
Bahu yang sasa adalah asas kepada mana-mana tubuh badan lelaki yang tegap. Dengan memberi tumpuan kepada Deltoids Anterior atau “Delts Depan”, ia merupakan cara yang baik untuk membuatkan pakaian anda kelihatan lebih baik.
Walaupun banyak senaman bahagian atas badan mengerjakan Deltoids Anterior seperti anda menekan bangku, sebagai contoh – otot ini biasanya hanya memberikan sokongan, tidak memikul majoriti beban itu sendiri.
“Untuk benar-benar menyasarkan Deltoids Anterior untuk membangunkan lebih cepat, cuba cengkaman neutral cenderung dumbbell terbang,” kata Penasihat Kesihatan Lelaki Australia Training Cam Byrnes.
“Melakukan fly pada kecenderungan maksimum dan dengan atau “dalaman” cengkaman neutral memaksa Deltoids Anterior anda ke perhatian umum dan mengerjakan mereka melalui pelbagai gerakan,” kata Byrnes.
“Saya suka melakukannya mengikut volume,” kata Byrnes, yang mengesyorkan melakukan tiga atau empat set 15 pengulangan.
“Ia benar-benar menghancurkan deltoids dan anda akan mendapat, pam yang besar.”
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berlari 10 KM Setiap Pagi Sebelum Ke Pejabat

Pada hemat saya, Maskulin itu merujuk kepada tiga perkara pokok.
Keterampilan – Bagaimana seorang lelaki itu menjaga dirinya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki iaitu soal penjagaan rambut, sosok badan yang menarik dan pemilihan pakaian seharian.
Sifat – Dia bersifat charming dan cool. Harus punya aura yang tersendiri yang tak dipunyai orang lain. Jika dipandang orang, mesti menarik perhatian mereka untuk memandangnya berulang kali.
Kesihatan – Lelaki Maskulin mesti sihat tubuh badan luar dan dalam. Bila menyebut soal kecergasan, ia bukan sekadar kekuatan, malah dia juga perlu endurance (ketahanan). Kedua-dua ini harus dimiliki.
MASKULIN : MENGAPA MAHU MENGUBAH CORAK KEHIDUPAN?
Saya mula aktif dalam dunia kecergasan apabila saya sedar, saya disahkan menghidap penyakit darah tinggi pada tahun 2010. Ketika itu saya berusia 23 tahun. I used to be fat. Sejak itu, saya tergerak hati merubah kehidupan saya supaya menjadi seorang yang baru. Saya tidak mahu lagi kembali menjadi diri saya yang dahulu. Pada tanggal lapan Oktober tahun yang sama, saya nekad untuk berubah dan meneruskan gaya hidup yang sihat sehingga ke hari ini.
MASKULIN : KISAH OBESITI ANDA?
Sedari kecil, saya kuat makan. Saya tidak pernah mengawal pemakanan saya. Saya kira, corak pemakanan memainkan peranan yang sangat penting kerana ia menyebabkan saya terjebak dalam permasalahan ini, selain kurangnya kesedaran. Sewaktu zaman universiti, saya sangat aktif dengan perbahasan dan pidato. Saya mempunyai kekuatan untuk berkata-kata akan tetapi, saya merasa seperti ada satu hal yang tidak mencukupi. Saya sedar, tak kira betapa bagusnya hujah yang saya lontarkan, saya tidak dapat menangkap perhatian orang dek kerana penampilan saya. Realitinya, orang akan memandang penampilan terlebih dahulu. Dari situ saya sedar saya perlu ada karisma.
MASKULIN : RUTIN HARIAN ANDA?
Sebelum solat subuh, saya akan berlari minimum 10-15 kilometer sebelum ke pejabat. Pada waktu petang selepas pulang kerja pula, saya akan terus ke gimnasium atau ke kolam renang untuk bersenam. Seterusnya, pada malam hari, saya akan melatih pelanggan kecergasan saya. Tepat jam 10 malam, saya akan masuk tidur kerana setiap hari saya akan bangun pukul 5 pagi. Itulah rutin harian saya.
MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Ikhwan Nor. Bagi saya, dia mempunyai pakej lengkap yang saya idamkan. Dia seorang peragawan antarabangsa juga atlet lari pecut kebangsaan. Punya MBA Master Degree, dia juga seorang usahawan. Kini dia membuka gimnasium di Kemaman, Terengganu. He got looks, fitness and brain.
MASKULIN : TIP
Winners never quit and quitters never win. Kejayaan itu bukanlah hanya sekadar pilihan, tetapi ia satu kemestian. Apabila kita pegang kata-kata hikmah ini, nescaya kita akan cuba berbuat sesuatu perkara dengan kapasiti sehabis baik. Sehingga sampai satu titik kata, hanya Tuhan yang menentukan.
Nasihat saya, jangan fikir kecergasan itu boleh kamu perolehi dalam jangka masa bulan-bulan. It takes time. Harus ingat, kecergasan bukan sekadar untuk mendapat tubuh badan yang sasa, namun ia juga memberi kesihatan buat tubuh. That’s the ultimate goals of fitness.
MASKULIN : AKAN DATANG?
Saya mahu menempa jenama nama saya sendiri iaitu ‘Ridwan Mustafa’s Fit, Fun and Fabulous’. Ia merangkumi ketiga-tiga perkara yang saya pegang dalam hidup saya. I want people to have fun while work out. Bila kita lakukan sebarang kecergasan tanpa paksaan, keputusan bakal lebih menyerlah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rejim Pembersih Wajah Lelaki Urban

