Hilangnya seorang ikon. Itulah gambaran mereka yang ‘hidup’ mengagungkan satu-satunya legasi menjadi kebanggaan dan ikutan mereka. Greg Plitt antara bintang dunia kecergasan yang memiliki prestasi cukup mengagumkan. Pemergiannya tidak disangka dan dianggap ‘gone too soon’ buat semua. Namun legasinya tetap akan terus hidup dalam jiwa mereka yang menjadikannya sebagai idola.
PENANGAN GREG PLIT
Greg Plitt disahkan meninggal dunia akibat dilanggar kereta api ketika menjalani penggambaran produk kecergasannya. Apa yang lebih menyedihkan, pakar forensik mendapati tangannya masih memegang sebuah video kamera ketika mayatnya ditemui.
Ternyata berita duka ini mengejutkan dunia. Greg Plit ternyata cukup berpengaruh malah memberikan inspirasi pada buat mereka yang ingin menjadi seperti dirinya. Sejak 9 tahun yang lepas, Greg Plit bukan sekadar model kecergasan, beliau juga adalah seorang pelakon, usahawan serta jurucakap motivasi. Beliau juga sudah muncul di muka depan majalah sebanyak 250 majalah kecergasan dan mendapat gelaran ‘America’s #1 Male Fitness Model’
.Anak jati kelahiran Maryland, Amerika Syarikat ini memang diakui sejak kecil sangat aktif dan terlibat dengan pelbagai sukan. Antaranya bola sepak, gusti dan golf. Dia juga pernah menjadi ranger hutan selama 5 tahun. Kecintaannya pada sukan bina badan kian menebal sejak ayahnya membeli peralatan gim di rumah dan melihat kesungguhan ayahnya melatih ramai orang.
Sejak dari itu, pelbagai kejayaan dikecapi Greg. Antaranya pernah disunting menjadi atlet tajaan MET-Rx®, Under Armour dan Gold Gym. Beliau juga telah membintangi lebih 25 iklan berjenama termasuk Old Spice, Dodge Ram Lori, ESPN, Under Armour, MET-Rx® serta banyak komersil lagi.
Selain itu, Greg juga dilihat beraksi di skrin besar dalam filem-filem terkemuka Hollywood. Antaranya ‘The Good Shepard’ bersama Robert DeNiro, ‘Terminator Salvation’ dengan Christian Bale, ‘Grudge Match’ dengan Sylvester Stallone dan ‘The Watchmen’ di mana beliau memegang watak ikonik Dr. Manhattan. Greg juga telah muncul di pelbagai rancangan televisyen termasuk Bravo ‘Workout’, HGTV’s ‘Designed to Sell’, NBC’s ‘Days of our Lives’ dan WE’s ‘Mystery Millionaire’.
Kariernya terus melonjak apabila Greg dinamakan sebagai salah seorang “25 Fittest Americans” oleh Men’s Fitness Magazine di samping Will Smith dan President Obama. Selain itu, namanya juga turut disenaraikan dalam “One of America’s Most Eligible Bachelors” oleh rancangan televisyen EXTRA dan“60 Sexiest Men Alive” mengiringi Daniel Craig dan David Beckham oleh DNA Magazine.
DIET PERMAKANAN HARIAN
1- Diet Pra Senaman
Kandungan Protein shake meliputi of Met-RX Amped ECN NOS Powder, L-glutamine,Creatine, HMB, Omega-3, Multivitamin, Whey Protein, dan Madu
2- Diet Untuk Senaman Pagi
Meliputi Protein Whey, Dextrose, Creatine, L-glutamine, dan HMB
3- Diet Untuk Setiap Hari
Daging, ikan, atau ayam, dan sayur-sayuran – makan besar berjumlah sekitar 3,500 kalori, ATAU salmon dan asparagus ATAU ayam panggang, udang kukus serta brokoli dengan timun carrotsand.
4- Diet Pos Senaman
Kandungan Protein shake meliputi Creatine, L-glutamine, dan HMB
RUTIN SENAMAN
Isnin: Dominasi dada (Smith Machine Push-Up Ladder: 3 set / Dumbbell Rack Series: 3 dropsets / Incline Cable Elevators: 3 dropset / Superset: 3 set )
Selasa: Belakang (6 stesyen senaman iaitu Sets: 3 set Reps: 8-12 reps selama 60-90 saat)
Rabu: Dada (Handstand Push-Ups / Smith Machine Overhead Shoulder Press /
Battling Ropes / Standing Bradford Press)
Khamis: Tangan (Standing Barbell Curl / EZ-Bar Skullcrusher / Standing Concentration Curl)
Jumaat: Dada, Belakang, Perut. Kardio (Incline (DB or BB) Bench Press – 4 sets 8-15 reps / Wide Grip Pull Ups or Lat Pulldown – 4 sets 10-15 reps)
Sabtu: Kaki (Hamstring Curls 4 x 10-12 / Stiff-leg Lying Leg Curls 4 x 10-12)
Ahad: Kardio
Quote: “Pengorbanan hari ini adalah untuk kesenangan masa depan, jika anda sanggup untuk bergadai demi kesakitan anda rasakan kini, ia hanyalah satu mesej menandakan anda sanggup untuk berubah demi hidup anda” – Greg Plitt
PROFIL
Nama: George Gregory Plitt, Jr.
Asal: Baltimore, Maryland, U.S.
Tarikh lahir: 3 November, 1977
Ketinggian: 6 ft 1 in (1.85 m)
Berat: 88kg
Kerjaya: Model kecergasan, Jurulatih peribadi, Atlet Tajaan