‘Selesai Ke Masalah Jika Hantar Mereka Ke Pulau?’ Soal PU Azman Mengenai Isu LGBT

Share

 

Baru-baru ini Maskulin ada mengeluarkan isu berkenaan seorang netizen yang mencadangkan agar golongan LGBT ditempatkan di sebuah pulau yang jauh dari masyarakat. Ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut, dan mencadangkan beberapa pulau terpencil untuk didiami oleh golongan ini. Ketika berjumpa dengan PU Azman di Majlis Pelancaran Produk Ubat Gigi Aurawhite, Maskulin sempat menemubual PU Azman berkenaan isu ini.

“Ketika kita buat satu tindakan dakwah, pendakwah mempunyai pelbagai cara. Kita kena fikir adakah dengan boikot dan menjauhkan mereka dari masyarakat itu wajar dilakukan? Islam itu mempunyai rahmat yang mulia, tapi cara sesorang itu menyebabkan Islam itu tak ada rahmat. Sebagai contoh penagih dadah, dari segi kemanusiaannya, jika mereka lalu dihadapan kita dan memberi salam, adakah kita tidak akan menjawabnya? Sama juga seperti mereka yang berpakaian seperti wanita walhal mereka ini lelaki, jika mereka ingin solat di saf lelaki, adakah kita akan menghalau mereka? Sedangkan Nabi sendiri pun melayan dengan rahmat seorang lelaki yang minum arak, Nabi tak marah ketika berinteraksi dengan dia atas dasar dia manusia. Jadi adakah tindakan mengasingkan golongan ini di Pulau menampakkan rahmat kita? Dan adakah ia dapat memulihkan mereka atau mereka akan terus hanyut di pulau itu? Kita kena berbalik pada pihak berkuasa, cara tutur untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan. Perkara seperti ini perlu diberi pertimbangan.”

“Islam tidak pernah menutup peluang dan dakwah itu ada banyak cara bila kita nak tegur orang tu dengan cara yang lembut tapi bijak. Ada waktu kita tegas, ada waktu kita lembut. Namun jika seseorang itu tiada harapan untuk berubah, sebagai pendakwah kita tidak boleh putus asa. Malah kita sebagai pendakwah tidak boleh menganggap lebih bersih dari dia, kita cuba untuk memperbaiki keadaan dia sebagai sedara kita.

 

Pandangan ustaz bila penguasaha Kosmetik berbalas di laman sosial media

 

“Apabila saya di tag dalam page media oleh netizen, saya hanya akan jawab disitu jelah. Tak sampai nak masuk rumah individu itu sendiri kerana itu dianggap menceroboh. Kalau hukum itu saya boleh jawab, berkaitan dengan apa yang saya belajar, saya akan kongsikan. Tapi kalau cerita tentang peribadi orang, saya tak setuju untuk mengulas tentang mereka di khalayak ramai. Perkara-perkara seperti ini kena personal DM mereka sendiri. Ketika saya membuat IG Live pun saya menyeru agar orang ramai tidak menyebut mana-mana individu. Bagi saya ia seperti membuka aib orang, dan membuka aib itu satu dosa besar.

 

Jujur saya katakan saya ada DM salah seorang pengusaha kosmetik dengan bahasa yang baik, dan sopan. Tegur dengan nada yang baik dan berlapik. Tapi terpulang padanya sama ada dia nak dengar ataupun tidak. Saya memberitahu benda yang positif,d an dia akan berfikir kesan ke atasnya. Bila dia mengambil pendekatan untuk tidak mendengar nasihat saya, maka tidak wajar untuk saya mengutuk dan mencaci. Pendekatan pendakwah ini berbeza-beza, ada yang menegur dengan tegas, ada yang menegur dengan cara lembut, namun jika ia masih tidak memudaratkan saya tak nak masuk campur.”

 

 

 

Published by
Maiya Deen