Sembelit Yang Melampau Boleh Membawa Maut. Tip Mudah Untuk Elak Sembelit

Share

Hampir semua orang akan mengalami sembelit. Sembelit adalah kesukaran membuang air besar yang berlarutan selama beberapa minggu. Jika anda memandang ringan terhadap sembelit ia boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih teruk.

Punca sembelit selalunya berlaku kerana cara pemakanan yang tidak sihat. Penting untuk mengambil makanan yang mengikut piramid makanan iaitu makanan yang tinggi dengan serat. Ia adalah salah satu daripada makanan yang penting dalam diet bagi membolehkan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik dan memduahkan kelawasan perut.

 

Individu yang mengalami sembelit akan dianggap kronik jika dia akan mengalami dua atau lebih simptom yang sama dalam masa tiga bulan. Antara simptomnya ialah pembuangan najis kurang dari tiga kali seminggu dan pembentukkan najis yang berketul atau keras. Selain itu, sewaktu proses pembuangan individu perlu meneran dan juga memerlukan jari untuk menekan perut untuk mengeluarkan najis.

Jika sembelit dibiarkan, ia boleh menyebabkan individu mendapat penyakit yang lebih teruk seperti radang usus, kanser perut, kanser esofagus an kanser usus.  Kanser usus merupakan pembunuh kedua wanita selepas kanser payudara. Jadi cuba kawal supaya dapat mengelak daripada berlaku perkara yang lebih buruk. Ini antara yang anda boleh lakukan jika anda ingin atasi masalah sembelit:

 

1)    Makan dengan teratur

Seperti biasa anda wajib untuk mengambil air masak sehingga urine anda jernih. Bermakna 6-8 gelas setiap hari membantu membantutkan sembelit. Lebihkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengambilan serat yang seimbang.

 

2)    Bersenam

Mengapa perlu bersenam, sembelit je pun. Kajian mendapati bahawa pemakanan yang kurang seimbang membantu anda untuk mendapatkan sembelit dan dalam masa yang sama, jika anda tidak bersenam, perlawasan akan menghantui anda. Ini kerana senaman membantu untuk merenggangkan otot pada perut membantu perlawasan najis anda.

3)    Tidur yang cukup

Dapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup ia boleh menyebabkan anda mendapat sembelit dan mengurangkan stres ketika proses pembuangan air besar.

 

4)    Makan Ubat melembutkan najis

Pelembut najis selalunya diambil oleh mereka yang baru sahaja melakukan pembedahan, ia mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bagi julap tersebut berkesan.

 

 

Published by
Maiya Deen