Pengalaman menggunakan serta membeli minyak wangi adalah berbeza-beza mengikut individu. Ini kerana tidak semua minyak wangi sesuai dengan setiap orang.
Anda sebagai pengguna perlu bijak memilih minyak wangi yang bukan sahaja sesuai dengan bau badan tetapi personaliti diri.
Jika tersilap memilih jenis bauan minyak wangi memang ia kurang mengeluarkan bau. Malah dalam kes tertentu ia hanya membuatkan badan anda mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Ada juga sesetengah daripada anda memilih untuk setia dengan satu jenama sahaja walaupun kesannya tidaklah seharum yang disangka. Bukan itu saja malah terdapat beberapa sebab mengapa minyak wangi yang anda gunakan tidak mengeluarkan bau seperti dimahukan.
SIMPAN TERLALU LAMA
Ya, mungkin anda ada lebih daripada satu jenis minyak wangi. Namun perlu diingt setiap inyak wangi paling lama boleh bertahan untuk digunakan pun hanyalah 5 tahun. Menggunakan minyak wangi yang telah lama disimpan membuatkan baunya kurng kuat.
PENYIMPANAN SALAH
Faktor cahaya dan kelembapan kawasan simpanan boleh menjadi faktor penting mengekalkan bau wanghi. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan. Bila ini berlaku bau minyak wangi yang digunakan akan terjejas dan tidak mengeluarkan bau seperti yang dimahukan.
KULIT KERING
Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak kering dan mempunyai kelembapan yang baik. Disebabkan itulah jika anda mempunyai jenis kulit kering bau minyak wangi yangh dipakai mudah hilang. Ini kerana kekurangan kelembapan pada badan tidak membuatkan ia ‘melekat’ dan tahan lama.
TERLALU BANYAK BAU
Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis produk yang ada baunya tersendiri. Sabun mandi, pencuci muka dan juga syampu di antara produk yang ada bau. Dan percampuran bau inilah juga yang boleh menjadi penyebab minyak wangi mudah hilang baunya.
MASALAH KULIT
Bagi anda yang berdepan dengan masalah atau penyakit kulit mungkin kurang bernasib baik bila bercakap tentang minyak wangi. Ada sesetengahnya berdepan alahan dan jika dipakai pula baunya tidak tahan lama.