Senaman yang boleh menguatkan tenaga lelaki. Setiap lelaki pasti mahukan tenaga yang kuat, stamina yang mantap, dan tubuh yang cergas untuk menjalani kehidupan harian dengan penuh bertenaga.
Senaman Yang Boleh Menguatkan Tenaga Lelaki
Sama ada untuk kerja, bersukan, atau urusan di bilik tidur, kekuatan fizikal dan daya tahan amat penting. Tapi, ramai lelaki hari ini kurang bersenam kerana kesibukan kerja atau sekadar malas. Kalau anda mahu tenaga yang lebih hebat dan prestasi yang lebih baik, ini senaman yang patut anda amalkan!
1. Deadlift – Senaman Raja Untuk Kekuatan Lelaki
Kalau ada satu senaman yang boleh membina kekuatan lelaki secara menyeluruh, deadlift adalah jawapannya. Senaman ini melibatkan hampir setiap otot utama dalam badan, termasuk kaki, belakang, lengan, dan teras badan (core).
Manfaat utama:
✅ Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot
✅ Membantu penghasilan hormon testosteron (hormon utama lelaki)
✅ Memperbaiki postur badan supaya nampak lebih tegap
Cara buat:
*Berdiri dengan kaki seluas bahu dan barbell di hadapan.
*Pegang barbell dengan genggaman kuat dan pastikan belakang lurus.
*Angkat barbell ke atas dengan menggunakan kekuatan kaki dan belakang.
*Turunkan perlahan-lahan ke posisi asal dan ulangi.
2. Squat – Bina Kekuatan Kaki Dan Stamina Lelaki
Nak kaki yang kuat dan stamina luar biasa? Squat adalah senaman terbaik untuk anda. Kaki yang kuat sangat penting, bukan saja untuk bersukan, tetapi juga untuk kehidupan seharian dan aktiviti lain yang memerlukan tenaga.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan otot kaki dan punggung
✅ Meningkatkan daya tahan dan keseimbangan badan
✅ Membantu pembakaran lemak dan meningkatkan stamina
Cara buat:
*Berdiri tegak dengan kaki selebar bahu.
*Turunkan badan seolah-olah mahu duduk, pastikan belakang lurus.
Tak perlu peralatan mahal, hanya guna berat badan sendiri pun boleh jadi kuat! Push-up adalah antara senaman klasik yang boleh meningkatkan kekuatan lelaki secara keseluruhan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan dada, bahu, dan lengan
✅ Meningkatkan stamina dan daya tahan fizikal
✅ Memperbaiki postur badan supaya nampak lebih maskulin
Cara buat:
*Letakkan tangan di lantai dengan bahu seluas tangan.
*Turunkan badan ke bawah sehingga dada hampir menyentuh lantai.
*Tolak semula ke atas dan ulangi.
4. Plank – Rahsia Otot Teras Yang Kuat
Nak perut yang kempis dan otot core yang kuat? Plank adalah senaman terbaik untuk menguatkan teras badan, yang penting untuk kestabilan dan kekuatan keseluruhan.
Ads
Manfaat utama:
✅ Menguatkan otot perut dan belakang
✅ Meningkatkan keseimbangan badan
✅ Membantu mengelakkan sakit belakang
Cara buat:
*Letakkan siku di lantai dan pastikan badan lurus seperti papan.
*Tahan posisi ini selama 30-60 saat atau lebih.
*Ulangi beberapa kali untuk kesan maksimum.
5. Sprint – Tingkatkan Stamina Dan Kekuatan Lelaki
Berlari pecut atau sprint adalah senaman terbaik untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot. Sprint membakar lemak dengan cepat, meningkatkan kadar jantung, dan membantu tubuh menghasilkan lebih banyak tenaga.
Manfaat utama:
✅ Meningkatkan stamina dan tenaga lelaki
✅ Membantu membakar lemak dengan cepat
✅ Menguatkan otot kaki dan teras badan
Cara buat:
*Lari sepantas mungkin selama 20-30 saat.
Ads
*Rehat selama 30 saat hingga 1 minit.
*Ulangi 5-10 kali.
6. Pull-Up – Bina Otot Lengan Dan Bahu Seperti Pahlawan
Nak lengan dan bahu yang lebih berotot? Pull-up adalah senaman yang boleh membantu membentuk tubuh yang lebih tegap dan berdaya tahan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan lengan, bahu, dan belakang
✅ Meningkatkan kekuatan genggaman (penting untuk prestasi lelaki)
✅ Membantu membina badan yang lebih atletik
Cara buat:
*Pegang palang dengan genggaman bahu selebar tangan.
*Tarik badan ke atas sehingga dagu melepasi palang.
*Turunkan semula dengan kawalan dan ulangi.
Lelaki yang kuat dan bertenaga bukan sekadar bergantung pada pemakanan atau gaya hidup, tetapi juga pada rutin senaman yang konsisten. Dengan melakukan senaman seperti deadlift, squat, push-up, plank, sprint, dan pull-up, anda boleh membina kekuatan fizikal, meningkatkan stamina, dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Jadi, tak perlu tunggu lagi! Mulakan senaman ini sekarang dan rasai perbezaannya. Ingat, lelaki yang kuat bukan sekadar nampak lebih gagah, tetapi juga lebih yakin dan berkarisma!
