Car diagnostic photo created by Drazen Zigic - www.freepik.com

Memandu kereta di negara kita tanpa menggunakan sistem penghawa dingin atau aircond adalah satu perkara yang bukan mustahil tapi sangat sukar dilakukan. Dengan kondisi cuaca panas ekstrem yang sering melanda negara penggunaan aircond dalam kereta merupakan perkara sangat penting.

Disebabkan itulah melakukan servis aircond dengan sebaiknya secara berkala sangat penting. Selepas melakukan servis atau baiki sistem aircond kereta salah satu perkara penting untuk anda lakukan ialah proses vacuum.

Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi baik dan sejuk, sistem aircond harus mengandungi 100% gas aircond (refrigerant) mengikut model kereta. Dan kebiasannya jenis gas yang digunakan ialah R134a.

Selepas Servis & Baiki Aircond, Perlu Lalui Proses Vacuum! Ini Sebabnya Mengapa Ia Sangat Penting
VACUUM PUMP

Proses Vacuum menggunakan vacuum pump adalah untuk kita menyedut dan mengeluarkan udara, kelembapan dan juga kotoran halus serta benda asing dalam sistem aircond. Dan satu lagi untuk kita nak pastikan keadaan dalaman sistem di bawah paras tekanan udara normal (vacuum state) sebelum kita masuk gas.

Antara kelebihan lain, kita juga dapat kesan jika ada kebocoran dalam sistem aircond sebelum masukkan gas. Proses vacuum juga sangat penting untuk sistem aircond terutamanya selepas kereta anda melalui kerja servis atau baik pulih.

Ads

MENGAPA SANGAT PENTING

Mengapa ia sangat penting? Seperti MASKULIN nyatakan di atas, proses ini menyaksikan proses menyedut atau menarik segala udara dan kotoran halus di dalam sistem aircond kereta menggunakan sebuah mesin khas iaitu vacuum pump machine.

Mesin tersebut mampu membantu mengeluarkan udara basah dan segala kotoran halus dari dalam sistem aircond.

Selepas Servis & Baiki Aircond, Perlu Lalui Proses Vacuum! Ini Sebabnya Mengapa Ia Sangat Penting
Car diagnostic photo created by Drazen Zigic – www.freepik.com

Satu perkara penting perlu anda tahu juga ialah sebelum mengisi gas R134a harus dipastikan tiada udara atau lembapan di dalamnya.

Ads

Selain itu, kondisi dalaman sistem aircond juga perlu berada di bawah paras tekanan udara normal atau dalam bahasa mudahnya, vacuum state. Ini agar hanya gas R134a tulen sahaja yang akan dimasukkan.

Andai kata berlakunya sebarang kebocoran, gas tersebut akan keluar dan udara luar boleh masuk ke dalam sistem aircond. Apabila ini berlaku gas dan minyak kompresor boleh bercampur dan menyebabkan minyak jadi bersiat asidik menghakis.

Ads

Jadi sentiasa pantau kerja-kerja servis yang dilakukan di bengekl. Jika timbul masalah lain selepas anda hantar servis, rujuklah semula dengan bengkel dan cuba ajukan soalan tentang sebarang kemungkinan berlakunya kebocoran lain.

Semoga perkongsian ini mampu membantu dan memberikan manfaat kepada anda.

Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN!

Kredit: ascarservice

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI