Setiap orang mempunyai misi dan visi tertentu dalam kehidupan mereka. Kurus dan memiliki berat badan yang ideal menjadi kepuasan dalam setiap diri manusia di atas muka bumi ini. Sifat manusia yang mementingkan paras rupa dan penampilan lebih daripada personaliti menjadi lumrah. Yang gemuk dicerca dan yang kurus serta sado diagong-agongkan. Perjalanan Weight Loss semestinya sukar buat mereka yang mengimpikan berntuk badan yang menarik. Ada yang tarik diri separuh jalan, dan ada yang kembali ke jalan lama kerana penat dan tidak mampu untuk teruskan perjuangan. Tak kira apa alasannya, setiap individu mempunyai cerita tersendiri yang boleh dijadikan inspirasi buat anda. Muhamad Firdaus bin Kamaruzaman yang kini berusia 31 tahun menceritakan pengalamannya dalam mengharungi detik-detik menurunkan berat badan.
Dari umur berapa start diet?
Perjalanan weight loss saya bermula pada usia saya 28 tahun. Pada masa itu berat saya dalam lingkungan 75kg atau lebih. Saya rasa macam lebih je. Tapi sebab saya tak timbang, saya tak tau. Dalam masa 7 bulan saya telah berjaya menurunkan berat sebanyak 16kg
Ceritakan pengalaman diet anda.
Pengalaman weight loss saya bermula apabila saya menyertai JK1M musim ke 5 bersama Team Bukit Jalil. Itulah kali pertama saya bersenam secara serius sepanjang hidup saya. Biasalah budak gemuk macam saya mana pernah bersukan atau bersenam. Disini saya belajar cara bersenam yang mudah dah cara pemakanan sihat disamping support group yang menyokong perjalanan weight loss saya. Saya meneruskan perjalanan weight loss saya untuk JK1M musim ke 6 bersama Team Petaling Jaya.
Sebenarnya perjalanan weight loss saya tidaklah menekankan (stressful) sebab saya hanya buat apa yang saya suka buat. Antara aktiviti senaman yang saya enjoy adalah Run dan Dodgeball. Sejak saya mengamalkan gaya hidup aktif, telah banyak aktiviti larian yang saya sertai. Bermula dengan fun run sejauh 5km, saya telah up kan game saya ke 10km, 12km. Dan sehingga kini saya telah menyertai 2 kali half marathon sejauh 21km. Bukan mudah, tapi dengan latihan dengan determination saya berjaya menjadikan larian sebagai aktiviti sukan yang saya paling enjoy.
8 Oct 2018, menamatkan half marathon pertama saya dengan penuh bergaya pada Hari Sukan Negara 2016
Menarik! Boleh kongsikan dengan kami, bagaimana corak pemakanan anda dalam pengurusan diet?
Dari segi diet pemakanan pula, saya tidaklah mengamalkan sebarang bentuk diet yang menyeksakan. saya bedal je apa yang saya nak asalkan dalam lingkungan kalori yang diperlukan badan saya. Bagi saya, diet perlu enjoy dan tidak stressful.
Apa antara penyebab utama nak kuruskan badan?
Sebab utama saya nak kurus adalah saya dah penat jadi gemuk. Pada masa itu, saya fikir gemuk ni less attractive dan tidak menarik. Saya nak jadi attractive, saya nak jadi hensem, siapa yang tak nak jadi hensem. Jadi saya start menguruskan badan. Tapi satu benda yang saya belajar dari perjalanan weight loss, keyakinan diri tiada kaitan dengan rupa paras fizikal saya. Dulu saya ingat, sebab saya gemuk saya kurang keyakinan diri, kurang keyakinan utk berinteraksi dengan orang, kurang keyakinan untuk buat apa yang saya enjoy, tapi apabila saya sudah berjaya mencapai berat badan ideal, my self confidence and self worth has nothing to do with my physical appearance. I still feel confident. Rupanya saya silap, lack of self confident yang saya fikir ketika saya gemuk hanyalah dalam fikiran saya sahaja. Tak kira gemuk atau kurus, self Confident itu datang dalam diri sendiri.
Tanya lah kawan lama saya, mereka tidak nampak sedikitpun perubahan pada personaliti saya walaupun fizikal saya berubah. Jadi untuk mereka yang struggling dengan berat badan mereka, you can be what you want if you set your mind into it. Self confidence has nothing to do with your physical appearance. Just enjoy your life but with moderation. Sebab kita hidup ni tak lama, nak stress-stress buat apa. If you love to eat, just eat but with moderation.