Isi Kandungan
ToggleTidak perlu ambil masa yang lama, cukup hanya selama empat minit sahaja. Lebih menarik lagi anda boleh lakukan sebanyak empat jenis senaman berbeza iaitu squats jump, push up, burpees dan sit up.
Tapi untuk melakukan speed work out seperti ini anda perlu meracangnya dengan baik. Selain itu pastikan juga badan anada boleh biasa dengan senaman pantas seperti ini. Buat beginner MASKULIN nasihatkan lakukannya dengan sedikit perlahan. Usah paksa diri kerana kelak nanti anda juga yang merana.
Apa yang penting ia perlu dilakukan secara konsisten setiap hari. Dalam masa yang sama anda juga perlulah realistik. Dengan melakukan senaman empat minit ini jangan pula harapkan perubahan pada badan dan tahap kesihatan berlaku sekelip mata.
Apa yang MASKULIN boleh jamin ia akan beri satu hasil yang anda sendiri tak akan sangka dan ia mampu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Squats jumps – 20 saat
Rehat – 10 Saat
Push up – 20 saat
Rehat – 10 saat
Burpees – 20 saat
Rehat – 10 saat
Sit ups – 20 saat
Rehat – 10 saat
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak bada. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Untuk video workout yang menarik, follow YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=25s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bukan Semua Sakit Kepala Itu Migraine, Doktor Jelaskan Ciri-Ciri Sebenar Penyakit Ini!
Isi Kandungan
ToggleSetiap orang pernah mengalami sakit kepala, namun tidak pasti sama ada ia sakit kepala biasa ataupun sakit kepala migraine. Bila sakit kepala menyerang, akan menjejaskan segala kerja harian kerana anda perlu berehat untuk meredakan sakit kepala.
Namun bila sakit kepala tidak berkurangan, ramai yang beranggapan ia adalah sakit kepala migraine. Benarkah tanggapan anda itu? Untuk mengenalpasti ciri-ciri sakit kepala biasa ataupun sakit kepala migraine, jom ikuti penulisan Dr Khairul Faizie ini.
Ada ramai patient yang datang dengan aduan “saya migraine”. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hinggalah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri-cirinya.
Apa itu migraine?
Secara mudahnya utk faham, migraine ialah:
1. Sakit kepala yang cirinya berdenyut-denyut (throbbing pain). Sakit berdenyut-denyut ini agak kuat atau sangat kuat (bukan sakit kepala biasa, sikit-sikit)
2. Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri atau kanan.
3. Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas-kebas.
3 perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. 3 perkara ini yang biasanya doktor akan tanya utk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.
Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan (seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak) dijalankan dan didapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.
Faktor keturunan?
Migraine memang diketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.
Peringkat umur?
Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak-kanak jarang dilaporkan, antara sebabnya kanak-kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.
Bagaimana migraine di diagnos?
Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, diketepikan. (Diagnosis of exclusion). Maknanya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang (lumbar puncture) utk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya, dan ciri-ciri sakit kepalanya menepati 3 kriteria yg ditulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine Headache.
Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yg disuspek migraine, perlu jalani test yang ditulis tu. Ramai yg didiagnosed based on ciri-ciri simptomnya sahaja, dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak diikuti simptom2 lain yang bahaya / warning simptom.
Punca migraine?
Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak, dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik didapati ada main peranan.
Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak diketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil “trigger factor”. Tiggers factornya ada yg bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan. Kena kenalpasti trigger faktor, dan cuba elakkan. Lain orang, lain trigger factornya.
Antara trigger factornya ialah:
– Datangnya haid
– Stress
– Terlampau gembira / murung / kerisauan (anxiety)
– Kurang rehat / kurang tidur
– Faktor makanan seperti caffeine, coklat, buah-buahan citrus. Juga makanan yg ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk, dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.
– Faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip-kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising, bauan yg kuat / mengganggu, perubahan cuaca.
Fasa-fasa migraine:
Sebenarnya, ada 4 fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa-fasa ini, dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je (fasa ke 3).
Penting untuk memahami fasa-fasa migraine ini, sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.
FASA 1 : PRODROME
Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung utk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘pre-headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tibanya simptom sakit kepala. Sekitar 30%-40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.
Antara simptom Fasa 1 ialah:
– Sakit leher
– Rasa penat
– Food craving
– Mengantuk atau menguap berlebihan
– Sembelit atau cirit
– Sukar utk fokus
– Rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– Perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah
FASA 2 : AURA
Sekitar 20%-25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini. Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.
Ada 2 jenis aura yang biasa dialami oleh pesakit migraine
1. Auditory Hallucination
2. Visual Hallucination
Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud (auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud (visual hallucination) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak / jadi blurred vision, walhal mata & penglihatan sebenarnya normal.
– Vertigo iaitu perasaan rasa berpusing (bukan pening)
– Simptom allodynia iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.
FASA 3 : HEADACHE
Inilah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa. Ajaibnya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Maknanya mereka tidak sakit kepala! Ini dipanggil migraine aura without headache.
Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni dicirikan sebagai:
– Sakit berdenyut-denyut
– Sakit pada sebelah kepala
– Sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– Tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam (bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital)
– Sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal
– Rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus (sebab penglibatan saraf trigeminal di muka)
– Rasa mual / muntah
– Sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan (osmophobia), bila ada bunyi (phonophobia) dan pada cahaya (photophobia)
FASA 4 : POSTDROME
Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.
Antara simptom Fasa 4 ialah:
– Keletihan
– Mood jadi rendah / hilang mood
– Sukar beri tumpuan
– Sukar buat keputusan
Jenis Jenis Migraine
1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura (Fasa 2) seperti yg dijelaskan.
2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs (simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.
