dan selepas itu, bolehlah dilap semula dengan menggunakan kain lembap.

7. Setelah kering, anda boleh pasang semula bilah kipas serta jaringnya seperti langkah pertama tadi. Kini, anda sudah boleh memasang kipas seperti biasa.

8. Ulangi langkah ini setiap dua atau tiga bulan sekali untuk mendapatkan kesegaran yang menyihatkan.

Mudah bukan? Apa kata, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang anda ‘terperasan’ kipasnya berhabuk. Kita bagi hint cara lembut gitu!

Published by
Akyem Samad