Senaman Pernafasan Orang Jepun Ini Mampu Hilangkan Berat Badan, Buat 2 Minit Sehari!

Share

Kehebatan senaman pernafasan cara orang Jepun ini mampu hilangkan berat badan. Memang benar, bukan mudah nak kurus. Tapi pelakon Jepun, Miki Ryosuke membuktikan dengan senaman pernafasan ini membantunya menghilangkan berat badan sebanyak 13kg.  

Ketika pelakon Jepun, Miki Ryosuke menghidapi sakit belakang, doktor menyarankannya beberapa senaman untuk membantu dia menangani kesakitan yang dialami. Menariknya, dia telah menemui satu kaedah senaman yang membantunya menghilangkan berat badan sebanyak 13kg (28.7lb) dengan ukuran pinggang 12cm (4.7”) hanya dalam beberapa minggu.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Ryosuke menamakan senaman ini sebagai “Tarik Nafas Panjang”. Ia merupakan teknik mudah yang melibatkan beberapa posisi, menarik nafas selama tiga saat, kemudian menghembus dengan kuat selama tujuh saat. Paling menarik, anda hanya perlu melakukannya hanya 2 minit sehari!

Ramai doktor dari Eropah menggalakkan senaman pernafasan ini yang dipercayai dapat menurunkan berat badan. Senaman ini berkesan kerana lemak mengandungi oksigen, karbon dan hidrogen. Apabila oksigen yang disedut masuk ke dalam sel lemak, ia memecahkannya kepada komponen berbeza (karbon dan air). Jadi, kita mampu membakar lebih lemak apabila badan menggunakan lebih oksigen.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Lakukan senaman ini setiap hari selama 2-10 minit.

Caranya:

  • Berdiri. Kemudian langkah satu kaki ke depan dan satu lagi ke belakang.
  • Tegangkan otot punggung anda dan pindahkan berat badan anda ke kaki yang berada di belakang.
  • Tarik nafas perlahan-lahan selama 3 saat dan angkat tangan anda ke atas.
  • Kemudian, hembus nafas dengan kuat dalam tempoh 7 saat dengan menegangkan otot-otot anda.

Menurut pakar, teknik senaman ini mampu menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme anda.

Sumber: Brightside

Published by
Roselinda