Aktiviti yang dikenali sebagai senaman ‘caj pantas lima minit’ ini dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP) sebagai amalan yang semakin popular di seluruh China.
Pada awal Julai, seorang warganet memuat naik gambar seorang rakan sekerja yang sedang melakukan senaman caj pantas sambil menunggu lif di Xiaohongshu, menunjukkan seorang wanita yang membawa beg hantaran makan tengah hari dan beg kanvas serta menggunakannya sebagai alternatif dumbel.
Wanita itu juga mengikat beberapa beg penghantaran makanan pada pinggangnya untuk menambah berat kepada senamannya.
“Dia sentiasa menawarkan diri untuk membawa makan tengah hari untuk semua orang dari tingkat bawah kerana menganggap perjalanan itu sebagai senaman. Memandangkan dia duduk di pejabat sepanjang hari tanpa masa untuk pergi ke gimnasium, dia berjaya melakukan senaman pantas sambil membawa bungkusan makanan atau menunggu lif, sekali gus menjimatkan kos yuran gimnasium,” kata seorang rakan sekerja yang menggelarnya seorang genius.
Dalam hantaran lain, seorang warganet memberitahu seorang pelatih di syarikat mereka membawa tikar yoga ke tempat kerja untuk sesi senaman.
“Saya tergoda untuk menyertai, apa yang harus saya lakukan?” katanya. Sementara itu, penulis salinan dari Hangzhou dekat wilayah Zhejiang, Chang, berkongsi pendekatan senamannya dengan Berita Jiupai, di mana Chang berjoging ke stesen metro sambil membawa komputer ribanya
MASKULIN : Menarik juga idea ini kalau dipraktikan di negara kita, mesti tak ada kes obesiti!