Senaman Biasa Di Sekolah Dulu, Siapa Sangka Lompat Bintang Banyak Manfaat Kecergasan

Share

Lompat bintang atau jumping jack merupakan senaman yang MASKULIN yakin anda semua pernah lakukan terutamanya ketika berada di bangku sekolah dahulu.

Ia adalah satu senaman rutin yang mempu menggerakan hampir kesemua anggota badan dari kaki hinggalah ke tangan. Ia merupakan antara senaman yang pernah popular digunakan sebagai senaman alternatif.

Senaman ini antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.

Image by bublikhaus on Freepik

Meskipun senaman lompat bintang ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan.

Berikut MASKULIN kongsikan 8 kelebihan senaman lompat bintabg.

KESIHATAN JANTUNG

Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.

TINGKATKAN KEKUATAN & DAYA TAHAN

Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.

KUATKAN TULANG

mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.

BAKAR KALORI

Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisien dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan konsisten.

LATIH OTOT

Lompat bintang bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.

TINGKATKAN METABOLISME

Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.

Menarik: Tip Menabung & Menyimpan Paling Mudah, Paling Kurang Hujung Tahun Boleh Dapat Lebih RM1,300!

BANTU KURANGKAN BERAT BADAN

Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak langsung.

KEKALKAN BENTUK BADAN IDEAL

Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.

Jadi tunggu apa lagi. Variasikan rutin senaman harian anda dengan turut melakukan senaman lompat bintang!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim