Buat anda yang ada masalah mudah stres dan ada berdepan tekanan darah tinggi, melakukan senaman merupakan satu aktiviti yang ada cabaran tersendiri.
Seperti mana yang kita tahu sindrom tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh datang secara senyap atau bertindak sebagai ‘silent killer’. Jadi anda perlu tahu beberapa jenis workout yang selamat untuk dilakukan.
Tekanan darah tinggi boleh membawa komplikasi serius apabila berlakunya serangan strok. Lebih malang ia juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan lebih awal.
Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera. Usaha dengan cara terbaik untuk turunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan bersenam.
BACA: Berlari vs Berbasikal, Aktiviti Mana Lebih Sesuai Jadi Rutin Senaman
Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah.
Dikhuatiri jika anda mengikuti membuatnya membuta tuli, ia boleh menyebabkan badan ‘terkejut’. Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.
Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga workout asas yang sesuai. Antaranya ialah;
Kardiovaskular @ aerobik
Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
Kekuatan membina otot
Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
Senaman regangan
Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.
Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan badan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.
Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam. Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik.
Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout seperti di bawah.