Untungnya jadi lelaki! Kajian mengatakan lelaki mudah kurus dan turunkan berat badan berbanding wanita. Ramai wanita yang merungut susah nak turunkan berat badan walaupun mereka dah buat macam-macam. Kalau berat mereka turun pun agak perlahan dan lambat.
Sebenarnya memang ada perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita, malah lelaki lebih mudah mencapai sasaran menurunkan berat berbanding wanita. Perkara ini diperakui oleh pakar selepas pelbagai kajian dan penyelidikan tentang perbandingan jantina dilakukan.
Jurnal Diabetes, Obesiti dan Metabolisme yang dikaji oleh sekumpulan saintis telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan dengan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.
Kesemua individu ini menjalani diet 800 kalori sehari yang terdiri daripada sup dan bijirin selama lapan minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.
Selepas tempoh lapan minggu, saintis mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 kg berbanding wanita hanya sekitar 10.2 kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan turun.
Bukan itu sahaja, 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pra-diabetes. Pra-diabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.
Ads
Secara umumnya, ini membuktikan lelaki mempunyai metabolisme lebih tinggi dan lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki akan lebih cepat.
Ini 5 sebab kenapa lelaki lebih mudah hilang berat badan seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.
1. Lelaki membakar kalori dengan lebih mudah
Portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun korang dalam keadaan rehat. Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.
Ads
Bagi wanita pula, lemak subkutan yang meraka miliki melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk melahirkan anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.
2. Hormon estrogen wanita ‘suka’ lemak
Hormon estrogen dalam tubuh wanita berperanan penting untuk penyediaan mereka semasa bersalin anak dan meningkatkan libido hubungan intim. Malah hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
Menurut penyelidik dari Universiti New South Wales, estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.
Ads
3. Tubuh lelaki cepat memberi reaksi
Disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila korang dalam usaha menurunkan berat badan. Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
4. Wanita makan apabila beremosi
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, apabila wanita terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, niat makan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
Apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Kalau lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan stres, panik atau depresi.
5. Wanita lebih mudah dan cepat panas letih ketika bersenam
Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah batu karang ini kerap menyerang lelaki kerana sering tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Tanpa mereka sedari, gaya hidup tersebut boleh mengganggu sistem buah pinggang.Dan tahu tak Lelaki lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih besar berbanding wanita.
Jika kita benar-benar menyayangi diri kita dan amanah tubuh badan yang diberikan, pastikan pencegahan diambil awal dan bukan menunggu rawatan.Awas dengan 8 risiko ini.
1. Batu karang merupakan salah satu penyakit yang biasa ditemui. Ia boleh berlaku pada nisbah setiap seorang daripada 10 orang. Risiko untuk mendapat batu karang adalah 5-10% & kemungkinan seorang hingga 2 orang setiap 1,000 orang dalam populasi.
2. Kejadian batu karang kerap berlaku pada usia 30-50 tahun. Rata-rata pesakit batu karang adalah di kalangan lelaki. Berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Nisbah sebanyak 3 orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.
3. Masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka. Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih mudah obes dan gaya pemakanan yang tidak seimbang merupakan puncanya.
4. Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan penghidratan. Malah mereka juga kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat.
5. Saluran urin lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut. Gaya hidup perlu diubah ke arah yang lebih sihat tanpa mengira jantina.
6. Namun, kebelakangan ini bilangan wanita menghidap masalah ini turut bertambah disebabkan pemakanan mereka.
7. Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin & cuaca panas.
8. Pekerjaan yang kurang melibatkan pergerakan seperti kerja yang duduk di pejabat atau individu yang jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah? Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.
Apakah punca hidung berdarah?
Kecederaan di hidung
Udara yang terlampau sejuk atau kering
Menghembus hidung dengan kuat
Terlalu kerap bersin
Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan? Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
Duduk dan tunduk ke hadapan
Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor
Sumber: myhealth.gov.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pastinya ramai antara anda yang gemar mengambil kopi sebagai minuman asas dalam kehidupan anda. Kopi dinyatakan oleh ramai pihak bahawa ia mampu untuk meningkatkan metabolism seseorang. Namun, ramai yang menyangka bahawa apa jua jenis kopi membantu dalam diet, sedangkan hanya kopi yang berbentuk kosong tanpa gula adalah paling terbaik untuk kesihatan.
Oleh kerana itu, anda diantara anda yang mengambil inisiatif dengan membeli kopi di Starbucks dengan harapan, kopi yang anda minum itu dapat membantu proses diet anda. Ini antara senarai kalori kopi di Starbucks yang patut anda ketahui, agar diet anda tidak tersasar.
Berikut, merupakan minuman Starbucks yang diurutkan berdasarkan tinggi kalori, gula dan lemak:
1. Tall Java Chip Frappucino memiliki 320 kilo kalori, 41,2 gram gula, dan 13,6 gram lemak.
2. Tall Double Chocolatey Cream Frappucino memiliki 297 kilo kalori, 34,1 gram gula, dan 14, 1 gram lemak.
3. Tall Mocha Frappucino memiliki 278 kilo kalori, 38 gram gula, dan 10,7 gram lemak.
4. Tall Caramel Frappucino memiliki 275 kilo kalori, 40,9 gram gula, dan 10,2 gram lemak.
5. Tall Strawberries and Cream Frappucino memiliki 270 kilo kalori, 39,3 gram gula, dan 10,6 gram lemak.
6. Tall Caramel Cream Frappucino memiliki 243 kilo kalori, 32,6 gram gula, dan 10,7 gram lemak.
8. Tall Vanilla cream Frappucino memiliki 225 kilo kalori, 29,1 gram gula, dan 10 gram lemak.
9. Tall green Tea Frappucino memiliki 216 kilo kalori, 10, 7 gram gula, dan 10,7 gram lemak.
11. Tall Espresso Frappucino memiliki 128 kilo kalori, 27,2 gram gula, dan 0,8 gram lemak.
12. Tall Vanilla Sweet Cream Cold Brew memiliki 96 kilo kalori, 5,4 gram gula, dan 2,4 gram lemak.
13. Tall Iced Caffe Latte memiliki 77 kilo kalori, 7,4 gram gula, dan 2,5 gram lemak.
14. Tall Cappucino Freddo memiliki 54 kilo kalori, 8,5 gram gula, dan 0,1 gram lemak.
15. Tall Nitro Cold Brew memiliki 26 kilo kalo ri, 0 gram gula, dan 0 gram lemak.
16. Tall Cold Brew memiliki 16 kilo kalori, 0 gram gula, dan 0 gram lemak.
6. Tall caramel Cream Frappucino memiliki 247 kilo kalori, 32,6 gram gula, dan 10, 7 gram lemak.
Tidaklah kami melarang anda mengambil minuman ini, namun jika ia kerap diambil, anda mungkin anda berhadapan dengan penambahan kalori yang sangat banyak. Hati-hati ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.