Senaman 20 Minit Paling Cepat Ubah Perut Buncit Ke Six Pack. Wajib Cuba!

Share

Dalam kesibukan bekerja, mungkin anda tidak sempat untuk ke gimnasium mahupun tapak rekreasi untuk mengubah perut buncit ke six pack. Jangan bimbang, anda masih boleh lakukan senaman paling cepat di rumah dengan meluangkan masa selama 20 minit sahaja.

Fokus utama senaman 20 minit yang dikongsikan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan jantung, mengaktifkan otot kaki, menguatkan otot dada (pectorolis) serta otot perut (abdominal).

 

1. Jumping Lunge

a) Senaman yang mempunyai elemen lompatan perlulah dilakukan di tempat yang lembut untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada sendi lutut anda untuk jangka panjang.

b) Mulakan senaman ini dengan posisi lunge biasa iaitu satu kaki di hadapan dan satu kaki  di belakang. Kedua-dua kaki anda hendaklah berada pada kedudukan 90 darjah.

c) Mulakan menukar kaki dengan melompat di udara. Satu kaki di hadapan, dan satu kaki di belakang.

d) Pastikan chest, torso anda sentiasa tegak dan tegap.

e) Masih ramai yang jarang melakukan senaman ini kerana ia memenatkan. Waaupun bagaimanapun, senaman ini sangat baik untuk menguatkan keseluruhan otot kaki, hip flexors dan senaman kardiovaskular apabila dilakukan dengan laju dan diulang banyak kali.

 

2. Plyometrics Pushup

a) Untuk senaman ini, pastikan anda lakukannya di permukaan yang kesat seperti karpet atau rumput. Elak melakukan pada permukaan yang licin atau basah kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan.

b) Senaman ini sama sahaja seperti push up yang anda biasa lakukan, cuma semasa menolak tubuh badan, anda perlu lakukan dengan pantas sehingga (upper body) melantun sedikit ke udara.

c) Sekiranya anda lakukan dengan pantas, ia boleh menguatkan otot (pectoralis) chest serta (deltoid) bahu.

3. Plank Single Hand

a) Planking atau bridging adalah senaman yang baik untuk kekuatan abdominal, tulang belakang (spine bone) serta kekuatan mental apabila anda melakukannya dalam tempoh masa yang lama.

b) Senaman ini juga sama seperti plank biasa cuma anda hanya perlu tingkatkan lagi keupayaan atau intensity dengan menggunakan sebelah sahaja tangan anda.

c) Cuba lakukan selama 30 saat kanan dan kiri. Untuk senaman ini, anda perlu memastikan kaki, pinggang dan badan berada dalam keadaan selari atau sebaris.

4. Hip Raise Single Leg

a) Secara umumnya, senaman ini bertujuan untuk memberi kekuatan abdominal dan tulang belakang serta hamstring.

b) Untuk melakukan senaman ini, ada perlu menaikkan pinggang selari dengan kaki untuk tempoh 30 saat kaki kanan dan menukar 30 saat untuk kaki kiri.

c) Tingkatkan keupayaan anda dengan menambahkan masa kepada satu minit dan seterusnya.

Published by
Kim Rahim