Sama ada anda peminat produk keluaran Apple atau pun tidak, MASKULIN yakin anda tidak dapat nafikan bahawa nama Steve Jobs merupakan figura yang cukup berpengaruh dalam melakukan revokusi peranti pintar.

Selepas pemergiaannya sehingga kini peminat Apple masih merasakan tiada siapa mampu mengikuti jejak langkahnya yang penuh visi dan berani. Jadi tidak hairanlah kenapa Steve Jobs dianggap sebagai antara figura paling penting dalam dunia teknologi telekomunikasi pintar.

Selipar Birkenstock Pengasas Apple, Steve Jobs Dilelong Pada Harga Hampir RM1 Juta!
Foto: AAP

Dengan legasi yang dibawa olehnya jadi tidak hairanlah segala apa yang pernah dimilikinya menjadi buruan peminat Apple. Terbaru, satu lelongan yang cukup unik telah berlangsung berkaitan dengan sepasang sandal yang pernah dipakai dan dimiliki Steve Jobs.

Selipar Birkenstock Pengasas Apple, Steve Jobs Dilelong Pada Harga Hampir RM1 Juta!

Menurut laporan, sepasang selipar Birkenstock terpakai yang pernah dimiliki olehnya telah dilelong hampir AS$200,000 (RM998,250) oleh sebuah firma lelongan berpangkalan di California, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

IKLAN

DISELAMATKAN DARI SAMPAH

Firma Julien’s yang mengendalikan lelongan itu menjangkakan selipar tersebut akan dilelong antara AS$60,000 (RM272,250) dan AS$80,000 (RM363,000). Bagaimanapun, pembelinya tidak didedahkan.

Selipar yang tampil agak lusuh dan sedikit kotor itu didakwa pernah dipakai oleh Steve Job pada era tahun 1970-an dan 1980-an. Ia dikatakan telah diselamatkan daripada ditukar menjadi sampah oleh seorang lelaku bernama Mark Sheff yang menguruskan salah satu hartanah ahli teknologi itu di Albany, California, pada tahun 1980-an.

Selipar Birkenstock Pengasas Apple, Steve Jobs Dilelong Pada Harga Hampir RM1 Juta!

IKLAN

Beliau memakai sandal ini semasa detik-detik penting dalam sejarah Apple, kata firma lelongan itu dalam laman webnya. Selipar tersebut sebelum ini pernah menjadi bahan pameran termasuklah bersama syarikat jenama selipar tersebut, Birkenstock.

Selipar Birkenstock Pengasas Apple, Steve Jobs Dilelong Pada Harga Hampir RM1 Juta!

IKLAN

Gaya selipar seperti ini telah menjadi salah satu daripada ‘uniform’ tidak rasmi Steve Jobs di zaman kegemilangannya membangunkan Apple. Perkara tersebut pernah dikongsi oleh Chrisann Brenna bekas teman wanita dan juga ibu kepada anak pertamanya, Lisa.

Steve Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 pada usia 56 tahun selepas bergelut lama melawan penyakit kanser pankreas. Siapalah pembeli selipar lusuh ini ya?

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI