Filem yang sendu dan tidak digemari rakyat Malaysia, One Two Jaga : Crossroads menang besar dalam Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, Sabtu lalu.

Selepas pengumuman tersebut, barulah ramai rakyat Malaysia yang acah-acah kononnya penggemar filem mulai mencari-cari ‘jasad dan roh’ filem tersebut.

Tonton berulang kali di Netflix

Selepas Menang FFM30, Filem One Two Jaga Offer Tiket Tayangan Semula RM5

Mujur ada di Netflix, bolehlah subcribe di situ dan tontonnya berulang-ulang kali kerana terlepas menontonnya di pawagam.

Bercakap tentang filem arahan Nam Ron, penulis sememangnya gemar mengikuti hasil karya yang tajam dan pedas namun ‘dibenci’ golongan acah-acah professional.

Filem realistik, pamer sisi pahit

Ini kerana dalam filem arahannya mengambil contoh seperti Gadoh (2009), kritikan sosial yang dilemparkan terlalu realistik.

Selepas Menang FFM30, Filem One Two Jaga Offer Tiket Tayangan Semula RM5

Tidak ada sesiapa pun boleh berkata perkara itu tidak wujud dalam masyarakat kita dan ia adalah satu kebenaran pahit yang perlu ditelan.

Ads

Sama seperti filem One Two Jaga : Crossroad, di sebalik masyarakat menyanjung keberanian dan ketelusan pihak berkuasa seperti polis, ada manusia yang bertindak sebagai ‘virus’.

‘Virus’ ini mengundang rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan daripada masyarakat yang terpaksa bergantung kepada badan-badan yang memiliki amanah dan tanggungjawab tersebut.

Selepas Menang FFM30, Filem One Two Jaga Offer Tiket Tayangan Semula RM5

One Two Jaga : Crossroad dikupas elok dan penulis amat tertarik dengan perkembangan filem ini sejak awal penerbitannya.

Ramai tidak yakin

Memang tidak ramai yang yakin dengan kualiti filem ini dan masing-masing melontarkan alasan, “Tiada promosi yang kuat”.

Ads

Malangnya mereka berkata demikian selepas mengetahui kewujudan filem tersebut sewaktu ia masih ditayangkan.

Menariknya lagi, salah seorang individu yang terpenting dalam pembikinan filem ini, Razaisyam Rashid siap offer money back guarantee mengajak orang ramai menontonnya.

Selepas Menang FFM30, Filem One Two Jaga Offer Tiket Tayangan Semula RM5

Namun begitulah lumrah manusia, karya yang baik dan berkualiti itu ada tetapi ramai yang tidak gemar menontonnya atas alasan kurang publisiti dan tiada wajah-wajah yang kacak serta jelita biar pun sudah mengetahuinya selepas itu.

Ads

Selepas Menang FFM30, Filem One Two Jaga Offer Tiket Tayangan Semula RM5

Apabila menang besar sahaja, mulalah buat u-turn mahu menonton sendiri apa yang best sangat tentang filem ini sehingga dinobatkan antara yang terbagus?

Tetapi bagi penggemar filem, tak salah untuk u-turn atau “Apa mahu malu?”, jangan lepaskan peluang untuk menelan kepahitan yang perlu diperbetulkan.

Saksikan sendiri dalam tayangan semula di 10 premis panggung wayang yang terpilih :

1.TGV Sunway Pyramid
2.TGV Wangsa Walk
3.TGV 1 Utama
4.TGV Tebrau City
5.TGV Bukit Raja
6.TGV KLCC
7.TGV Dpulze
8.TGV Kinta City

Harga tiket cuma RM5. Dah bagi paling murah dah tu untuk sesebuah karya yang berkualiti. Jangan cakap Malaysia tak ada karya yang bagus.

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal pun dah tonton. Next target, Ejen Ali The Movie pula!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI