Tidak semua lelaki dilahirkan dengan fizikal tinggi lampai. Namun, tidak bermakna lelaki ‘ petite’ atau kurang tinggi tidak boleh tampil bergaya dan menarik di mata wanita!
Seluar Yang Paling Sesuai Untuk Lelaki ‘Petite’, Cipta Ilusi Lebih Tinggi
Ia sebenarnya bergantung juga kepada bagaimana anda mengenakan pakaian dan memilih fesyen yang sesuai. Terdapat beberapa trik gaya yang boleh anda ikuti dan tidak kurang juga beberapa gaya fesyen harus anda elak untuk nampak lebih menarik dan tinggi.
Terutamanya dalam pemilihan seluar!
Berikut adalah 5 jenis potongan seluar yang paling sesuai untuk jejaka petite:
1. Seluar Slim Fit
Seluar slim fit adalah pilihan utama untuk jejaka petite. Potongan yang kemas dan tidak terlalu ketat mampu memberikan bentuk yang lebih panjang pada kaki, menjadikannya nampak lebih tinggi. Selain itu, seluar ini juga membantu memberikan siluet yang lebih rapi, sesuai untuk gaya kasual mahupun formal.
Tip: Pastikan panjang seluar tidak terlalu melepasi bahagian kasut untuk mengelakkan kesan “bunched-up” di pergelangan kaki yang boleh membuatkan anda kelihatan lebih pendek.
Ads
2. Seluar High-Waisted
Seluar high-waisted adalah trik terbaik untuk menambah beberapa inci pada ketinggian visual anda. Dengan garis pinggang yang lebih tinggi, seluar jenis ini memberikan ilusi kaki yang lebih panjang. Ia sesuai dipadankan dengan kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar untuk penampilan yang lebih rapi dan tersusun.
Tip: Pilih warna gelap seperti hitam atau navy untuk menambahkan kesan slim dan panjang pada penampilan anda.
3. Seluar Cropped
Seluar cropped yang berakhir tepat di atas buku lali adalah pilihan yang sesuai untuk jejaka petite. Panjang seluar ini membantu menonjolkan kaki dan mengelakkan kesan seluar yang terlalu panjang atau meleret, yang boleh memendekkan penampilan. Potongan ini sesuai untuk gaya kasual yang trendy.
Tip: Elakkan potongan cropped yang terlalu lebar, sebaliknya pilih potongan yang slim atau straight untuk penampilan yang lebih kemas.
Ads
4. Seluar Tapered
Seluar tapered yang sedikit lebar di bahagian paha tetapi mengecil di bawah lutut adalah pilihan yang bijak. Potongan ini memberikan keseimbangan pada bahagian atas badan sambil mencipta ilusi kaki yang lebih panjang. Seluar jenis ini sesuai untuk dipakai ke pejabat mahupun acara formal.
Tip: Pastikan anda memilih seluar tapered yang tidak terlalu ketat di bahagian kaki untuk memastikan keselesaan sepanjang hari.
5. Seluar Straight Leg
Ads
Seluar straight leg memberikan keseimbangan dan proporsi yang baik untuk jejaka petite. Dengan potongan yang lurus dari pinggang hingga ke pergelangan kaki, ia tidak menambah lebar yang tidak perlu pada tubuh anda. Potongan ini sesuai untuk gaya yang lebih klasik dan formal.
Tip: Pilih fabrik yang lebih ringan dan elakkan seluar yang terlalu tebal, kerana ini boleh menambah volume yang tidak diingini pada badan anda.
MASKULIN : Jangan takut untuk mencuba pelbagai potongan dan sesuaikan dengan gaya peribadi anda. Yang penting, pastikan seluar yang dipilih memberi kesan seimbang dan selesa untuk dipakai sepanjang hari!
Seluar Yang Paling Sesuai Untuk Lelaki ‘Petite’, Cipta Ilusi Lebih Tinggi
Tip Gaya Tambahan: Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. Penggunaan aksesorui yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berdasarkan kajian, 75 peratus wanita di Malaysia lebih sukakan lelaki berkulit hitam manis berbanding mereka yang berkulit cerah. Buktinya ramai wanita yang suka pada lelaki berkulit hitam manis seperti Datuk Khairy Jamaluddin, Remy Ishak, Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Tidak dinafikan lelaki berkulit hitam manis sering berdepan dengan masalah dalam berfesyen, selain sukar memilih warna pakaian yang sesuai berbanding lelaki berkulit putih kerana kondisi warna yang tidak sama.
Bagi mengatasi masalah lelaki berkulit hitam manis ini, Maskulin sarankan anda ikuti 6 trik fesyen ini. Percayalah, jika anda pandai dan berani bermain dengan warna, pasti anda dapat “tackle” pandangan mata wanita dan mengatasi masalah untuk memilih warna sesuai.
1. Elak warna hitam
Warna hitam adalah warna yang sepatutnya anda elak kerana ia akan membuatkan penampilan anda nampak lebih kusam dan malap. Sebaliknya pakailah warna bright white kerana warna kontra seperti ini akan menyerlahkan lagi warna kulit hitam manis anda.
2. Guna warna pastel
Orang berkulit hitam manis sesuai memakai warna pastel bertona lembut seperti lavender, baby blue dan merah muda. Selain menyerlahkan warna kulit, pilihan warna-warna ini juga akan membuatkan penampilan anda lebih seimbang dan memukau pandangan.
3. Seluar khakis warna coklat muda
Bagi anda yang suka memakai seluar khakis, pastikan anda memilih seluar berwarna coklat muda daripada warna kulit anda bagi memberikan kesempurnaan pada warna kulit. Selain seluar khakis, anda juga boleh menggunakan seluar berbentuk pastel dengan warna terang seperti jeans dan slack.
4. Gabungkan warna
Anda juga digalakkan untuk berani menggabungkan warna pakaian agar pandangan mata orang tertumpu pada pakaian anda. Cukup sekadar menggunakan dua gabungan warna dan jangan berlebihan bagi mengelakkan anda nampak seperti badut.
5. Pemakaian jam tangan
Ramai lelaki suka memakai jam tangan. Bagi lelaki kulit gelap, sebaiknya anda pilih jam tangan berwarna perak, emas cerah atau platinum. Jam tangan kulit tampak kurang menyerlah pada anda berbanding jika anda menggunakan jam tangan metal dan pilihlah warna cerah untuk permukaan jam tangan tersebut.
6. Warna yang harus anda elakkan
Anda harus elak daripada mengenakan beberapa warna seperti biru nila, hijau, coklat tua, pirus, magenta dan hijau muda. Warna-warna seperti ini tidak kena dengan warna kulit anda. Jika anda ingin mengenakan pakaian, usahakan untuk menggunakan warna-warna yang lebih terang dan meriah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepada jejaka diluar sana, pernahkan anda terfikir apabila anda melihat lelaki-lelaki lain yang rupa paras mereka jika nak dibandingkan dengan anda, ada lah rupa dari tiada langsung. Harta? Kadang-kadang pinjam duit dari anda pun ada. Tapi teman wanita keliling pinggang. Sedangkan anda ‘forever alone’. Mengapa ya? Apa yang mereka ada yang anda tiada?
Ramah
Kebanyakkan lelaki, mereka akan memulakan topik yang ringan supaya pihak wanita mudah untuk berbual dengan mereka. Mereka tidak bertanya soalan-soalan KBKK tentang isu semasa ataupun fakta-fakta yang berat kerana kemungkinan wanita bosan lalu berlalu begitu sahaja.
Yakin
Kalau anda perasan, kebanyakan mereka ini berperwatakan terbuka. Sebagai contoh, mereka yakin mereka kacak walaupun ada sesetengah mereka tidaklah kacak mana. Namun, keyakinan mereka inilah yang mampu menjadi daya penarik wanita kerana kebanyakan wanita memang sukakan lelaki yang nampak berkeyakinan. Baru nampak yakin dalam mengemudi hubungan percintaan. Jika kacak tetapi tidak yakin diri, nampak teragak-agak dalam membuat keputusan, macam mana perempuan nak yakin kan?
Pandai bergaya
Jejaka sebegini kebiasaanya bijak dalam bergaya kerana mereka sentiasa mahu kelihatan sempurna dimata wanita. Bagi wanita normal, lelaki tidak perlu mengenakan pakaian mahal dari butik terkemuka. Cukuplah sekadar berpakaian kemas dan bersih. Yang penting wangi!
Kelakar
Yang ini bonus besar! Usikan sentiasa tidak lekang dari mulut mereka untuk menyakat wanita supaya mereka tersenyum. Ini merupakan ‘add-on’ dalam diri mereka. Barulah ada bunga-bunga dalam hubungan tu. Takkan nak bosan sahaja kan.
Menepati janji
Perempuan memang pantang lelaki yang tidak menepati janji. Mereka mungkin boleh maafkan tapi mereka memang takkan lupakan sampai bila-bila kerana bagi mereka ini bukan ciri lelai yang bertanggungjawab.
Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lelaki yang tidak disebut wanita. Mereka bukanlah cerewet tetapi mereka perlu memilih yang terbaik. Kita mahu makan pun mahu pilih mahu kedai mana yang sedap inikan pula pilih pasangan hidup, betul tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami mana yang ‘perfect’? kalau dah namanya manusia, pasti akan mempunyai kekurangan di mana-mana. Jangan sentiasa mengimpikan lelaki yang manis seperti gula, mempunyai tenaga seperti Thor dan wajah kacak seperti Henry Golding. Ketahuilah bahawa suami yang anda cintakan itu sebenarnya mempunyai banyak kelemahan. Membawang menjadi sinonim kepada para wanita hari ini. Wanita lebih cenderung kepada berbual mengenai isu semasa ataupun selebriti ketika berada di pejabat ataupun sedang menunggu anak keluar dari perkarangan sekolah.
Bukanlahlah nak menegah anda dari para isteri dari bergosip, cuma cenderung anda terhadap menceritakan aib suami anda itu akan lebih berleluasa. Ini antara perkara-perkara yang tak patut anda ceritakan pada orang perihal suami anda.
Ayat yang dikeluarkan suami apabila tengah marah
Penting untuk anda menyimpan rahsia rumah tangga anda dengan tidak menceritakan apa dan bagaimana pergaduhan antara anda dan suami anda. Jika ia benar-benar menganggu mental dan fizikal anda pergilah kepada mereka yang lebih arif dan pakar dalam rumah tangga.
Cerita buruk keluarganya
Perkahwinan bukan bermakna anda berkahwin dengan pasangan anda sahaja, namun ia bersifat menyeluruh dimana anda turut berkahwin dengan keluarga masing-masing. Wanita lebih gemar berkongsi perihal keluarga mertua kepada rakan-rakan, namun biarlah berpada-pada, jangan sehingga membuka aib keluarga tersebut sudahlah.
Cerita atas katil
Ini rahsia paling perlu anda simpan! Bukan sahaja dari segi kemanusiaan, malah dalam setiap agama juga melarang anda dari membuka rutin harian anda di atas katil. Jika suami anda mengalami masalah-masalah seperti mati pucuk, berbincang dengannya baik-baik agar rumah tangga anda tidak bergolak.
Gaji Suami
Ini sensitiviti yang perlu setiap wanita jaga. Gaji suami melambangkan status suami dan keluarga anda. Sejauh mana pun anda percaya pada orang sekeliling anda, ia akan memberi pandangan negatif kepada orang ramai, jika anda menceritakan perihal gaji suami anda. Lelaki boleh tertekan dan mula meradang jika egonya diperlekehkan. Jadi sila jaga aib suami.
Tabiat buruk
Seperti yang dikatakan pada awalan tadi, tabiat buruk juga merupakan lumrah manusia, tiada sesiapa pun yang tidak mempunyai tabiat buruk. Ia merupakan kekurangan setiap orang dalam dunia ini. Contohnya seperti suami gemar meletakkan baju kotor bersepah di dalam rumah, ataupun tidak mahu membantu dalam mengemas rumah, isterit tidak wajar untuk menceritakan perihal ini kepada orang ramai. Sebaliknya, berbincang secara baik dan beri nasihat. Ada banyak cara untuk mengubah tabiat ni, namun tidaklah perubahan itu sepantas kilat. Semua perkara memerlukan masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.