Sempurnakan Penjagaan Kulit Asas Lelaki Dengan Pembersih Wajah & Pelindung Matahari HANEUL

Share

Rutin penjagaan kulit asas yang terbaik melibatkan beberapa langkah mudah yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kecantikan kulit anda. Di era moden seperti sekarang penjagaan kulit wajah kini bukan hanya penting buat wanita tetapi juga kepada lelaki!

Penjagaan kulit adalah penting untuk lelaki sama seperti untuk wanita. Tahukah anda bahawa kulit merupakan organ yang terbesar di badan kita. Ia mempunyai fungsi yang sangat penting bagi memberikan perlindungan kepada diri dari persekitaran luar.

Namun dengan lambakan produk penjagaan kulit sekarang anda mungkin keliru yang mana satukan paing sesuai buat anda? Apatah lagi jika anda yang tidak sesuai menggunakan produk mengandungi bahan yang ‘keras’ seperti vitamin C.

Tidak dinafikan vitamin C dan retinol cukup popular namun sesetengah pengguna tidak sesuai menggunakannya kerana kesan sampingan pada kulit. Disebabkan itulah kita perlu kembali kepada penjagaan kulit asas yang terbaik.

Produk dari Korea terbaru, Haneul kini hadir menawarkan solusi yang terbaik untuk anda. Lebih penting seperti namanya ia lembut untuk digunakan dan sesuai untuk semua peringkat umur dan juga jantina.

Haneul merupakan produk penjagaan kulit yang memberikan fokus kepada bahan berasaskan sains iaitu Niacinamide dan bahan semula jadi dari ekstrak bunga putih.

Gabungan dua bahan istimewa inilah yang menjadi rahsia Haneul untuk menjadi produk penjagaan asas terbaik bagi mendapatkan perlindungan kulit yang maksima dan kulit lebih sihat!

Antara dua aspek penjagaan kulit asas yang penting ialah pembersih wajah dan juga krim pelindung matahari. Kehadiran Haneul Brightening Cleanser dan Haneul Brigtening Suncreen mapmu memberikan perlindungan terbaik untuk anda.

Selain dua bahan utama yang dinyatakan di atas kedua-dua produk ini kaya dengan pelbagai bahan anti oksida seperti ekstrak teh hijau, ekstrak epal, ekstrak akar mulberi dan juga dari cendawan.

Haneul Brightening Cleanser

Bahan Utama

  • Ekstrak White Blossom (Antioksidan & Pencerahan)
  • Niacinamide ( Mencerahkan)

Bahan Penyokong

  • Centella Asiatica: Menenangkan
  • Ekstrak Morus Alba | Diekstrak daripada akar Mulberi: Antioksidan
  • Ekstrak Pyrus Malus | Diekstrak daripada epal: Antioksidan
  • Tricholoma Matsutake | Diekstrak daripada cendawan: Antioksidan
  • Oxalis Triangularis | Diekstrak daripada Cengkih Ungu: Antioksidan
  • Daun Camellia Sinensis | Diekstrak daripada Teh Hijau: Menenangkan
  • Bunga Camellia Japonica: Menenangkan & Mencerahkan
  • Thymus serpillum | Juga dikenali sebagai Wild Thyme: Mencerahkan

Haneul Brightening Sunscreen

Formula khusus untuk melindungi dan melembapkan kulit dengan SPF 50 PA+++

  • Tekstur berkrim dengan sedikit kesan tone up tanpa sebarang white cast atau bercapuk
  • Formula pelindung matahari hybrid | mengandungi kedua-dua jenis penapis matahari (mineral dan kimia)

Ingatlah semua, pilihan terbaik untuk penjagaan kulit asas ialah produk penjagaan wajah yang mampu mencerah dengan lembut dan tidak memudaratkan kulit.

Berasaskan inovasi sumber alam dan kecanggihan sains, jenama HANEUL dilahirkan untuk menyelesaikan masalah ini.

Boleh dapatkan sekarang di Shopee Haneul Official Store

! Pada 9.9 kita mempunyai pelbagai diskaun dan RM9 OFF voucher.
@maskulinmyCuaca panas tidak menentu pasti memberikan kesan yang cukup buruk untuk kulit. Sebagai lelaki pun kita harus melindungi kulit dengan menggunakan sunscreen. Haneul Brightening Sunscreen contohnya memberikan perlindungan maksima dan memberi kelembapan yang baik. Dengan tekstur krim lembut, Haneul cukup sesuai digunakan tanpa meninggalkan sebarang kesan putih. Perlindungan SPF 50 PA+++ menjadikan Haneul sangat sesuai digunakan sepanjang hari. Lebih menarik ia dicipta dengan formula mengandungi bahan utama White Blossom Extract, Niacinamide dan Betaine bertindak menjadi pelindung fizikal dan juga cahaya UV!♬ original sound – Maskulin
Published by
Farizul Izwany Ibrahim