Double Scrub Deep Clean Extra Cool
Mengandungi Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Ia dapat membersihkan segala kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam dengan berkesan. Memberikan kawalan minyak berterusan dan kulit yang bersih sepenuhnya dalam satu-langkah. Selain itu juga, menawarkan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Alamilah kesegaran ekstra ini terutama penggunaan selepas beriadah atau menjalani aktiviti bersukan.
SK-II Men Brightening Serum
Kuasa unggul dalam kombinasi Pitera dan ‘Vibrant Bright Complex’. Esen terhadap penggunaan serum harian dalam mencerahkan kulit dengan memperbaiki tona kulit dan tekstur dalam masa hanya empat minggu. Direka secara eksklusif buat lelaki masa ini, ia berkesan dalam mencerahkan tatkala bertindak mengurangkan penghasilan melanin selain melembut dan memperbaiki tekstur kulit agar kekal sempurna.
LAB Series Power Wash
Gel pembersih wajah yang kaya dengan ‘enzymatic’ membersihkan secara mendalam dan bertindak membuang kotoran, minyak dan pencemaran serta menutupi pori dengan tidak mengubah keseimbangan PH semula jadi kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut, licin, segar, dan bersedia untuk melakukan cukuran terhadap rambut di wajah.
Biotherm Homme Force Supreme Life Essense & Youth Boosting Skin Treatment
“The story of my life is written on my skin. Don’t expect to read it on my face. I use Biotherm Homme Force Supreme serum to reshape my skin. I also recently discovered the new Force Supreme Life Essence which is really a booster in the morning.” – David Beckham. Diformulasikan khas buat kulit lelaki, formula ‘highest-dosed Life Plankton’ diperkasakan untuk mengaktif aura kekuatan kulit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Suami Nak Hargai Isteri Senang Saja, Tolonglah Buat Kerja Rumah

Suami nak hargai isteri senang saja, tolonglah buat kerja rumah. Rutin seorang isteri begitu mencabar untuk menguruskan rumah tangga setiap hari. Celik saja mata, isteri akan mula menguruskan rumah tangga dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Lebih mencabar jika isteri itu juga bekerja jadi berganda-gandalah kepenatannya.
Suami Nak Hargai Isteri Senang Saja, Tolonglah Buat Kerja Rumah
Tidak salah jika suami turut singsing lengan nak tolong isteri. Cara ini sudah cukup memadai buat isteri sebagai tanda dirinya dihargai. Mereka tidak minta banyak pun, hanya sedikit sikap ingin menolong isteri.
Sebagaimana perkongsian oleh doktor Dr Ezairy M.Sallih yang mendedahkan mengenai rutin sibuk seorang isteri, agar suami menghargai isteri untuk rutin sehariannya di rumah.
Ramai antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.
Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.
Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.
Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.
Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.
Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.
Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.
Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.
Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.
SUAMI KENA FAHAM HAKIKAT KEHIDUPAN ISTERI
Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.
Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.
Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.
Hargailah pasangan anda.Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini. Isteri untuk dihargai..
Semoga kita menjadi pasangan yang salin melengkapi antara satu sama lain agar bahtera perkahwinan kekal bahagia.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
BACA: Suami Kena Banyak Sabar Didik Isteri Kuat Melawan, Wanita Penuh Emosi!
Suami Perlu Romantik Ke? Ini Perspektif The Pocket Rocketman& Azizulhasni Awang
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI