Senaman Yang Boleh Buat Anda Miliki Body Macam Pelakon Thor, Chris Hemsworth

Share

Karakter Thor merupakan salah satu watak yang sangat penting dalam dunia Marvel Cinematic Universe. Malah dia merupakan salah seorang daripada ‘the original six’ team Avengers.

Kini Thor muncul sekali lagi dengan aksi terbarunya bersama rakan-rakan dalam ‘Avengers: Endgame’ yang kini sedang hangat diperkatakan. Anda mungkin sudah sedia maklum akan kehebatan bentuk badan pelakon yang membawakan watak Thor iaitu Chris Hemsworth.

Lihat sahaja lengannya. Ramai lelaki yang mengidamkan otot lengan seperti itu. Tapi tahukah anda bahawa ia tak mustahil untuk dimiliki jika anda melakukan senaman yang MASKULIN kongsi kali ini.

BACA: Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Sebanyak empat latihan yang anda bpoleh lakukan secara rutin untuk membantu anda untuk membentuk otot lengan. Dan nada juga tak harus pandang remah akan diet pemakananan, pastikan ambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan.

Berikut merupakan cara untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.

1. Latihan ringan arm circle

Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.

2. Lakukan push up secara rutin

Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.

3. Lakukan gerakan concentration curl

Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.

4. Lakukan pull up dengan betul

Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.

Published by
Farizul Izwany