Double chin atau dagu berlapis bukan sahaja mimpi ngeri buat kaum wanita, sebaliknya ia juga seakan-akan mimpi ngeri buat kaum lelaki juga.
Lagi-lagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai individu yang naik berat badan.
Tak apa, jom kita hilangkan double chin ini dengan beberapa senaman di wajah. Apabila bosan-bosan, bolehlah buat aktiviti ini.
2. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat
3. Relaks dan tegakkan semula kepala, buat sekali lagi sehingga 15 kali
1. Pandang ke depan dan buka mulut seluasnya
2. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5 saat
3. Masukkan semula lidah selama 5 saat
4. Ulangi sehingga 10 kali
1. Dongakkan kepala sehingga memandang ke siling
2. Tolak rahang bawah ke hadapan sehingga terasa stretching di bawah dagu
3. Buat kiraan sehingga 10 dan relakskan semula rahang tersebut
4. Ulangi sebanyak 10 kali
1. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
2. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
3. Kembalikan kepala ke sisi asal
4. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
5. Ulang semula dalam masa 30 saat
1. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
2. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
3. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil menyebut “ahhh”
4. Lakukan selama satu minit, relaks dan ulangi sekali lagi
2. Lakukan sehingga 30 saat
1. Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari di hujung rahang
2. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
3. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
4. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
5. Relaks dan ulangi sehingga tiga kali
1. Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada
2. Biarkan selama 10 saat
3. Kembalikan kepala pada sisi asal
4. Ulang sebanyak dua kali
Sumber: SoulusiMy