Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Meningkatkan kekuatan
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Meningkatkan kestabilan teras
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Mengurangkan risiko kecederaan belakang
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Meningkatkan prestasi sukan
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Ads
Meningkatkan koordinasi dan pergerakan anda
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN DUMBELL DALAM LATIHAN
Salah satu cara terbaik dan banyak impaknya dalam latihan membina otot adalah dengan menggunakan bebanan sama ada menggunakan berat badan sendiri ataupun dengan alatan senaman seperti dumbell.
Ads
Lebih bertenaga
Tidak cepat letih dalam melakukan tugas tugas seharian.
Dapat melakukan sesuatu pekerjaan dalam jangka masa yang lebih lama
Dengan memiliki daya tahan otot yang baik, anda boleh menaiki tangga dengan keadaan selesa dibandingkan dengan orang lain.
Ads
Potongan badan yang menarik
Dengan bentuk badan yang menarik, ia akan membina keyakinan individu dalam menghadapi kehidupan seharian dan secara langsung berpikiran positif dalam menangani masalah.
Dapat melakukan kerja berat dengan mudah
Mengangkat/ mengalihkan pasu bunga atau mengangkat baldi yang berisi air dengan mudah tanpa merasa letih dan sakit otot.
Mengelakkan kecederaan otot
Bila mana otot kaki menjadi kuat, kebarangkalian untuk jatuh adalah tipis begitu juga jika otot bahagian atas badan kuat, anda akan mempunyai postur yang baik dan boleh mengelakkan daripada sakit pinggang dan menghindarkan sakit arthritis.
Membina kepadatan tulang
Masalah utama bila usia semakin meningkat ialah tulang akan menjadi rapuh. Dengan melakukan latihan bebanan menggunakan dumbell, tulang akan menjadi lebih padat. Ini akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjelang usia 30 tahun, ramai lelaki mungkin mula mempertimbangkan perubahan dalam gaya hidup dan diet mereka. Salah satu perubahan yang paling penting dan bermanfaat adalah meninggalkan tabiat pengambilan gula dari diet harian. Dalam artikel ini, Maskulin menyenaraikan mengapa penting bagi lelaki untuk melupakan gula sebelum mencapai usia 30 tahun.
Gula tambahan dalam diet boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Dengan melupakan gula dari diet sebelum usia 30, lelaki dapat mengurangkan risiko penyakit jantung yang serius pada masa hadapan. Ini adalah langkah proaktif untuk menjaga organ yang sangat penting dalam tubuh kita.
Lelaki mungkin menyedari bahawa penjagaan berat badan boleh menjadi lebih sulit di usia yang lebih matang. Meninggalkan gula membantu dalam mengawal berat badan secara lebih berkesan. Pengambilan gula berlebihan boleh menjadi punca utama berat badan berlebihan, dan dengan menghapuskannya dari diet, proses pengawalan berat badan akan menjadi lebih mudah.
Usia 30 tahun adalah masa yang kritikal untuk mengurangkan risiko diabetes. Gula berlebihan dalam diet berkait rapat dengan diabetes jenis 2. Dengan meninggalkan gula, lelaki boleh mengurangkan risiko penyakit ini yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka.
Kita semua ingin mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menghadapi cabaran hidup seharian. Gula dapat menyebabkan penurunan tahap tenaga selepas peningkatan singkat. Dengan melepaskan gula dari diet, lelaki dapat menikmati tenaga yang lebih stabil dan berterusan sepanjang hari.
Kulit yang sihat adalah aset berharga, terutama ketika penuaan mula menghampiri. Meninggalkan gula dapat membantu mengurangkan risiko masalah kulit seperti jerawat dan penuaan kulit yang cepat. Kulit yang lebih cantik dan berseri adalah salah satu faedah besar.
Meninggalkan tabiat gula sebelum mencapai usia 30 adalah langkah bijak bagi setiap lelaki. Ini adalah pelaburan dalam kesihatan jangka panjang dan kualiti hidup yang lebih baik. Jika anda belum memulakan perjalanan ini, tiada masalah, selagi anda memulakannya secepat yang anda mampu.
Perubahan ini akan memberi pulangan yang besar, memberi anda kekuatan dan kesihatan untuk menghadapi segala cabaran yang datang dalam tahun yang mendatang. Jadi, mulakan perubahan anda hari ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda berasa penat pada hari ini, jangan salahkan hari semalam anda pula. Sebenarnya kekurangkan tidur bukanlah faktor utama buatkan kamu keletihan sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut dan cara mengatasi agar anda sentiasa kelihatan ceria setiap pagi.
1. Ambil Masa Berlebihan Bermain Telefon
Anda tidak perlu menyalahkan telefon anda, tapi menghabiskan masa yang berlebihan dengan telefon anda itu yang menjadi masalah utama. Jika anda bangun daripada tahap tidur yang paling nyenyak itu ia boleh mengakibatkan anda berasa lebih mengantuk dan letih sepanjang hari berbanding mereka yang bangkit dari tahap tidur yang ringan.
