Senaman Super Efektif Untuk Dapatkan Ukur Lilit Pinggang Yang Mantap
Foto: cookie_studio - www.freepik.com

Setiap orang pasti mengimpikan perut rata dengan ukur lilit pinggang yang ramping. Namun disebabkan selera makan yang sukar untuk dibendung menyebabkan berat badan naik sehingga melebihi berat ideal.

Tidak dinafikan bukan mudah untuk anda membuang lemak-lemak degil yang sudah lama ‘membiak’ di bahagian perut.

Namun jika kena dengan caranya, tak mustahil anda boleh hilangkan masalah perut buncit dan berlemak.

Selain memberi perhatian pada pengambilan makanan yang berkhasiat, amalan melakukan senaman yang sesuai secara konsisten juga dapat membantu perut buncit anda kembali mantap dan rata.

Fitness Coach Mohd Shah Fazreen ada kongsikan dengan MASKULIN tujuh senaman yang boleh anda amalkan secara rutin demi mendapatkan perut yang ‘kemas’ dan cantik.

Jadikan senaman ini sebagai salah satu rutin untuk anda melakukan aktiviti sihat yang mengeluarkan peluh.

Selamat mencuba!

Ukur lilit pinggang melebihi 85 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi wanita menunjukkan seseorang itu mempunyai lemak yang banyak di bahagian abdomen dan perut.

Melebihi ukur lilit selamat adalah tanda amaran kepada risiko penyakit NCD seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan serangan jantung sebagai pembunuh senyap!

IKLAN

Peningkatan dan pengumpulan lemak yang banyak pada bahagian perut juga memberi kesan yang besar pada hormon estrogen lalu meningkatkan risiko barah rahim bagi wanita.

Bersenam 30 minit, kekerapan minimum 3 kali seminggu, kita dapat membakar lebihan kalori serta mengurangkan masalah lemak bahagian perut ini dan menjauhi risiko masalah kesihatan bagi lelaki dan juga wanita.

Ada 7 senaman yang aku mahu kongsikan di sini. Tekniknya juga disertakan sekali pada setiap gambar. Ayuh!

Semoga bermanfaat! #senangnyabersenam

1. Teknik Static Sprint

Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Foto: Facebook Fitness Coach Mohd Shah Fazreen

– Berdiri tegak. Mulakan larian setempat seperti berjogging.
– Untuk set ke 2 dan seterusnya lakukan seakan berlari cepat.
– Pastikan badan tegak tidak membongkok.

Manfaat:
– Membakar kalori dengan sangat cepat.
– Meningkatkan degupan jantung.
– Membakar lemak di bahagian sekeliling pinggang.

IKLAN

2. Teknik Prisoner Squat

Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Foto: Facebook Fitness Coach Mohd Shah Fazreen

– Berdiri tegak. Tangan di belakang kepala.
– Turunkan punggung 70° – 90°. “Engaged” otot perut bersama ketika turun.
– Naik semula tegakkan badan & ulang.

Manfaat:
– Meningkatkan hormon testoteron.
– Melatih otot bahagian perut.
– Mengurangkan masalah lemak perut.

3. Teknik Abs Bridging

Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Foto: Facebook Fitness Coach Mohd Shah Fazreen

– Baring dengan kaki seperti dalam gambar.
– Naikkan punggung ke atas. Dan turun semula secara berulang.
– Posisi tangan letakkan di tepi badan.

Manfaat:
– Menggunakan banyak otot abdomen.
– Menegangkan perut.
– Membakar kalori.

4. Teknik Mount Climber

Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Foto: Facebook Fitness Coach Mohd Shah Fazreen

– Bersedia untuk berlari seperti dalam gambar.
– Gerakkan kaki (lutut) ke depan perut. Kiri dan kanan secara berulang.
– Dalam keadaan statik. Tidak berubah kedudukan tubuh.

Manfaat:
– Kalori dibakar dengan banyak.
– Lemak perut dibakar dengan efisien.
– Meningkatkan degupan jantung

IKLAN

5. Teknik Standing Crunches

Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Foto: Facebook Fitness Coach Mohd Shah Fazreen

– Berdiri tegak. Tangan di tepi telinga.
– Gerakkan kaki seperti dalam gambar. Kiri dan kanan.
– Ulang mengikut masa.

Manfaat:
– Melatih otot oblique (tepi pinggang dan perut).
– Mencantikkan postur tubuh.
– Melatih keseimbangan badan.

6. Teknik Wall Sit

Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Foto: Facebook Fitness Coach Mohd Shah Fazreen

– Duduk bersandar pada dinding seolah-olah ada kerusi.
– Posisi tangan seperi berpeluk tubuh.
– Bertahan sehingga habis masa dan ulang.

Manfaat:
– Membakar lemak paha, punggung, perut.
– Membina kekuatan bahagian abdomen
– Menguatkan otot bawah badan.

7. Teknik Power Plank

Senaman Super Efektif Untuk Mantapkan Ukur Lilit Pinggang
Foto: Facebook Fitness Coach Mohd Shah Fazreen

– Baring dengan kaki seperti dalam gambar.
– Naikkan punggung ke atas. Tangan menahan badan. Kepala pandang ke lantai.
– Pastikan otot perut di “tuck in” dan bertahan!

Manfaat:
– Menguatkan bahagian perut hadapan, pinggang dan lengan.
– Menambah keseimbangan badan.
– Mencantikkan postur tubuh.

Subscribe & tonton video Fitness di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=us_B64a_ZbQ&t=11s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI