Penting untuk anda buat senaman kuatkan kaki sebelum memulakan apa jua senaman. Selain terbukti dapat meningkatkan prestasi larian, senaman kuatkan kaki ini juga dapat mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam.
Masa yang paling sesuai untuk anda buat senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat. Ini penting untuk memanaskan otot sebelum anda memulakan sebarang senaman.
Ini 5 senaman kuatkan kaki yang anda kena buat.
CLOCK MOBILIZER
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan senaman ini 5 kali bagi setiap kaki.
SINGLE LEG SQUAT
Imbangkan badan menggunakan kaki kanan dan angkat kaki kiri lurus ke depan.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kiri tidak melepasi kaki kanan.
Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kanan.