Senaman Six-Pack Berimpak Tinggi, Tak Payah Guna Alatan Gym Pun!

Share

Dapatkan six pack tanpa menggunakan alatan gym? Ya, anda mampu melakukan senaman yang berimpak tinggi ini di rumah sekali pun. Tak perlu gunakan sebarang perlatan.

Apa yang anda perlu ialah keinginan, disiplin tinggi serta semangat waja!

Lakukan 5 teknik senaman mudah dan pantas ini untuk anda dapatkan perut six pack. Jom mula!

1. VERTICAL LEG CRUNCH

Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.

Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.

  • Ambil posisi baring.
  • Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
  • Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
  • Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.

2. JACKNIFE SIT-UP

Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.

Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)

  • Ambil posisi baring.
  • Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
  • Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
  • Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.

3. PLANK

Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.

  • Ambil posisi seperti push-up.
  • Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
  • Luruskan punggung.
  • Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
    Tahan hingga beberapa minit.

4. SIT UP

Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.

5. BICYCLE MANEUVER

Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.

Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim