Dalam era moden yang serba pantas ini, mencari masa untuk ke gim mungkin menjadi cabaran bagi kebanyakan orang. Namun, kesihatan dan kecergasan tidak seharusnya diabaikan. Jurulatih kecergasan Saiful Syahmi Mohd Nashruddin, atau lebih dikenali sebagai Coach Syahmi, membawakan solusi mudah untuk senaman kaki yang boleh dilakukan di rumah tanpa memerlukan peralatan gim.
Squat
Menurut Coach Syahmi, squat dikenali sebagai “mother of exercise” kerana ia melibatkan banyak otot lain. Ia merupakan salah satu senaman terbaik untuk membina kekuatan dan kestabilan kaki.
Untuk melakukan senaman ini, anda perlu berdiri tegak dan memastikan kedudukan kaki, lutut, pinggul dan bahu adalah selari.
Foto: Posisi sebelum mulakan senaman. Kedudukan bahu, pinggul, lutut dan kaki adalah selari.
Kemudian, turun kan badan anda sehingga menghampiri posisi mencangkung. Tetapi, pastikan kedudukan lutut anda masih selari dengan kaki anda.
Foto: Posisi squat.
Ketika melakukan senaman ini, penting untuk anda sentiasa memastikan wajah anda memandang ke hadapan untuk mengelakkan kedudukan kepala yang menunduk atau mendongak. Kedudukan kepala yang salah berkemungkinan boleh menjejaskan bahagian tulang tengkuk anda.
Foto: Posisi kepala yang betul (kiri) dan yang salah (kanan) ketika melakukan squat.
Coach Syahmi mencadangkan agar senaman ini dilakukan sebanyak 20 kali untuk tiga hingga lima set.
Ads
Back Lunges
Lunges merupakan satu senaman kaki yang sangat bermanfaat dan amat rugi jika tidak digandingkan bersama squat.
Berbeza dengan lunges biasa, Coach Syahmi mencadangkan untuk melakukan variasi jenis back lunges, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah lutut.
Seperti melakukan squat, anda perlu bermula dengan berdiri tegak dan memastikan kedudukan kaki, lutut, pinggul dan bahu adalah selari.
Ads
Berbanding lunges biasa yang memerlukan anda untuk mengambil satu langkah besar ke hadapan, back lunges memerlukan anda untuk mengambil satu langkah besar ke belakang.
Foto: Senaman back lunges secara isolate.
Menurut Coach Syahmi, kedudukan sebegini untuk mengurangkan tekanan pada bahagian lutut, disebabkan itulah variasi ini dikatakan lebih mesra pesakit lutut.
Melalui kerjasama dengan Yayasan IJN, sebuah badan amal Institut Jantung Negara (IJN), NESTLÉ OMEGA PLUS® menghimpunkan siri kisah benar penderitaan dan pemulihan yang dilalui oleh pesakit-pesakit penyakit jantung.
Biasanya, kita menyangka masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung hanya melanda individu yang gemuk sahaja, atau mereka yang mengamalkan kehidupan sedentari dan tidak menjaga gaya hidup mereka. Oleh itu, Muhammad Shahril Hamdan amat terkejut apabila didiagnosis dengan aterosklerosis di mana dua arterinya tersumbat. Beliau masih muda, cergas dan mengamalkan gaya hidup akitf. Walaupun gemar makan, Shahril menyangka bahawa sesi futsalnya mampu mengekalkan kesihatannya. Namun, beliau tidak menyangka aspek pemakanan merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada masalah kesihatannya.
Pada usia semuda 36 tahun, Shahril amat gempar apabila tiba-tiba merasa sakit pada bahunya. Bapa kepada seorang cahaya mata ini mula-mulanya mengaitkan kesakitan ini akibat postur yang tidak betul. Bagaimanapun, keadaannya tidak bertambah baik walaupun diurut oleh isteri. Oleh itu, Shahril membuat keputusan untuk melawat ke hospital, di mana pakar kesihatan mendiagnosnya dengan aterosklerosis – dua arterinya telah tersumbat sekaligus menyebabkan jantungnya menjadi semakin lemah.
Akibat ke atas kesihatan jantung dari tabiat yang tidak baik
Masalah kesihatan jantung Shahril sebenarnya telah bermula sejak setahun dahulu apabila beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi. Beliau merupakan perokok tegar dan pernah bekerja di restoran, dan di situlah beliau terjebak dengan tabiat merokok, malah menghisap sehingga dua bungkus rokok sehari! Tambahan pula, tekanan di tempat kerja sedikitpun tidak meringankan tekanannya, disertakan pula dengan tidur lewat serta rehat yang tidak mencukupi. Keadaan ini bertambah teruk apabila beliau meninggalkan kerjanya demi memulakan perniagaan sendiri dan terpaksa bekerja sehingga lebih lewat.
“Saya sentiasa makan malam pada masa yang lewat dan tidur larut malam,” kata beliau. “Tarikh akhir pelbagai projek membuatkan saya amat sibuk, sekaligus menyebabkan tabiat buruk saya bertambah kronik. Oleh itu, saya menghisap lebih banyak rokok, dan mengambil makanan segera apabila saya tiada masa untuk menyediakan hidangan biasa.”
Biarpun doktor telah memberi amaran bahawa beliau akan jatuh sakit pada bila-bila masa melainkan beliau mengawal tekanan darah dengan ubat, Sharil tidak mengubah gaya hidupnya. Malahan, beliau tidak menuruti nasihat doktor dan berhenti mengambil ubatnya. Di samping itu, beliau turut kembali mengamalkan tabiat kehidupan lamanya – merokok serta mengambil makanan yang tinggi dalam lemak dan trans lemak.
Akhirnya, segala ini mencapai kemuncak apabila beliau dikejarkan ke hospital dengan rasa sakit di bahunya. Seandainya Shahril masih lagi menunggu, beliau tidak mungkin dapat diselamatkan. Doktor berjaya mengenal pasti bahagian yang tersumbat lantas menjalankan angioplasti bagi membantu meringankan sumbatannya. Kemudian, sebatang sten dimasukkan ke dalam jantungnya demi memulihkan serta mempertingkatkan aliran darah ke dalam jantungnya.
Bangun dengan harapan baharu
Walaupun Shahril perlu menjalani satu lagi prosedur, tatapan matanya memancarkan harapan. Beliau amat bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan. Biarpun terpaksa menanggung kos rawatan, beban Shahril diringankan dengan bantuan pembiayaan Yayasan IJN bagi yuran pembedahannya. Tanpa himpitan kewangan, beliau kini mampu memberi fokus kepada pemulihan badannya serta mengambil langkah-langkah yang lebih sihat demi menjaga kesihatannya.
“Adalah penting bagi saya menilai semula gaya hidup serta tabiat saya yang mendatangkan kesudahan ini. Saya sedar bahawa saya mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta keluarga saya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berhenti merokok. Selain itu, dengan garis panduan diet IJN, saya lebih menjaga pemakanan saya,” tambah beliau.
Shahril merupakan contoh betapa pentingnya kesihatan jantung. Masalah jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa diduga disebabkan pelbagai faktor seperti diet yang tidak sihat, tabiat buruk seperti merokok, rehat dan tidur tidak mencukupi, serta tekanan hidup. Pada pendapat beliau, walaupun kehidupan rakyat Malaysia sangat sibuk, beliau menggalakkan mereka mengambil langkah-langkah lebih proaktif demi menjaga kesihatan jantung mereka. Paling penting, mereka harus mengetahui paras kolesterol mereka. Menerusi gaya hidup yang aktif dan diet yang sihat, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke usia yang lebih panjang serta kehidupan yang lebih sihat.
#StopTheCount #maskulinsihat
Maskulin menyokong usaha memerangi penyakit pembunuh nombor satu ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rata-rata orang yang nak kekalkan berat badan yang ideal akan amalkan aktiviti kardio seperti jogging, berbasikal, berlari dan sebagainya. Bagi peminat gym pula, antara peralatan yang sering digunakan ialah treadmill.
Masuk gym je mesti nak menghadap treadmill dahulu, sampai rasa bosan. Lagi satu, bila kita lakukan aktiviti darat ini, buat sekejap sahaja mesti cepat rasa penat. Jadi, untuk nak mengelakkan semangat anda bersenam luntur, apa kata anda cuba bersenam dalam air pula.
Banyak manfaat daripada aktiviti air ini. Antaranya:
1. Tidak membebankan otot. Contohnya, kalau anda jogging, anda akan membebankan otot di bahagian lutut dan ini punca kepada sakit lutut dan tulang belakang. Tapi, kalau bersenam dalam air, anda dapat kurangkan beban tersebut sebab badan anda yang akan tampung beban itu, bukan tertumpu kepada otot tertentu.
