Triceps adalah bahagian belakang dari otot lengan bahagian atas yang memiliki tiga kepala seperti outer atau lateral head, inner head, dan long head. Otot lengan yang baik akan memberi kesan pertama kepada susuk tubuh menjadi bentuk yang lebih athletic.Triceps merupakan 2/3 bahagian dari lengan bahagian atas, ini kerana apabila anda ingin membesarkan otot lengan atas, otot tricepslah yang sebenarnya perlu dilatih dengan keutamaan yang lebih tinggi daripada otot biceps. Selain itu, tanpa otot triceps, Anda juga tidak akan dapat melakukan pelbagai jenis latihan. Otot triceps dikenali sebagai otot penyokong yang sangat penting dalam latihan-latihan untuk bahu, dada, lengan, dan punggung. Mulakan dan ikuti bagaimana latihan senaman triceps yang sangat mudah ini dapat membantu anda untuk mendapatkan otot lengan yang lebih kuat dan menarik.
STEP 1: Close grip push-up
- Mulakan dengan posisi tekan tubi dan kedua-dua belah tangan haruslah rapat.
- Rendah kan tangan sama seperti gerakan latihan senaman tekan tubi.
- Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 2: Triceps dip
- Tempatkan kedua tangan di kerusi dengan jari menghadap ke depan sehingga lengan lurus dan triceps sejajar dengan sandaran kerusi.
- Luruskan kaki sepenuhnya di hadapan anda dan menempatkan tumit di tanah.
- Turunkan tubuh badan ke bawah dan naik semula untuk mendapatkan ketegangan di bahagian triceps.
- Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 3: Triceps extensions
- Mulakan dengan posisi menegak dan letakkan dumbell kedua kedua tangan.
- Tolak kedua-dua belah siku ke atas.
- Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.
STEP 4: Punches
- Angkat kedua-dua belah tangan seolah-olah seperti ingin menumbuk
- Lepaskan tumbukan di mulakan dengan tangan kanan dan selepas itu diikuti dengan tangan kiri
- Tumbukan tersebut haruslah difokuskan pada otot triceps dengan sedikit twist.
- Ulang semula 3 set dan 12 kali ulangan bagi setiap set.