3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.
Maka, fahami dulu penerangan ringkas yg aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.
Insya Allah, dalam tulisan berikutnya, aku akan tulis tentang rawatan migrane
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Anda Boleh Dapat Body Seperti Bruce Lee Dengan Beberapa Rutin Senaman Sahaja
Nama Bruce Lee akan terus dikenang sebagai antara pelakon dan pakar seni mempertahankan diri yang telah membina jambatan di antara dunia Timur dan Barat.
Kepakarannya dalam seni bela diri menjadikan namanya sehingga hari ini masih kekal relevan. Selain seni bela diri dan lakonan, Bruce Lee juga sentiasa menjadi rujukan dalam bidang kecergasan.
Bentuk badannya menjadi idaman ramai penggemar senaman terutamanya bagi mereka yang kurus tapi memiliki badan berotot.
Terdapat beberapa cara boleh anda lakukan untuk dapatkan body seperti Bruce Lee. Ikuti tip dari MASKULIN pada kali ini.
PUSH-UP
Senamanini juga akan terus kekal relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Tahukah anda bahawa ia merupakan antara latihan berkesan dan terbukti membentuk otot lengan agar ia kuat dan bertenaga.
Corak kombinasi bebanan berat badan dengan rutin menaik dan menurunkan badan anda dalam posisi lurus sangat digalakkan. Anda boleh lakukan sebanyak 10 kali push up. Kemudian tingkatkan intensity dengan 20, 30, hinggalah 50 kali sehari bila badan mula selesa.
ARM CIRCLE
Dinaggap sebagai salah satu senaman asas, ia boleh dilakukan sebagai permulaan anda untuk anda mencapai impian. Caranya dengan mengaplikasikan rutin ini. Latihan membentuk otot lengan tidak semesti dengan mengangkat bebanan sahaja.
Anda boleh cuba berdiri secara tegak dan turut mendepakan tangan lurus ke sisi. Selepas itu pusing lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Ulang senaman putara ini di antara 10 hingga 20 kali dalam beberapa set. Untuk impak lebih besar anda juga boleh lakukannya dengan menggenggam dumbbell.
CONCENTRATION CURL
Senaman concentration curl merupakan sejenis latihan angkat berat atau beban. Jika kena cara ia tidaklah susah untuk dilakukan. Tekniknya harus duduk dan rentangkan kaki. Kemudian lengan anda diletakkan di depan paha. Perlahan-lahan angkat dumbbell mengikut jumlah rep yang anda sasarkan. Jika penat tukar lain untuk melakukan teknik sama. Ia bagi memastikan kestabilan postur tubuh anda.
PULL UP
Semudah ‘A’B’C’! Senaman yang boleh dilakukan dengan bergantung kepada palang datar, tegakkan tangan lurus dan selaras dengan bahu. Kemudian angkat tubuh ke atas hingga dada anda menyentuh palang tersebut. Bagi anda yang tidak biasa, lakukan secara perlahan dan angkat badan setinggi mungkin. Jika dilakukan setiap hari pasti anda berjaya mengangkat ke paras dada.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ini Antara ‘Supplement’ Yang Boleh Buat Anda Mati Pucuk!
Isi Kandungan
Toggle
Seperti yang telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini, Elak Mati Pucuk Di Usia Muda. Amalkan Tip Mudah Ini jika anda salah seorang yang berhadapan dengan mati pucuk, kami telah menasihatkan anda agar tidak makan ubat-ubat yang terjual di luar sana untuk menguatkan tenaga waktu malam anda. Dalam artikel kali ini, kami akan sediakan beberapa jenis ubat dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan akan mengundang maut pada masa hadapan. Kalau boleh tak payah ambil langsung. Terus berjumpa dengan doktor. Ubat-ubat dan herba ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa ia mengandungi bahan terlarang. Ini antaranya:
Bazooka Pills
Kononnya Ia dapat membantu seorang lelaki untuk membesarkan alat kemaluan kalau rasa ia terlalu kecil dan memberi lebih efektif. Ia juga dapat melancarkan pendarahan dalam tubuh badan serta memberi kepuasan 100%. Bahan-bahan yang digunapakai terdiri daripada herba yang bukan saja bagus untuk zakar anda, malah untuk kesihatan anda.
Bio Rehmannia Plus
Ia bagus untuk kegunaan bagi lelaki dan wanita kerana masing-masing boleh membantu dalam tingkatkan ketahanan dan lambatkan pancutan air mani, naikkan hormone testosterone lelaki tingkatkan aktiviti pengeluaran sperma Kuatkan otot badan, menaikkan tenaga dalaman lelaki. Untuk wanita pula ia dapat menaikkan Libido serta keinginan seksual serta meningkatkan kesuburan dan dapat membantu mengurangkan tekanan darah.
Bull’s Genital Pills
Ia membantu untuk membuatkan sperm anda berkekalan lebih lama, dan ia boleh mempercepat sel darah yang bertambah dan menimbulkan sperma. Walaubagaimanapun ia tetap mempunyi bahan terlarang.
Cobra X
Ramuan tradisional berbentuk ekstrak yang disempurnakan, merupakan intisari tumbuhan tumbuhan pilihan yang mengandung bahan bahan aphrodisiac terdiri daripada daun, akar, kulit, pohon, biji tanaman ubat yang dikombinasikan dengan bahan Viagra. Bahan-bahannya bersifat tradisional, namun ia turut mempunyai bahan terlarang.
Emperor Huang Saint Medicine
Produk ini sudah terkenal di China dan kini mereka meluaskan pemasaran di Malaysia. Tentulah ia dapat membantu dalam menguatkan stamina lelaki dan wanita tapi anda sendiri tahu kesannya di kemudian hari kan?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI