Senaman sirkit, adalah senaman untuk mengurangkan berat badan anda dan juga meningkatkan kekuatan fizikal anda serta kekuatan kardiovaskular atau jantung. Senaman ini boleh dilakukan dengan menggabungkan 4 hingga 6 senaman merangkumi kesemua otot pada tubuh anda. Lakukan sebanyak 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan setiap senaman.
Bend Over Row
Pegang dumbbell dengan beban yang tidak terlalu berat, rendahkan badan anda sehingga badan anda selari dengan lantai. Angkat siku anda sehingga tergantung dan rendahkan dengan perlahan. Jangan lakukan dengan laju dan ulangi dibahagian kiri dan kanan.
Single Leg Squat
Pastikan semasa lakukukan senaman ini, lutut anda tidak melebihi hujung kaki anda. Jatuhkan beban anda pada tumit kaki anda. Sekiranya boleh dan sudah biasa, jangan gunakan bench. Lunjurkan tangan anda ke hadapan sekiranya anda memerlukan lebih pengimbangan badan.
Dumbbell Swing
Ads
Pegang dumbbell dengan kedua-dua tangan dan rendahkan sedikit lutut anda. Hayunkan dumbbell ke paras bahu dengan menggunakan kekuatan pinggang dan bahu(shoulder). Semasa anda hayunkan, hembus nafas.
Half Turkish Get Up
Pastikan kaki anda tidak bergerak, yang anda gerakkan hanyalah tangan, abdomen. Pandang dan focus kearah dumbbell. Jangan guna momentum, lakukan dengan menggunakan kekuatan abdomen anda.
Split Jump
Ads
Letak tangan di pinggang anda, Cuba lompat daripada posisi seperti dalam gambar dan dalam masa yang sama tukar kaki. Semasa lakukan senaman ini, tolak badan anda keatas dengan menggunakan tumit anda.
1.Bend Over Row 20x
2.Single leg squat 20x
Ads
3.Dumbbell swing 20x
4.Half Turkish Getup 20x
5.Split Jump 2 minutes
Senaman-senaman diatas adalah salah satu contoh senaman sirkit, anda boleh gantikan dengan senaman-senaman yang lain. Ulangi sebanyak 3 hingga 4 set. Gabungkan dengan senaman atas dan bawah untuk tubuh badan anda.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penuaaan sering dikaitkan dengan penyakit, keuzuran, keperluan kepada perkhidmatan sosial dan kesihatan, bantuan kewangan, ketidakupayaan serta kebergantungan kepada penjaga atau ahli keluarga.
Penuaan berjaya didefinisikan berdasarkan model multidimensi iaitu bebas daripada penyakit kronik, ketidakupayaan fizikal serta fungsi kognitif yang lebih baik. Apa yang membimbangkan adalah dalam masa lebih sedekad ini, kadar penuaan berjaya berdasarkan definisi sama dalam kalangan warga emas menurun kepada 11 peratus.
Faktor utama penuaan pada tahap keupayaan yang tinggi ialah obesiti, penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, osteoporosis, demensia (nyanyuk) dan sebagainya.
Penuaan adalah perkara semula jadi. Tetapi fenomena penuaan yang dicerap di kebanyakan negara Asia adalah membimbangkan kerana tidak seiring dengan peningkatan Gross National Index (GNI) serta pembangunan infrastruktur terutama berkaitan sokongan sosial dan kesihatan untuk populasi menua.
kesihatan fizikal dan fungsi kognitif yang lebih baik, sokongan sosial yang kuat, tahap pendidikan yang lebih tinggi dikenal pasti menyumbang ke arah penuaan sihat.
Selain itu, kurang pembabitan dalam aktiviti baik pulih mekanikal serta tidak menggunakan teknologi moden dan kurang mengambil buah-buahan serta jus selain jarang berpuasa turut memainkan peranan penting.
“Berpuasa setiap Isnin dan Khamis berupaya mengurangkan emosi kurang baik termasuk melambatkan proses penuaan dalam kalangan warga emas.
“Sekiranya amalan itu diteruskan selama tiga bulan, tabiat berkenaan mengurangkan berat badan selain menurunkan peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
Amalan berpuasa yang digabungkan diet pengehadan kalori (FCR) mengurangkan 300 sehingga 500 kalori pada hari biasa, mampu mengurangkan berat badan, peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
“Orang yang kerap berpuasa menunjukkan pengurangan kerosakan DNA yang memberangsangkan berbanding yang tidak berpuasa.
“Diet ‘superfood’ merangkumi sumber protein daripada ikan serta memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur amat penting untuk mengekalkan kesihatan warga emas,” katanya.
Ikan daripada spesies salmon kaya asid lemak omega bagus untuk fungsi otak dan jantung selain bersenam untuk menguatkan fungsi otot.
Ikan tempatan seperti kembung dan cencaru mengandungi asid lemak omega malah lebih tinggi berbanding susu omega yang dijual di pasaran.
Memasak menggunakan kaedah memanggang dan berkuah seperti singgang, asam pedas atau sup mengekalkan kandungan omega berbanding menggoreng.’
Superfood lain adalah ulam-ulaman seperti daun kesom, ulam raja dan daun selom kaya dengan polifenol khususnya daun selom meningkatkan daya ingatan dan fungsi sosial warga emas yang mengalami gangguan emosi. Beliau juga mengingatkan berat badan sihat juga antara satu kunci utama pada penuaan sihat terutama bagi golongan pertengahan usia.
“Beberapa kajian jangka panjang menunjukkan hubungan antara berat badan dan risiko kematian adalah berbentuk U iaitu mortaliti meningkat pada berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
“Adalah penting bagi golongan pertengahan usia untuk mencapai berat badan sihat iaitu berat badan ideal sebagai satu faktor ke arah penuaan sihat.
“Bagaimanapun, pakar kesihatan awam sangat bimbang dengan gejala obesiti yang menjadi epidemik kian meningkat dalam kalangan populasi di Malaysia kebelakangan ini.
Pengambilan buah-buahan tropika seperti jambu batu berpotensi meningkatkan fungsi otak termasuk meningkatkan daya ingatan seterusnya mengurangkan risiko nyanyuk.
Selain itu, talbinah yang menjadi pemakanan sunah yang diamalkan masyarakat Arab mengurangkan risiko kemurungan di institusi penjagaan warga emas.
Ia adalah sejenis minuman barli yang dimasak bersama susu dan dimaniskan dengan madu (25 gram talbinah dalam 100 milileter air suam).
Panduan bagi penuaan kognitif sihat
• Kawal paras gula ke tahap normal.
• Kawal aras lemak ke tahap normal.
• Ambil buah-buahan dan sayur sayuran lima hidangan sehari.
• Ambil ikan lima hidangan seminggu.
• Amalkan pengehadan kalori melalui berpuasa sunat atau diet rendah kalori.
• Lakukan aktiviti merangsang minda.
• Bersenam paling kurang 30 minit lima kali seminggu.
• Elakkan merokok dan alkohol.
Minyak ikan:
• Kaya dengan DHA
• Meningkatkan fungsi kognitif ringan, daya ingatan pendek dan ingatan bekerja bagi warga emas.
Faktor risiko diemensia:
• Kegemukan
• Kurang cergas
• Kurang membaca
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya penguji kehamilan digunakan oleh wanita yang ingin menentukan bahawa mereka hamil atau tidak. Tidak pernah pula admin mendengar lelaki sengaja nak menguji air kencing mereka di alat tersebut. Namun mungkin kerana DIA hendak memberitahu kepadanya bahawa suaminya mengalami penyakit kaser testis, tergerak hati suaminya untuk suka-suka membuang air di alat berkenaan.
Meskipun sangat sedikit kes kanser testis mahupun kanser prostat berlaku dalam kalangan lelaki di bawah 50 tahun, kanser prostat adalah kanser ke-3 paling kerap menyerang kaum lelaki berumur lebih 60 tahun selepas kanser paru-paru dan kanser kolorektal. Apabila didiagnosis dengan kanser prostat yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan lain, kadar kelangsungan hidup 5 tahun jatuh kepada 28%.