2. Menggunakan semua otot. Bila anda bersenam atau lakukan aktiviti dalam air, tanpa sedar anda dah menggerakan kesemua otot anda. Tak percaya? Cuba anda berenang. Anda akan rasa seluruh badan bergerak. Nak dibandingkan dengan bersenam di darat yang hanya tumpukan otot tertentu sahaja.
3. Memberikan motivasi. Antaranya, anda tak sedar anda penat. Ini kerana aktiviti dalam air ini menyebabkan anda tak rasa anda berpeluh dan suhu badan sentiasa terkawal. Anda juga akan rasa sangat seronok sehingga tak rasa penat dan tak seda anda dah berjam-jam dalam air.
Baik, untuk bersenam dalam air ini ada banyak cara. Antaranya ialah water walking. Apa tu? water walking ini ibarat anda jogging, tapi dilakukan dalam air. Akan tetapi, untuk pengetahuan anda, aktiviti ini lebih banyak membakar kalori berbanding aktiviti darat.
Ini antara kalori untuk perbandingannya (untuk 30 minit):
Berjalan di atas tanah: 135 kcal.
Berjalan di dalam air 264 kalori.
Berjoging di atas tanah: 240 kcal.
Berjoging di air dalam, 340 kalori.
Sudahlah kurang penat, lebih membakar kalori pula. sekarang mari kita lihat beberapa langkah yang anda boleh cuba bagi water walking:
1. Tambah saiz lebar dan tingkatkan kelajuan
Rendam badan anda dalam air sehingga tahap bahu. Gerakkan badan anda ke hadapan dan kekalkan keseimbangan badan. Kemudian, ayunkan tangan dan kaki anda seluas-luasnya. Ia dapat membantu meregangkan otot-otot pinggul anda dan merawat masalah kesihatan seksual anda yang terjadi disebabkan faktor umur.
2. Tendangan dalam air
Ibarat anda berlari. Rendamkan badan sehingga paras bahu. Naikkan peha anda. Tendang air menggunakan kaki anda ke bawah. Ia dapat melatih otot kaki anda membentuk pinggul yang cantik.
3. Sentuh lutut dengan siku anda
Mudah untuk dilakukan walaupun anda mempunyai perut boroi sekiranya dilakukan dalam air. Rendamkan badan separas bahu. Berdiri tegak dan perlahan-lahan bengkokkan badan sehingga siku anda bertemu dengan lutut. Pastikan buat dengan betul untuk elakkan sakit pinggang.
Langkah-langkah ini boleh anda buat bersama keluarga ketika di kolam renang. Kemudian anda boleh cuba lakukan aktiviti lain seperti berenang, main bola tampar dan lain-lain.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan ramai yang malu bila berdepan dengan masalah buasir berdarah. Masalah buasir berdarah ini akan menyebabkan pesakit rasa pedih sewaktu hendak membuang air besar, diikuti dengan keluarnya darah
Jangan anggap masalah buasir berdarah ini perkara remeh kerana ia boleh melarat jika anda tidak mencegahnya dari awal. Ramai yang malu untuk berjumpa dengan doktor, lantas menggunakan cara tradisional untuk merawat masalah buasir berdarah ini.
Bagi yang berdepan dengan masalah buasir berdarah ini, ada rawatan menggunakan bahan semula jadi yang boleh anda amalkan. Caranya dikongsikan oleh Ustaz Md Rosdi Hasan di Facebooknya.
Tadi semasa di Masjid Negara saya di sapa oleh seseorang lelaki yang tidak dikenali katanya telah lama mencari saya sebab untuk merawat masalah buasir yang parah.
Melihat keadaannya memerlukan bantuan jadi saya pun merawat lelaki itu dengan doakan sebotol air agar penyakit buasir yang dideritainya itu cepat sembuh.
Jadi di sini saya nak mengajar bagaimana merawat penyakit buasir berdarah dengan cara mudah dan amat mustajab.
Bahannya:
Tujuh biji buah peria katak
Caranya:
1. Peria tadi ditumbuk halus.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masukkan setengah liter air.
3. Anda hendaklah merebus buah peria katak tadi sehingga menidih.
4. Selepas menidih, letak periuk di lantai rumah dan anda haruslah duduk dalam keadaan bercangkung dengan meletakkan periuk di tengah kelangkang (anda lakukan ia seperti bertangas).
Percayalah tak sampai seminggu sekiranya anda melakukan setiap hari tangasan dari wap peria katak, penyakit buasir anda akan sembuh sepenuhnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.