Tidak dinafikan salah satu cara untuk kekalkan tahap kecergasan badan dan menurun berat badan kepada lebih ideal ialah dengan melakukan senaman kardio.
Salah satu jenis senaman atau workout yang paling efisien ialah senaman kardio atau cardio workout.
Ia merupakan senaman yang bukan sahaja mampu menguji tahap stamina tapi mampu membantu membakar kalori dengan baik di samping melatih jantung menjadi lebih mantap.
Senaman kardio bukan terdiri dari satu atau dua jenis senaman semata. Malah senaman yang mampu membuatkan jantung dilatih dengan membantu stamina boleh dianggap senaman tersebut.
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa senaman kardio yang boleh anda amalkan untuk perkasakan stamina serta mengekalkan berat badan yang baik.
Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan jogging. Ber-jogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama
Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.
Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurang-kurangnya tiga bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.
BACA: Padel – Sukan Beraket Kini Semakin Popular, Ini Apa Perlu Anda Tahu
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat mencuba dan dapatkan kecergasan diri yang baik. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN dan follow TikTok MASKULIN!