Hanya bentangkan exercise matt dan buat senaman 15 minit di rumah, anda mampu bakar kalori yang banyak dan cepat kurus. Selagi melibatkan gerakan, ia akan membakar kalori, sekali gus cepat menghilang lemak degil pada tubuh anda.
Sebenarnya bukan faktor malas semata-mata yang menjadi punca kita gagal bersenam setiap hari, sebaliknya kekangan masa yang menjadi halangan untuk kita memulakan senaman pertama.
Memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2019, kini anda sudah boleh berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat dengan melakukan 7 senaman ini yang hanya memakan masa 15 minit sehari.
1. Plank
2. Push Up
3. Bird Dog
4. Squats
5. Wall Sit
6. Dead Bug
7. Down Dog
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Teknik Senaman Dumbbell Untuk Dapatkan Lengan Padu. Mudah & Boleh Buat Di Rumah!
Isi Kandungan
ToggleLakukan teknik senaman dumbbell jika anda inginkan lengan yang padu dan sasa. Tak perlu ke gym, hanya sediakan dumbbell dan anda boleh buat teknik senaman dumbbell ini di rumah.
Teknik senaman dumbbell ini juga mudah untuk diikuti. Ini 4 teknik yang boleh amalkan.
1. HAMMER CURL
Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini juga ialah otot di bahagian forearm.
Cara senaman:
- Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
- Pegang dumbbell dalam posisi menegak.
- Luruskan tangan ke bawah, seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
- Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
2. BICEPS CONCENTRATION CURL
Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman:
- Berada dalam posisi duduk.
- Letak sebelah siku di atas paha sambil memegang dumbbell.
- Angkat dumbbel sambil siku di paha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada paha.
- Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
3. DUMBBELL RENEGADE ROW
Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps, selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Cara senaman:
- Ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan.
- Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
- Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
4. STANDING BICEPS CURL
Cara senaman:
- Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
- Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan.
- Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
- Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
Sumber: Sixpackerz
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Senaman & Larian Di Atas Treadmill Untuk Hasil Terbaik
Isi Kandungan
ToggleBerjalan mendaki bukit banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
ADAPTASI GUNA TREADMILL
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
BAKAR LEBIH BANYAK KALORI
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
KELAJUAN TREADMILL
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
RUTIN HARIAN
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Terangkan Bahaya Guna Putik Kapas & Cara Betul Untuk Buang Earwax
Isi Kandungan
ToggleSelalu bila kita masukkan putik kapas dalam telinga untuk membersihkan earwax ataupun lebih dikenali sebagai tahi telinga. Namun, ia sebenarnya dedahkan telinga kita kepada bahaya yang lebih dahsyat.
Dr Ezairi M. Sallih, merupakan seorang Pegawai Kesihatan untuk Telinga, Hidung & Tekak (ENT). Dia menjelaskan tentang bahaya penggunaan putik kapas serta besi yang digunakan untuk mengorek keluar tahi telinga.
BACA: 4 Senaman Ini Sesuai Untuk Dilakukan Semasa Baring, Ikuti Perkongsian Coach Ini
Berikut adalah penjelasannya, mari sama-sama kita ikuti.
Bahaya Putik Kapas
Beliau berusia tiga puluh lima tahun. Sudah tiga hari mengalami sakit telinga sebelah kanan. Pendengaran rasa tersumbat. Seakan ada sesuatu yang menghalang. Pedih. Perit.
Hari itu sudah ada cecair kuning yang keluar daripada telinga. Katanya, ia bermula dengan rasa gatal teramat sangat, menyebabkan beliau menggunakan putik kapas, cotton bud sehingga kemudiannya menggunakan pencungkil besi untuk mengorek telinga. Lega. Sedap.
Namun, rasa itu hanya bertahan seketika. Lagi kerap ia dilakukan, semakin sering cuba dikorek dan dibersihkan, ia perlahan-lahan bertukar menjadi sakit. Berdenyut-denyut.
Keadaan ini kami sebut sebagai ‘otitis externa’ iaitu jangkitan atau keradangan yang belaku pada salur telinga luar pesakit ‘external auditory canal’.
Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tidak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.
Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri.
Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?
1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:
1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras disebut sebagai ‘impacted ear wax’
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini :
1. Lakukan pemeriksaan telinga bersama doktor.
2. Ubat titis telinga akan diberi jika doktor mendapati ‘ear wax’ terlalu keras.
3. Rujukan ke Klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di hospital boleh dilakukan jika perlu.
4. Di klinik ENT, saya akan lakukan pembersihan telinga dengan bantuan alatan seperti otoendoscope atau microscope. Lebih selamat dan rendah risiko kecederaan pada telinga.
Nasihat saya, jika anda ada sebarang masalah pada telinga sama ada gatal, tidak selesa dan sakit, jumpalah kami untuk diperiksa. Kalian akan dibantu.
Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih
Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘tympanic membrane’ boleh mengalami kebocoran!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI