Senaman Sirkit Khas Bagi Kurangkan Berat Badan & Tingkatkan Kekuatan Fizikal

Share

Senaman sirkit, adalah senaman untuk mengurangkan berat badan anda dan juga meningkatkan kekuatan fizikal anda serta kekuatan kardiovaskular atau jantung. Senaman ini boleh dilakukan dengan menggabungkan 4 hingga 6 senaman merangkumi kesemua otot pada tubuh anda. Lakukan sebanyak 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan setiap senaman.

Bend Over Row

Pegang dumbbell dengan beban yang tidak terlalu berat, rendahkan badan anda sehingga badan anda selari dengan lantai. Angkat siku anda sehingga tergantung dan rendahkan dengan perlahan. Jangan lakukan dengan laju dan ulangi dibahagian kiri dan kanan.

Single Leg Squat

Pastikan semasa lakukukan senaman ini, lutut anda tidak melebihi hujung kaki anda. Jatuhkan beban anda pada tumit kaki anda. Sekiranya boleh dan sudah biasa, jangan gunakan bench. Lunjurkan tangan anda ke hadapan sekiranya anda memerlukan lebih pengimbangan badan.

Dumbbell Swing

Pegang dumbbell dengan kedua-dua tangan dan rendahkan sedikit lutut anda. Hayunkan dumbbell ke paras bahu dengan menggunakan kekuatan pinggang dan bahu(shoulder). Semasa anda hayunkan, hembus nafas.

Half Turkish Get Up

Pastikan kaki anda tidak bergerak, yang anda gerakkan hanyalah tangan, abdomen. Pandang dan focus kearah dumbbell. Jangan guna momentum, lakukan dengan menggunakan kekuatan abdomen anda.

Split Jump

Letak tangan di pinggang anda, Cuba lompat daripada posisi seperti dalam gambar dan dalam masa yang sama tukar kaki. Semasa lakukan senaman ini, tolak badan anda keatas dengan menggunakan tumit anda.

1.Bend Over Row 20x

2.Single leg squat 20x

3.Dumbbell swing 20x

4.Half Turkish Getup 20x

5.Split Jump 2 minutes

Senaman-senaman diatas adalah salah satu contoh senaman sirkit, anda boleh gantikan dengan senaman-senaman yang lain. Ulangi sebanyak 3 hingga 4 set. Gabungkan dengan senaman atas dan bawah untuk tubuh badan anda.

Selamat mencuba!

Published by
Ruziana Zainal