Kesihatan

Senaman Hilangkan Rasa ‘Down’ & Kurangkan Risiko Depresi

Share

Tekanan dan kemurungan adalah perkara masa dalam kehidupan tambahan lagi dengan sesakan hidup masa sekarang.

Senaman memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan mental seseorang. Ini termasuk manfaat dalam mengurangkan tekanan, meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, serta membantu dalam pengurusan berat badan dan penyakit kronik yang dapat mempengaruhi kesihatan mental.

Senaman Ringan Kurangkan Risiko

Menurut perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri, Pensyarah, Penulis dan  Mental Health Educator Vice President II I-Medik bila seseorang mula rasa down, lesu, serabut dan tertekan, mulalah bersenam.

SENAMAN RINGAN BANYAK MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO UNTUK SESEORANG UNTUK MENDAPAT MASALAH DEPRESI.

Ini kerana menurut fakta perubatan, aktiviti fizikal terutamanya senaman secara sederhana akan meningkatkan hormon-hormon seperti berikut:

Serotonin – memperbaiki mood
Dopamine – memperbaiki motivasi
Endorfin – mengurangkan kesakitan badan


Adrenalin – meningkatkan tenaga

Selain itu menurut Dr Rozanizam lagi, senaman secara konsisten juga meningkatkan nama kimia otak neurotrophin yang berfungsi memperbaiki kerosakan dalam otak manusia.

Foto: Canva.com

Bahkan kajian yang dilakukan oleh Harvard Public Health School turut menunjukkan berjalan kaki dan berlari secara kerap dapat mengurangkan sebanyak 26 peratus risiko masalah depresi atau kemurungan.

Dapat disimpulkan bahwa senaman memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan mental seseorang. Ini termasuk manfaat dalam mengurangkan tekanan, meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, serta membantu dalam pengurusan berat badan dan penyakit kronik yang dapat mempengaruhi kesihatan mental.

Jadi jangan lupa bersenam setiap hari ye!

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

 

Published by
Nana