Amat menyedihkan kerana ramai lelaki yang cukup memandang remeh dan tidak mengambil berat tentang bau yang ada pada badan mereka.
Malah tidak menghairankan masih ramai lagi lelaki selesa tampil di pejabat atau pun di majlis-majlis rasmi tanpa sebarang haruman atau perfume pada badan.
Tahukah anda selain penampilan yang kemas dan personaliti diri di antara perkara yang mampu membuatkan seorang wanita tertarik kepada seorang lelaki adalah bau yang harum?
Di sinilah pemilihan dan cara menggunakan minyak wangi atau perfume dengan betul memainkan peranan yang sangat penting!
Bagi sesetengah lelaki pula mereka anggap hanya perlu lakukan semburan di beberapa lokasi badan sahaja sudah mencukupi. Tapi sebenarnya tip dan cara untuk buatkan perfume lebih tahan lama lebih daripada itu.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh buatkan bau perfume lebih tahan lama dan bau lebih mengancam!
Ads
1.
Pilihlah perfume yang berkualiti tinggi. Jangan kedekut untuk melabur sedikit bagi mendapatkan perfume yang berkualiti.
Tidak kurang juga untuk anda pilih minyak wangi yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah, kerana alkohol boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.
2.
Ramai yang lakukan kesilapan ini selepas itu hairan kenapa bau tidak tahan lama. Ingat, jangan semburkan wangian terlalu dekat dengan kulit.
Semasa melakukan semburan pegang botol semburan kira-kira 20 ke 30 sentimeter dari kulit. Dan lakukan semburan itu titik-titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan juga siku.
Ads
3.
Salah satu lagi cara untuk buat perfume lebih tahan lama dan wangi ialah dengan menyapu losyen atau minyak badan sebelum melakukan semburan. Kulit yang lembap dapat membantu mengekalkan bau wangian lebih lama.
4.
Ini juga satu lagi kesilapan besar yang ramai orang lakukan. Selepas melakukan semburan jangan menggosok kawasan tersebut.
Menggosok hanya akan memecahkan molekul minyak wangi lalu boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.
5.
Semasa anda memakai pakaian semburkan sedikit perfume pada pakaian anda dari jarak kira-kira 20-30 sentimeter.
Ads
Ingat, wangian yang disemburkan pada kain akan tahan lebih lama daripada wangian yang disemburkan pada kulit. Tapi usahlah terlalu banyak pula ya.
6.
Simpan botol wangian anda di tempat yang sejuk dan kering seperti dalam almari atau laci. Hindari meletakkan botol di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ini kerana cahaya matahari boleh merosakkan perfume. Dan perfume yang rosak akan hilang kekuatan baunya.
7.
Jangan sembur terlalu banyak wangian. Menggunakan terlalu banyak wangian tidak hanya menjadi terlalu kuat dan tidak enak, tetapi juga mengurangkan kebolehcapaian bau wangian itu sendiri.
Perbuatan memicit jerawat adalah tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana apabila isi jerawat tersebut meletup keluar, kulit anda akan berwarna kemerah-merahan.
Apatah lagi jika jerawat anda itu belum masak, selagi ditekan-tekan, kulit anda bukan sahaja menjadi merah, bengkak yang tidak sepatutnya pun akan kelihatan.
Cara mudah untuk menangani masalah ini adalah :
1. Jangan picit langsung
Biarkan jerawat anda masak dengan sendirinya. Jika anda menyental muka atau badan dengan kain lembut sewaktu mandi, ia akan pecah sendiri sekali gus bakteria juga terus dapat dibersihkan.
2. Guna krim jerawat
Anda boleh menggunakan krim jerawat terbaik mengandungi kandungan seperti benzoyl peroxide atau asid salicylic dan sapukan pada kulit wajah anda semalaman. Biarkan ia meresap ke dalam kulit.
Namun jika tangan anda tetap gatal untuk memicit jerawat di wajah itu juga, pastikan anda buat perkara ini :
1. Sebelum picit, cuci wajah anda terlebih dahulu. Kemudian lakukan rutin exfoliate dan sesudah itu, tekapkan wajah dengan kain yang hangat.
2. Jika ingin memicit keluar blackhead pada wajah, gunakan tisu dan jika ianya sejenis bintik putih, sebaiknya gunakan lancet dan cucuk dengan berhati-hati pada bahagian tengah jerawat tersebut.
3. Jika ia sejenis jerawat merah yang tidak punya isi (cecair putih), seeloknya jangan picitnya beriya-iya. Sapukan krim untuk masakkannya agar kotoran pada bintik jerawat merah itu dapat dikeluarkan lebih cepat.
4. Lepas picit jerawat, cuci wajah dengan bersih dan kemudiannya, sapukan toner. Toner berfungsi untuk membersihkan lagi kulit wajah di samping meredakan kulit kemerah-merahan.
5. Letak ais pada kawasan berjerawat yang baru dipicit. Teknik ini boleh meredakan kawasan wajah yang bengkak.
6. Jangan sentuh kulit wajah anda dengan tangan. Kadang-kala, tangan yang tidak bersih seperti kuku yang kotor boleh mengakibatkan bakteria merebak.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kereta atau kenderaan empat roda kebiasaannya dilengkapi dengan pelbagai jenis lampu amaran yang memberikan indikasi atau kondisi kereta. Di antaranya ialah lampu ‘CHECK ENGINE’ atau ditampilkan dalam bentul logo sahaja.
Bayangkan anda sedang ralit memandu dan tiba-tiba anda dapati lampur ‘CHECK ENGINE’ menyala. Reaksi spontan biasanya kita akan jadi hairan dan risau kerana memikirkan apa yang tidak kena pada kereta.
Lampu tersebut menyala kerana sistem komputer di dalam kereta telag mengesan ada masalah pada sistem kereta. Dan kondisi ini bergantung kepada jenis, tahun dikeluarkan dan juga model kereta.
Ia menyala berkemungkinan kerana kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi atau juga masalah brek. Terdapat segala macam sebab yang menyebabkan lampu ‘CHECK ENGINE’ ini menyala dan jalan terbaik untuk atasi masalah ini ialah melakukan pemeriksaan atau diagnosis secara lebih terperinci.
APA ITU LAMPU CHECK ENGINE
Ia sebenarnya lampu amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi dalam kereta. Atau dalam bahasa mudahnya sejenis lampu amaran untuk pengurusan enjin/transmisi/elektrikal yang akan menyala jika ada SEBARANG masalah dikesan pada enjin kereta.
Konsepnya sama sahaja dengan mesej ‘error’ yang muncul pada skrin komputer anda jika masalah dikesan dalam sistem.
BOLEH DIPANDU ATAU TIDAK?
Ketika anda dapatnya menyala secara tiba-tiba tapi tidak mendatangkan masalah secara langsung kepada kenderaa, ia bermakna anda boleh terus memandunya. Namun pergilah periksa dan dapatkan pendapat dengan mekanik yang pakar dalam hal ini.
Namun berbeza jika anda dapati ada perbezaan ketara ketika memandu seperti dapatinya semakin semput, bergegar atau bunyi yang kuat. Berhentilah dengan segera dan hubungi trak tunda. Kita tidak mahu masalah akan menjadi lebih teruk. Tapi carilah lokasi sesuai untuk berhenti, jangan main berhenti di lokasi tidak dibenarkan.
IA KEKAL MENYALA
Jika lampu ‘CHECK ENGINE’ terus menyala dalam jangka masa yang lama, sila ambil langkah segera seperti yang dinyatakan di atas.
TERPADAM DENGAN SENDIRI
Selepas beberapa ketika anda dapati lampu amaran tersebut padan secara tiba-tiba. Usah rasa lega dulu kerana mungkin sistem komputer kereta menyimpan data mengenai masalah yang berlaku. Dan ia boleh diperiksa dengan lebih lanjut di bengkel. Jadi jika ia terpadam sendiri sekali pun, pergilah periksa ya.
RESET LAMPU AMARAN ‘CHECK ENGINE’?
Ada sesetengah pemandu melakukan hal seperti ini kerana ingin ‘memadamkan’ amaran tersebut secara paksa. Ia dilakukan dengan memutuskan sambungan bateru atau pun fius. Namun ia amatlah tidak digalakkan. Ini kerena melakukan perkara ini akan menghilangkan kod masalah asal yang timbul. Malah banyak syarikat pengeluar melarang dan mencegah ia daripada dilakukan.
Satu perkara anda perlu ingat, setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik tersendiri. Jika masalah yang timbul itu dibaiki ia biasanya akan terpadam dengan sendiri. Atau dipadamkan dengan menggunakan Code Reader. Namun jika ia boleh dibaiki sepenuhnya ia tidak akan kekal lama. Berkemungkinan besar akan menyala semula.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kereta atau kenderan masing-masing. Jangan lupa subsribe YouTube MASKULIN dan menonton ‘RODA PANAS’ setiap Isnin jam 9:30 malam di Astro Naura!
Sumber: mekanika.com.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Panau merupakan satu penyakit kulit yang biasanya boleh diubati. Panau tumbuh dalam bentuk bulat atau bujur dan ada kalanya ia bersambung.
Panau juga boleh menyebabkan kulit anda terasa gatal-gatal dan untuk menyembuhkannya, anda boleh menggunakan bahan-bahan ini :
1. Daun pinang
Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
2. Buah pinang
Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
3. Daun belimbing
Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.
4. Daun kesum dan minyak tanah
Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.
5. Daun gelenggang
Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
6. Halia
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
7. Pucuk lada
Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.
8. Bawang putih dan halia
Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
9. Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
10. Daun lengkuas
Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.