2. Terlalu Bergantung Pada Fitbid
Pengesan fitnes kadangkala boleh memberikan kebaikan kepada anda dalam membantu mengesan dan memotivasikan diri anda. Namun apabila anda turut menggunakannya ketika waktu tidur, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda berasa lebih letih. Kebanyakan pengguna yang menggunakan peralatan ini bangun melihat skor tidur mereka yang teruk, mereka akan mula bimbang mengenainya. Ini boleh menyedut keluar segala tenaga dari anda walaupun sebelum mula bersiap.
3. Anda Tidak Berhidrasi
Tentu anda faham mengapa kadangkala kita bangun dengan bau mulut yang tidak menyenangkan, kerana kita kekurangan air di dalam badan. Ketika anda tidur, tubuh anda akan mula menyerap setiap air yang anda minum sepanjang hari. Ini bermaksud anda akan beroperasi selama 8 jam tanpa air di dalam badan. Jika anda tidak mengambil air untuk berhidrasi, sumber tenaga dalam tubuh anda bakal beransur-ansur hilang.
Minum sebaik sebelum anda keluar dari rumah.
4. Mandi Pada Waktu Malam
Mandian panas pada malam hari dapat membantu merehatkan otot-otot anda dan menghilangkan ketegangan dan akhirnya membantu anda untuk lena tidur, bukan? Namun hakikat sebenarnya, jika anda mengamalkan tabiat mandi air panas pada waktu malam, ia adalah sama seperti anda bersenam sepanjang malam. Ia menaikkan suhu badan oleh itu ia akan mengambil masa untuk menyejuk dan membenarkan anda tidur lena.
5. Bersenam Selepas Waktu Kerja
Memulakan hari anda dengan larian pada waktu pagi atau bersenam boleh menjadikan anda lebih cergas untuk menghadapi hari yang seterusnya. Segala jenis senaman boleh membantu mengalirkan oksigen dan nutrisi ke dalam tisu badan dan membantu paru-paru dan jantung anda untuk beroperasi dengan lebih baik dan membekalkan lebih tenaga kepada anda sepanjang hari.
Sumber : Lelaki sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara cabaran yang ramai dihadapai oleh kita terutamanya lelaki bujang sepanjang bulan Ramadan ialah untuk bangun bersahur. Kalau tidak kena gaya memang akan terlajak tidur dan gagal bangun bersahur.
Bila itu berlaku mahu atau tidak terpaksalah berpuasa dengan penuh dugaan sepanjang hari dengan perut yang kosong.
Di seluruh dunia, umat Islam memparaktikan pelbagai cara untuk bangun sahur. Malah di beberapa buah negara ia seakan menjadi tradisi dalam komuniti untuk mengejutkan orang bangun sahur.
Di Indonesia, kita sering lihat video-video tular di laman media sosial bagaimana mereka dengan pelbagai cara unik mengejutkan jiran tetangga untuk bangun sahur.
Ada yang menggunakan gendang. Tidak kurang juga yang berselawat atau bernyanyi ramai-ramai.
Namun lain pula pendekatan yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Megelang Jawa Tengah. Dia mendapat idea untuk menawarkan khidmat mengejutkan orang untuk bangun sahur dengan panggilan telefon.
Jejaka bernama Khoirul Anam itu dilihat mempromosikan perkhidmatannya menerusi laman Instagram kendaliannya @anam_chenel. Memetik laporan Tribunnews, perkhidmatan unik yang ditawarkan oleh Khoirul Anem itu mendapat perhatian warganet. Ini kerana dia telah berjaya mendapatkan seramai 11 orang pelanggan buat pertama kalinya.
Jelasnya, “Pada puasa pertama, ramai yang hubungi saya untuk bantu kejutkan bersahur. Anggaran dalam 11 orang. Bagaimanapun hanya tiga orang sahaja mengangkat telefon, selebihnya masih lena. Saya telah hubungi mereka sebanyak tiga kali, jika tidak bangun, saya hubungi orang lain,” katanya.
TRambahnya lagi perkhidmatan itu adalah percuma di seluruh Indonesia. “Ya, saya memang lakukan secara percuma, kalau mengenakan bayaran bimbang saya tertidur. Kalau percuma sama-sama tidak rugi.
“Saya akan hubungi mereka bermula jam 2 pagi hingga waktu Imsak dan ingin saya tegaskan, ia hanya dilaksanakan sepanjang Ramadan sahaja,” ujarnya yang gembira kerana ramai memberi sokongan terhadapnya.
Hebahan promosi perkhidmatan ‘jasa bangun sahur’ yang ditawarkan olehnya menjadi bualan hangat warganet. Rata-rata menyifatkan ia satu usaha yang unik selain memudahkan golongan bujang bangun untuk bersahur bagi menjalani ibadah puasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.