Selalunya penguji kehamilan digunakan oleh wanita yang ingin menentukan bahawa mereka hamil atau tidak. Tidak pernah pula admin mendengar lelaki sengaja nak menguji air kencing mereka di alat tersebut. Namun mungkin kerana DIA hendak memberitahu kepadanya bahawa suaminya mengalami penyakit kaser testis, tergerak hati suaminya untuk suka-suka membuang air di alat berkenaan.
Meskipun sangat sedikit kes kanser testis mahupun kanser prostat berlaku dalam kalangan lelaki di bawah 50 tahun, kanser prostat adalah kanser ke-3 paling kerap menyerang kaum lelaki berumur lebih 60 tahun selepas kanser paru-paru dan kanser kolorektal. Apabila didiagnosis dengan kanser prostat yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan lain, kadar kelangsungan hidup 5 tahun jatuh kepada 28%.
“ Ceritanya suatu hari seorang suami terjumpa alat penguji kehamilan isterinya ketika dia berada dalam bilik air. Dia pun saja-sajalah membuang air kecil pada alat penguji kehamilan tu.
Alangkah terkejutnya bila dua garis kehamilan warna merah muncul pada alat itu. Biasanya kalau dua garis tu muncul itu tanda wanita itu hamil. Tapi takkanlah dia mengandungkan?
Dengan niat nak bergurau dia pun postlah status tu dekat Reddit.. sekali dengan gambar alat penguji tu.
Sampailah dalam salah satu komen bertulisan “Jika ianya benar, anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengesahkan adakah ianya kanser testis.”Dan dia pun segeralah berjumpa dengan doktor.
Syukurlah dengan tindakannya itu, kerana hasil pemeriksaan mendapati dia memang ada kanser testis. Mujurlah ianya masih diawal stage lagi.
Ini Infonya:
Dalam alat penguji kehamilan, ia akan mengesan HCG (Human Chorionic Gonadottropin) yang mana hormon akan meningkat dalam diri seorang wanita yang hamil. Hal ini samalah dengan penghidap kanser testis. Sebab itulah tindakbalas hormon HCG turut membolehkan kanser testis dikesan.
Ternyata gurauannya itu telah berjaya menyelamatkan nyawanya.
Gejala-gejala kanser Testis :
Kerap membuang air kecil.
Aliran air kencing yang perlahan.
Kesukaran memulakan atau menahan aliran air kencing.
Keinginan untuk kencing yang kerap atau tidak boleh kencing, lebih kerap buang air kecil di waktu malam.
Kehadiran darah dalam air kencing.
Kesakitan atau kakakuan yang kerap pada bahagian bawah belakang, pinggul dan bahagian atas paha.
Ejakulasi yang menyakitkan atau masalah mempunyai ereksi.
Sakit tulang dan lumpuh.
Rosak buah pinggang.
Kanser yang merebak ke otak.
Penurunan berat badan.
Bengkak pada kaki dan tangan.
Sumber : Mingguan Wanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saya bermula seni bina badan pada usia 20 tahun. Ketika itu berat saya mencecah 120kg dari 70kg sejak tamat sekolah
KEJAYAAN?
Pada tahun 2014 saya pernah bertanding dua pertandingan badan cantik namun tewas. Tahun 2017 saya bertanding semula di “Battle Of Freaks” dan dalam berjaya mendapat tempat ke-3.
TRANSFORMASI?
Terdetik untuk berubah ini adalah kerana saya sendiri rasa berat badan naik terlalu mendadak, Rasa tidak selesa dan keyakinan diri juga semakin menurun. Jadi saya perlu lakukan sesuatu ketika itu. Teguran orang sekeliling memang ada, tambahan dahulu saya seorang yang sangat aktif dalam sukan hoki, apabila melihat bentuk fizikal menjadi gemuk, ramai yang rasa pelik dan dari itu saya cuba lakukan transformasi sedikit demi sedikit.
DIET
Menu diet saya setiap hari adalah sama kuantitinya, saya perlu pastikan setiap hidangan mempunyai cukup protein dan sayuran. Menu selepas latihan pula saya akan ambil protein dari ayam dan karbohidrat kompleks dari brown rice.
Manakala makanan paling saya gemari adalah semua jenis manisan, tetapi itulah makanan yang harus saya elakkan jika ada pertandingan. Kalau saya tidak bertanding, saya tetapkan “cheat meal” selepas setiap 14 hari berdiet. Bukan “cheat day” ya.
LATIHAN
Walaupun saya tahu betapa pentingnya “rest day”. Tetapi saya cuma ada “rest day” apabila perlu sahaja. Kalau terlalu sibuk atau sakit baru saya akan ada rest day. Saya juga akan mulakan rutin harian saya dengan warm up samada jogging atau dynamic stretching sahaja. Kemudian terus ke weight training. Rutin training saya sentiasa betukar tukar. Tapi rutin kegemaran saya adalah “stop set”. Contoh drop set adalah mulakan dengan beban yang berat dengan ulangan yang rendah, kemudian ringankan beban dan naikkan repetition tanpa rehat.
KEPENTINGAN NUTRISI
Nutrisi sangat sangat penting. Walaupun anda cukup latihan, supplement banyak, kalau kita tidak utamakan nutrisi, akibatnya keputusannya akan menjadi lambat, sesetengah kes ada yang tidak dapat langsung result. Jadi utamakan nutrisi dalam menu anda.
QOUTES KEGEMARAN ANDA?
Earned. Not given.
BAHAGIAN BADAN PALING MENARIK?
Bodypart kegemaran saya untuk train adalah shoulder. Shoulder muscle adalah sangat kecil dan lemah pada asalnya. Tetapi disebabkan itu jugalah saya gemar buat latihan shoulders, ia lebih berikan cabaran.
RUTIN MAHAL?
Tidak dinafikan, sukan bina badan memang satu hobi yang mahal. Anggaran duit yang telah saya keluarkan setiap bulan untuk makanan sahaja dalam RM2500 dan RM1000 untuk Supplement. Dari segi masa pula saya luangkan dalam satu jam hingga satu jam setengah setiap hari untuk berlatih. Walaupun tiada untung dalam sukan ni malah rugi, tapi bagi saya ia adalah pelaburan dalam kesihatan yang sangat berbaloi.
KESILAPAN DI GIMNASIUM?
Selalu saya ternampak adalah kesilapan ketika melakukan squat dan deadlift kerana sangat technical.
GOAL?
Untuk tahun ini, goal saya dalah untuk mendapatkan pro card dari international competitions.
NASIHAT?
Nasihat saya yang paling penting adalah tambahkan ilmu mengenai nutrition sebelum berjinak-jinak di dalam arena bina badan ini. Walaupun anda bukan seorang atlet, personal trainer, mahu pun doktor ia ialah perkara asas wajib anda jadikan panduan.
Selain itu, bersama kita amalkan gaya hidup sihat mulai saat ini, tidak semestinya anda perlu ke gimnasium setiap hari, anda boleh mulakan dengan memilih satu sukan yang boleh mengeluarkan peluh. Jaga pemakanan dan cari kawan untuk cipta cabaran dan raikan bila anda semua berjaya.
TIADA NOKTAH
Saya akan berlatih selagi saya mampu, mungkin selepas ini saya akan kurangkan sedikit mengikut komitmen dan kerja. Tetapi bab diet, saya akan jaga dan amalkan pemakanan sihat selamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Percaya atau tidak, masih ramai lelaki kurang beri perhatian pada penjagaan mulut, kesihatan gigi dan bau nafas. Sedangkan ia sangat penting dan menentukan siapa diri anda. Jika tidak, anda dianggap si pengotor, malah tiada yang sudi berborak dengan anda.
BERUS DENGAN SEMPURNA 1-Ia bermula dengan berus gigi. Anda disarankan untuk memberus gigi dua kali sehari, pada awal pagi dan sebelum masuk tidur. Ia bertujuan untuk menghapuskan bakteria, kuman dan plak yang boleh menyebabkan pereputan dan nafas berbau. Ketika memberus,jangan tergesa-gesa. Dua minit sudah memadai.
2-Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida (Melindungi pereputan gigi) dan berus berbulu lembut. Penggunaan berus gigi elektrik mungkin satu kelebihan kerana ia lebih bertenaga (masih lembut) dan benar-benar dapat membersihkan gum di celah-celah gigi.
3-Tidak kira apa jenis berus gigi, teknik memberus yang betul sangat digalakkan agar gigi tidak mudah rosak, gusi terkoyak ketika memberus dan menanggalkan kuman atau bakteria yang melekat. Apa penting untuk memberus bahagian dalam dan permukaan gigi. Jangan lupa pada lidah yang dipenuhi dengan bakteria/kuman penyebab bau nafas.
4-Tukar atau beli berus gigi baru setiap dua bulan sekali atau secepat mungkin jika bulu rosak, anda menjatuhkan berus gigi di atas lantai tandas atau terdedah dengan sesuatu yang kotor.
FLOS CELAHAN GIGI Dengan hanya memberus tidak mencukupi untuk mengekalkan mulut bersih dan sihat. Jadi, gunakan flos untuk menanggalkan kotoran pada celah antara gigi serta gum yang sukar untuk ditanggalkan oleh berus gigi. Pada mulanya ia sedikit menyakitkan, lama-lama ia sangat ringkas dan mudah.
-Untuk menggunakan flos, panjang paling sesuai ialah 18 inci.
-Teknik- Gulung flos di sekeliling jari telunjuk pada sebelah tangan dan selebihnya di sekeliling jari tangan yang lain. Tinggalkan kira-kira 1 inci atau lebih flos. Gunakan ibu jari dan jejari untuk tarik lembut flos dari garisan gum ke bahagian atas gigi, ia mudah mengikis plak degil pada celah gigi.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.