Kini, semakin ramai golongan muda juga terdedah kepada risiko serangan jantung tambahan lagi yang aktif bersenam.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mohammad Farhan Rusli, menyatakan bahawa tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung dalam jangka panjang.
Senaman Berat Waktu Malam Boleh Jadi Punca Serangan Jantung : Pakar Perubatan
Serangan Jantung Boleh Berlaku Jika Bersenam Berat Waktu Malam : Pakar Perubatan
“Bagi kebanyakan orang, senaman yang dilakukan dengan betul atau pada masa yang sesuai tidak akan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.
“Penting untuk kita mengetahui isyarat tubuh sendiri dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti serta senaman yang intensif.
Ads
“Ini termasuk berlatih untuk pertandingan Ironman atau maraton yang panjang dan sebagainya,” katanya.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung
Dr. Mohammad Farhan menjelaskan bahawa senaman berat boleh meningkatkan tekanan fisiologi terhadap tubuh individu.
Ads
Katanya lagi, ia mungkin menyebabkan kadar kortisol atau hormon stres bertambah dan memberi tekanan berlebihan kepada sistem kardiovaskular.
“Apabila mereka melakukan senaman terlalu dekat dengan waktu tidur, ia boleh meningkatkan hormon stres pada tubuh masing-masing.
Ads
“Masalah tersembunyi seperti penyakit jantung juga mungkin tidak diketahui, dan boleh menjadi penyebab rebah semasa bermain sukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr. Mohammad Farhan menasihati orang ramai untuk menjalani saringan kesihatan yang komprehensif secara berkala untuk mengenal pasti penyakit pada peringkat awal, sekali gus mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Gastrik antara masalah sangat lazim ketika bulan puasa ini.
Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Gambar hiasan
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Gambar hiasan
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Apa yang penting, anda cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cuti sekolah ni mestilah anda semua dah ada perancangan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Mesti ada yang dah rancang nak pergi bercuti, balik kampung dan juga yang dah mula terfikir untuk bawa anak lelaki untuk berkhatan.
Sebagai bapa, anda perlu memahami sepenuhnya prosedur sunat, risiko, dan manfaatnya.
SEBELUM SUNAT:
1. Stop tipu anak cakap “sunat tu tak sakit”. Tell them the truth. Dan dalam masa yang sama, ulang2 kebaikan dan ganjaran yang dia dapat lepas sunat.
2. Jangan momokkan sunat sebagai denda atau hukuman bila anak buat salah. Contohnya, “Siap kau. Satgi mak sunatkan kau baru tahu!”
3. Ada banyak kaedah sunat: Smart Clamp, Jahitan, Sutureless, etc. Do some readings dan pilihlah yang paling kena dengan keadaan fizikal anak dan kemampuan kewangan. Jumpa doctor dan tanya betul2 dulu. Jangan setakat ikut cakap2 orang. Jiran sebelah guna teknik clamp, kau pun nak clamp. Si Abah guna batang pisang masa sunat tahun 1988 dulu, kau pun nak anak guna batang pisang. Tanya doktor dulu. Yang nak disunatkan ialah burung si anak, bukan burung abah atau burung jiran sebelah.
4. Tak salah nak bagi reward untuk raikan anak sunat. Bagi la hadiah apa pun. Tapi yang paling penting, fahamkan anak tentang kebaikan sunat itu sendiri. Hadiah tu sampingan je, tapi manfaat yang lebih besar adalah daripada proses sunat tu sendiri.
SEMASA SUNAT:
1. Sebelum masuk bilik bedah, make sure anak dah makan, dah buang air dan dah bersihkan diri.
2. Teman anak kat bilik bedah dan tenangkan dia supaya tak meronta.
3. Ajar anak teknik pernafasan masa cucuk bius untuk minimize rasa sakit.
4. Jangan sesekali cakap kat anak, “Jangan nangis. Anak lelaki mana boleh nangis. Malu orang tengok.” Nonsense! Biarkan anak menangis. Itu fitrah manusia. Orang tengah sakit, takkan nak expect dia senyum pulak?
5. Nak bagi gajet masa sunat? Terpulang. Mungkin berguna juga. Banyak kajian menunjukkan screen time boleh bertindak sebagai “painkiller” dan hilangkan sakit dalam masa 3 saat. Tapi bagi saya, bila lagi anak nak belajar manage rasa sakit kalau bukan time sakit itu sendiri. Lagipun proses sunat tak ambil masa lama. 10-15 minit je.
SELEPAS SUNAT
1. Penjagaan lepas sunat bergantung kepada kaedah yang digunakan. Tapi benda basic yang parents kena tahu: tempat luka potong tu perlu sentiasa kering untuk elakkan infection. Lepas buang air atau lepas mandi, kena letak anak kat tempat berangin supaya cepat kering. Ada yang suggest guna hair dryer (without heat) atau kipas USB tu.
2. Kalau doktor ada bagi antibiotic, makan ikut masa yang ditetapkan. Doktor yang sunat Haikal tu cakap, banyak kes yang burung swollen dan infected sebab tak makan antibiotic. Hmm kesian burung .