“ Ceritanya suatu hari seorang suami terjumpa alat penguji kehamilan isterinya ketika dia berada dalam bilik air. Dia pun saja-sajalah membuang air kecil pada alat penguji kehamilan tu.
Alangkah terkejutnya bila dua garis kehamilan warna merah muncul pada alat itu. Biasanya kalau dua garis tu muncul itu tanda wanita itu hamil. Tapi takkanlah dia mengandungkan?
Dengan niat nak bergurau dia pun postlah status tu dekat Reddit.. sekali dengan gambar alat penguji tu.
Sampailah dalam salah satu komen bertulisan “Jika ianya benar, anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengesahkan adakah ianya kanser testis.”Dan dia pun segeralah berjumpa dengan doktor.
Syukurlah dengan tindakannya itu, kerana hasil pemeriksaan mendapati dia memang ada kanser testis. Mujurlah ianya masih diawal stage lagi.
Ini Infonya:
Dalam alat penguji kehamilan, ia akan mengesan HCG (Human Chorionic Gonadottropin) yang mana hormon akan meningkat dalam diri seorang wanita yang hamil. Hal ini samalah dengan penghidap kanser testis. Sebab itulah tindakbalas hormon HCG turut membolehkan kanser testis dikesan.
Ternyata gurauannya itu telah berjaya menyelamatkan nyawanya.
Gejala-gejala kanser Testis :
Kerap membuang air kecil.
Aliran air kencing yang perlahan.
Kesukaran memulakan atau menahan aliran air kencing.
Keinginan untuk kencing yang kerap atau tidak boleh kencing, lebih kerap buang air kecil di waktu malam.
Kehadiran darah dalam air kencing.
Kesakitan atau kakakuan yang kerap pada bahagian bawah belakang, pinggul dan bahagian atas paha.
Ejakulasi yang menyakitkan atau masalah mempunyai ereksi.
Sakit tulang dan lumpuh.
Rosak buah pinggang.
Kanser yang merebak ke otak.
Penurunan berat badan.
Bengkak pada kaki dan tangan.
Sumber : Mingguan Wanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda seorang yang tak boleh nak kawal nafsu pemakanan? nak-nak bila KFC depan mata, mengundang kan? okay, cuba anda ikut petua ni, InsyaAllah boleh kawal nafsu pemakanan anda.
Makan awal
Makan setiap 3 – 4 jam. Ini adalah cara terbaik untuk kawal nafsu, kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3 -4 jam, anda tidak memberI ruang untuk berasa lapar
Kerap Minum Air
Sepanjang Hari Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah. Minum masak dengan kerap agar anda kurang rasa lapar. serius, membantu.
Kunyah- kunyah secara sihat
Jenis yang kuat makan ni, mesti suka makan depan Tv kan? jadi, jika anda gemar mengunyah & makan ketika menonton TV pada lewat malam, sediakan snek yang sihat di rumah. Secara peribadi, saya memilih ‘carrot’. Bukan sahaja ranggup tetapi rendah kalori.
Jangan Mulakan Dengan Pencuci Mulut
Elakkan pencuci mulut ini sebagai permulaan hidangan, kerana gula dari pencuci mulut akan meningkatkan lagi selera makan anda. Sentiasa lah bermula dengan makanan yang lebih mengenyangkan (berserat & protein)
Kurang Kasih Sayang
Berapa banyak karektor dalam filem yang mengaitkan ais krim dan coklat setiap kali menghadapi kekecewaan dalam bercinta? Terlalu banyak, kan? Jadi carilah seorang kekasih dan cintai dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan hormon dan emosi anda.
Kongsi makanan anda
Teringin merupakan perkataan yang paling susah nak elak. jadi, untuk menikmati makanan seperti donat, goreng pisang atau kerepek anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Amalkan pengambilan separuh,supaya anda tidak makan banyak. Dengan ini, dalam pada masa yang sama anda masih boleh menikmatinya tanpa perlu memakan dalam kadar yang banyak.
Sumber dari 45 tips kawal nafsu oleh Kevin Zahri
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.