MASKULIN yakin pasti ramai di antara anda gemar melakukan senaman sama ada di gimnasium atau pun di rumah. Kedua-dua lokasi tertutup seperti ini sebenarnya sudah cukup baik terutamanya buat mereka yang inginkan privasi.
Bagi anda yang ingin bersenam dalam suasana terbuka dan tidak kisah dengan orang ramai melakukan senaman di taman permainan atau pun di lokasi seperti tasik adalah pilihan terbaik.
Namun tahukah anda ada pilihan alternatif yang lain mampu memberikan bukan sahaja pengalaman senaman yang hebat tetapi memberikan ekspresi visual luar biasa?
Pengenalan teknologi virual reality atau realiti maya telah banyak mengubah lanskap pemainan video di seluruh dunia. Dan kini ia mula digunakan secara lebih menyeluruh termasuklah untuk pengalaman senaman yang menarik dan tersendiri.
Menurut satu kajian dari Garis Panduan Aktiviti Fizikal untuk Rakyat Amerika daripada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS mendapati bahawa individu dewasa perlu lebih banyak bergerak dan elakkan duduk dalam masa yang lama.
Dalam erti kata lain kita perlu bersenam!
Kebanyakan daripada kita sudah mengetahui perkara ini, tetapi mencari motivasi untuk berbuat demikian adalah cerita yang berbeza dan ramai orang yang tidak akan komited dengan jenis senaman lain.
Di sinilah set kepala VR mampu memainkan peranan dan memberikan anda galakan untuk melakukan senaman yang cukup berbeza dengan cara konvensional.
Bagi manfaat kesihatan yang optimum setiap orang perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal sekurng-kurangnya 2 jam dan 30 minit setiap minggu atau 1 jam dan 15 minit aktiviti intensiti yang kuat.
Sebaik-baiknya ini akan disebarkan sepanjang minggu dan ia mestilah aerobik, yang bermaksud peningkatan kadar denyutan jantung anda mengepam lebih banyak oksigen ke otot anda.
Memiliki VR pada masa kini tidaklah semahal seperti dahulu. Ada banyak variasi pilihan di pasaran yang boleh didapatkan pada harga yang berpatutan.
Lebih menarik, VR games pada masa kini juga dibangunkan dengan cukup baik terutamanya melibatkan permainan atau tutorial kecergasan seperti permainan tenis atau larian.
Di antara kelebihan menggunakan VR ialah ia tidak emmerlukan anda mempunyai peralatan khusus untuk aktiviti senaman. VR memberi peluang untuk kita melibatkan diri dalam pengalaman kecergasan yang mendalam dalam keselesaan rumah mereka sendiri. Ini membolehkan mereka bersenam dengan hanya set kepala VR dan sedikit ruang.
Aktiviti fizikal sememangnya baik untuk kecergasan dan kesihatan. Jadi bersenam menggunakan VR juga memberikan manfaat yang tidak kurang hebatnya. Berikut beberapa kelebihan dan manfaat boleh anda perolehi;
Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba bersenam dengan menggunakan VR!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!