Kesihatan

Senaman Bahu, Ini 5 Perkara Perlu Anda Elak Agar Terhindar Kecederaan

Share

Bahagian bahu merupakan salah satu otot utama yang sering digunakan dalam pelbagai aktiviti harian dan senaman. Jadi senaman bahu yang betul bukan sahaja membantu meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti tetapi juga dapat mengelakkan kecederaan yang serius.

Buat kebanyakan lelaki, bahagian bahu merupakan antara yang paling signifikan dalam membentuk tubuh badan yang tegap.

Namun tanpa sedar sebenarnya ramai yang sering melakukan kesilapan ketika melakukannya. Berikut adalah lima perkara yang perlu dielakkan untuk memastikan anda mendapatkan manfaat maksimum daripada senaman bahu anda.

Guna Dumbbell Terlalu Berat

Salah satu kesilapan terbesar yang sering dilakukan ialah menggunakan dumbbell atau pemberat yang terlalu berat.

Ini bukan sahaja boleh mengurangkan keberkesanan senaman tetapi juga meningkatkan risiko kecederaan. Bahu adalah bahagian yang mudah cedera jika tidak dikendalikan dengan betul.

Oleh itu, pastikan anda memilih berat yang sesuai ketika melakukan senaman bahu – sesuai dengan kemampuan. Mulakan dengan berat yang lebih ringan dan tingkatkan secara beransur-ansur apabila kekuatan bahu anda bertambah.

Image by gpointstudio on Freepik

2. Teknik Salah

Teknik yang betul adalah kunci utama untuk mengelakkan kecederaan dan memastikan otot bahu bekerja dengan efektif. Ramai yang mengabaikan teknik yang betul semata-mata untuk mengangkat berat yang lebih berat.

Pastikan anda mempelajari teknik yang betul dari pelatih kecergasan atau melalui sumber yang dipercayai. Fokus kepada postur yang betul dan pergerakan yang terkawal setiap kali anda melakukan senaman bahu.

BACA: Cabaran Kurangkan Gula Selama 30 Hari, Transformasi Anda Boleh Di Sini!

3. Tak Panaskan Badan Dengan Betul

Memanaskan badan adalah langkah penting sebelum memulakan sebarang jenis senaman. Ia membantu meningkatkan aliran darah ke otot dan mempersiapkan badan untuk aktiviti fizikal.

Mengabaikan pemanasan boleh menyebabkan otot menjadi tegang dan mudah cedera. Lakukan pemanasan selama 5-10 minit dengan fokus pada pergerakan yang melibatkan bahu seperti rotasi bahu dan angkat tangan.

4. Kurang Rehat

Bahu memerlukan masa untuk pulih selepas setiap sesi senaman. Melakukan senaman tanpa rehat yang mencukupi boleh menyebabkan otot menjadi terlalu tegang dan berisiko tinggi untuk cedera.

Pastikan anda memberi rehat yang cukup kepada otot bahu dengan memberi sela masa sekurang-kurangnya 48 jam sebelum melakukan senaman ini yang intensif semula. Ini memberi peluang kepada otot untuk membaiki dan membesar dengan lebih baik.

Image by freepik

5. Tidak Melakukan Senaman Regangan

Senaman regangan adalah penting untuk meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan ketegangan pada otot bahu. Ramai yang cenderung mengabaikan senaman regangan selepas latihan, yang boleh membawa kepada otot menjadi tegang dan berpotensi untuk kecederaan.

Luangkan masa 5-10 minit selepas setiap sesi senaman untuk melakukan regangan bahu. Ini membantu dalam pemulihan otot dan meningkatkan pergerakan sendi bahu.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim