SENAMAN KUATKAN KAKI
Senaman ini terbukti dapat meningkatkan prestasi larian dan mengurangkan risiko kecederaan kaki. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman ini adalah selepas melakukan larian jarak dekat kerana ia penting untuk memanaskan otot.
CLOCK MOBILIZER
–Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan diletakkan di posisi jam satu.
-Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
Tempoh/ulangan: Lima kali bagi setiap kaki.
SINGLE-LEG SQUAT
-Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat rata ke belakang.
-Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kaki kanan tidak melepasi kaki kiri.
-Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kiri.
Tempoh/ulangan: 10 kali bagi setiap kaki.
CURTSY LUNGE
-Berdiri tegak dan kaki kanan diletakkan di belakang kaki kiri dalam keadaan selari. Tangan diletakkan rapat ke dada.
-Rendahkan badan sebaik mungkin dan kaki kanan ditolak ke kiri.
-Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
Tempoh/ulangan: 30 saat bagi setiap kaki.
SINGLE-LEG HIP HINGE
-Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke belakang dan pastikan ia selari dengan tubuh.
-Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
-Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kanan.
Tempoh/ulangan: 30 saat bagi setiap kaki.
HOP-UP
-Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan, kedua-dua tangan diangkat ke belakang. Badan juga perlu direndahkan sedikit.
-Lompat ke hadapan menggunakan kaki kiri dan imbangi badan.
Tempoh/ulangan: 10 kali bagi setiap kaki.