3. Rancang aktiviti masa anak “berpantang”. 3-4 hari pertama anak akan banyak baring je. So diorang akan rasa bosan kalau takde aktiviti. So selain tengok TV, main game, dan main phone, rancang la jugak aktiviti lain yang boleh dibuat sambil baring. Macam Haikal, dia banyak main Haikal’s Game Book, main lego dan baca buku. Sebelum sunat memang dah standby banyak2 buku baru untuk dia baca. Haikal selalunya lepas 1-2 hours TV, dia akan switch off sendiri dan cakap “i need to refresh my brain.” Ok whatevsss
4. Bab makan, seminggu pertama tu pantang dulu makan udang, sotong, kerang, ketam, telur, etc. Banyakkan ikan isi putih dalam menu anak. Seeloknya ikan haruan. Macam Haikal, memang hari2 makan haruan. Tapi saya variasikan cara masakan. Haruan sup, haruan bakar, haruan goreng, haruan stim, haruan masak kicap, haruan kari, etc. Andd banyakkan makan buah. Vitamin C boleh cepatkan penyembuhan.
5. Cara basuh kencing: Boleh guna syringe atau isi air dalam mangkuk kecik (campur sikit dengan saline solution) dan rendamkan hujung ? beberapa kali sampai yakin bersih.
Ok dah. Tu je.
Fuhh dah lama tak tulis pepanjang cemni.
Semoga perkongsian saya ni dapat beri kebaikan kepada ibu bapa yang plan nak sunatkan anak masing2 tak lama lagi.
Kepada anak2 yang bakal bersunat–
GOOD LUCK.
Jangan risau, sunat tu tak sakit pun.
Macam kena gigit semut jurrr..
BAHAHAHAH.
Setiap lelaki mempunyai jenis-jenis rambut yang berbeza. Ada yang lebat dan tidak kurang juga yang mudah gugur. Bagi lelaki masalah rambut botak yang berlaku seawal usia penghujung 20-an merupakan satu mimpi ngeri.
Dan percayakah anda ramai lelaki berdepan masalah hubungan romantis dengan pasangan disebabkan penampilan mereka yang botak tengah? Bila ini berlaku ia bukan sahaja meruntuhkan jiwa malah boleh memberikan kesan mental dan keyakinan diri yang semakin rendah.
Jenis rambut juga banyak dipengaruhi oleh faktor genetik namun ia tidak seharusnya menjadi faktor keseluruhan semata-mata. Terdapa beberapa cara, amalan serta pantang larang yang boleh anda amalkan untuk pastikan rambut tidak mudah botak terutamanya di tengah-tengah kepala!
VITAMIN A DAN D
Pertama sekali faktor pemakanan. Anda adalah apa yang anda makan. Jenis makanan seperti ikan dan juga sayur-sayuran mengandungi vitamin A dan D. Dan kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
JANGAN BASUH RAMBUT GUNA AIR PANAS
Ini amalan yang ramai sangat lelaki amalkan. Terutamanya yang sukan mandi dengan air panas. Tahukah anda bahawa air bersuhu panas adalah tidak baik untuk kesihatan rambut anda? Bukan sahaja boleh merosakkan pada akar rambut, malah ia boleh membuatkan rambut nampak kurang bersinar, bercabang dan juga mudah gugur.
PENGAMBILAN KAFEIN
Lelaki dan kopi. Kombinasi yang cuup sinonim. Malah ramai yang tidak daoat berfungsi denagn baik di waktu pagi tanpa kopi. Namun di sebalik itu kopi yang mengandungi kafein boleh memberikan kesan tidak baik dalam jangka masa panjang kepada rambut. Pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan badan mengalami kekurangan zat besi. Dan bila ini berlaku ia boleh menyebabkan rambut mudah ‘rapuh’ dan gugur.
Contoh lelaki yang memiliki rambut sihat.
SENAMAN
Sejak dari dulu lagi MASKULIN sering laungkan. Lelaki yang sihat adalah lelaki yang bersenam. Bukan sahaja manfaat fizikal tetapi ia juga memberi ketengan kepada minda. Bila minda tenang maka stres pun akan berkurangan. Melakukan senaman juga boleh melancarkan pergerakan darah dalam badan. Jika anda stres dan kurang bersenam ia boleh memberikan impak kepada rambut.
PRODUK TAK SESUAI
Sebelum menggunakan mana-mana produk seperti syampu anda hendaklah membaca kandungannya terlebih dahulu. Syampu mempunyai banyak bahan kimia yang jika tidak sesuai dengan kulit kepala dan jenis rambut boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu ketahuilah terlebih dahulu jenis syampu yang sesuai untuk anda.
Faktor utama kenapa lelaki lagi ramai botak berbanding wanita
95 peratus masalah keguguran rambut yang berlaku pada lelaki berpunca daripada Androgenetic Alopecia. Selain itu, masalah keguguran rambut juga berlaku berpunca daripada penghasilan hormon dalam badan yang disebut dihydrotestosterone (DHT).
Hormon ini mengikat pada bahagian folikel rambut dan menyebabkan bahagian itu mengecut serta tidak akan tumbuh lagi.
Kesannya, rambut mula menipis dan juga membawa kepada masalah keguguran.
Oleh kerana lelaki cenderung untuk mempunyai paras hormon testosterone (dan hasilnya, DHT) lebih tinggi berbanding wanita, ia mungkin menjelaskan mengapa lelaki lebih ramai botak berbanding wanita.
Dengan kata lain, jika paras DHT dalam badan anda tinggi, anda cenderung untuk mengalami masalah rambut gugur.