Gaya Hidup

Senangnya Baiki Sinki Tersumbat! Selain Mudah, Kos Pun Sangat Murah!

Share

“Lecehnya kalau sinki tersumbat!”

Mungkin itulah keluhan anda atau mungkin juga orang rumah. Memang cukup melecehkan kalau sinki bocor. Bukan sahaja melimpah dengan segalan bahan kotor malah bau juga sangat busuk!

Sebagai seorang lelaki sama ada sudah berkahwin atau masih bujang, kerja membasuh pinggan mangkuk merupakan satu rutin harian.

Walaupun anda seorang yang sibuk dan sering makan di luar namun paling tidak anda akan hadapi perkara basuh pinggan ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Bila sinki tersumbat memang ia satu perkara sangat melecehkan.

Ini terutamanya bila di hari hujung minggu di mana anda malas nak keluar dan duduk rumah sahaja. Nak makan pun tidak perlu susah, masak sahaja di rumah.

Namun agak menyakitkan hati bila tengah menyiapkan bahan-bahan untuk memasak tiba-tiba anda dapati sinki tersumbat.

Aduh, melecehkan betul!

Tapi anda jangan risau kerana sebenarnya terdapat beberapa cara mudah untuk mengatasi masalah sinki tersumbat. Pertama sekali anda perlu bertenang, tarik nafas dan berlagak steady sepanjang masa. Perkara kedua, anda boleh ikuti 5 cara mudah di bawah.

GARAM KASAR

Ini merupakan kaedah yang paling ringkas dan senang. Dan MASKULIN pasti di rumah anda pasti ada garam kasar atau setidak-tidaknya garam halus. Tapi seeloknya gunalah garam kasar ya. Taburkan garam kasar ke dalam saluran sinki yang tersumbat. Dapatkan air panas dan jirus ke dalam lubang sinki tersebut. Air garam yang dicurah akan membantu kotoran yang melekat menjadi larut.

BACA: Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Dapatkan Semula Telefon Pintar Yang Hilang

SERBUK PENAIK & CUKA

Sebut sahaja sebut penaik mungkin ada antara anda berkerut dahi. Okay kalau dalam geng suka memasak ia biasa dipanggil baking soda. Anda boleh gunakan serbuk penaik dan cuka untuk atasi masalah ini. Campurkan lebih kurang sesuku cawan baking soda dan juga sesuku cawan cuka di dalam bekas. Bila dicampur sebatian ini akan berbuih dan anda harus tuang segera ke dalam lubang sinki yang tersumbat. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas menjirus dengan air panas.

GARAM & SERBUK PENAIK

Jika di rumah tiada cuka anda juga boleh menggunakan garam. Gunakan sukatan kedua-dua bahan ini sama seperti di atas. Tambah air panas ke dalam sebatian ini dan kacau. Kemudian tuang ke dalam lubang sinki tersumbat. Anda juga boleh tambahkan air limau untuk memberikan hasil yang lebih berkesan.

PELOCOK

Ini kaedah yag paling biasa kita lihat.Tujuaannya ialah untuk menyedut dan memastikan kotoran yang melekat dapat dialirkan dengan kuasa sedutan. Untuk hasil lebih berkesan gunakan pelocok pada saluran sinki yang mengandungi air. Tekanan air yang ada dapat membantu menarik serpihan kotoran dalam saluran tersebut.

GUNA DAWAI

Orang dulu-dulu sering menggunakan pelbagai jenis bahan untuk menjolok lubang sinki tersumbat. Antaranya ialah menggunakan lidi dan juga dawai penyangkut baju. Namun kini zaman sudah berubah dan ada produk khas dijual untuk membantu anda atasi masalah ini. Dawai sinki atau dikenali sebagai drain snake merupakan pembersih saluran sinki. Masukkan sahaja hujungnya ke dalam saluran dan jika merasakan ada benda tersangkut, pusingkan beberapa kali. Bila selesai bilas dengan air panas.

Anda boleh cuba 5 cara di atas bagi atasi masalah sinki tersumbat. Namun untuk elakkan perkara sama berulang anda hendaklah mencuci dan melakkan pemeriksaan terhadap bahagian bawah sinki. Selain itu elakkan membuang bahan berminyak dan makanan di dalam sinki kerana ia lebih memberikan kesan buruk terhadap kesihatan.

Published by
Farizul Izwany