Ramai lelaki yang mementingkan kecergasan kadang-ladang terlalu fokus pada bahagian badan seperti abdomen, dada, belakang dan juga pada otot tangan dan kaki. Tapi bagaimana pula dengan otot pada wajah?
Tahukah anda bahawa senaman jawline atau garis rahang merupakan latihan yang bertujuan untuk menguatkan otot-otot di sekitar rahang, leher dan wajah bagian bawah leher.
Tujuan utama senaman ini adalah untuk meningkatkan definisi garis rahang, mengurangkan lemak di area tersebut dan membantu kulit wajah jadi lebih tegang sekali gus mengurangkan penampilan kedutan.
Latihan-latihan ini penting dalam konteks kecantikan dan kebugaran wajah, kerana ia memberi hasil penampilan awet muda dan lebih segar pada wajah seorang lelaki mahu pun wanita. .
Berikut MASKULIN kongsikan lima jenis senaman yang boleh dilakukan:
Senaman ini melibatkan mengangkat dagu dan meregangkan bahagian bawah wajah. Duduk atau berdiri tegak, angkat kepala anda sehingga anda menatap langit-langit.
Kemudian, buat gerakan menelan atau majukan dagu anda ke atas, seolah-olah anda cuba mencapai langit-langit dengan dagu anda. Tahan selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi awal. Ulangi beberapa kali.
Ini membantu melatih otot-otot di sekitar rahang dan bibir. Duduk tegak dengan mulut tertutup dan gigi yang hampir bertemu tapi jangan gigit.
Kemudian, buat gerakan mengunyah dengan perlahan sambil terus menjaga gigi anda hampir bertemu. Lakukan selama satu minit, kemudian buka mulut anda lebar-lebar dengan lidah ditempatkan di belakang gigi bawah. Tahan selama beberapa saat dan ulangi.
Menyerupai wajah ikan, senaman ini melibatkan menghisap pipi ke dalam. Sambil bibir anda tertutup, cuba senyum. Anda akan merasa ketegangan di pipi dan sisi wajah anda. Tahan posisi ini selama beberapa saat dan kemudian lepaskan. Ulangi senaman ini beberapa kali.
Berbaring telentang dengan lidah ditekan ke bahagian atas mulut. Angkat kepala dari lantai sambil mengekalkan pandangan lurus ke hadapan.
Ini akan mencipta ketegangan pada otot-otot leher dan rahang bawah. Tahan selama beberapa saat, kemudian kembali ke posisi awal. Lakukan beberapa pengulangan.
Duduk dengan postur yang baik, tarik kepala anda ke belakang sehingga anda merasakan ketegangan di bawah rahang dan leher anda. Tahan posisi ini selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi awal. Senaman ini membantu menguatkan otot di sekitar rahang dan leher.
Penting untuk melakukan senaman-senaman ini secara teratur dan dengan teknik yang betul untuk melihat hasilnya. Selain itu, menjaga gaya hidup yang sihat, termasuk diet yang baik dan cukup rehat, juga penting untuk mengekalkan penampilan yang muda dan sihat.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang baik untuk anda! Jangan lupa subscribe atau follow Youtube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
@maskulinmy Jauh betul nama yang digunakan dengan nama sebenar mereka. Tapi biasalah bila dah dalam industri hiburan, mesti kena ada nama pentas kan! #maskulin #maskulingayahidup #namasebenar #selebritilelaki #fyp #fypシ ♬ original sound – Maskulin