Ramai di antara kita melakukan senaman setiap hari. Jika tidak waktu pagi kebiasaannya waktu petang atau malam pasti menjadi pilihan untuk bersenam sebaik mungkin.
Seperti biasa melakukan senaman akan membuatkan badan akan berasa lebih segar dan semestinya berpeluh dengan banyak.
Walaupun anda selesai melakukan rutin namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam. Ini kerana jika anda melakukannya ia boleh membuatkan senaman anda hanya sia-sia sahaja.
SAMBUNG BUAT RUTIN BERAT
Tidak tahu mengapa sesetengah lelaki seakan tidak tahu akan had tubuh badan mereka sendiri. Sudah habis melakukan rutin normal ingin sambung dengan senaman yang lebih berat. Tahukah anda melakukan senaman melebihi had kemampuan fizikal hanya boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
ENGGAN MAKAN
Anda sudah kehilangan banyak tenaga dan kalori. Jangan disebabkan sudah habis bersenam anda enggan makan kerana kononnya tidak mahu berat badan naik. Sedangkan tubuh badan anda memerlukan tenaga gantian yang baik. Paling penting anda harus minum banyak air sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam selepas bersenam.
TIDAK WARM DOWN
Sebelum melakukan senaman anda pasti lakukan warm up bukan. Begitu juga bila sudah habis melakukan rutin. Anda perlu melakukan warm down bagi membantu fizikal melalui proses pemulihan dan aliran darah dengan baik. Jangan pula selepas lakukan rutin senaman anda terus duduk di atas kerusi sahaja.
TUKAR BAJU & TERUS MANDI
Pakaian senaman direka khas bagi membuatkan badan berpeluh dengan baik. Malah ia boleh menyerap peluh dengan baik. Namun ia juga menyimpan banyak bakteria yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada kulit. Jadi pastikan anda tidak berlengah dan terus mandi dan tukar pakaian baharu. Bukan sahaja baju malah pakaian dalam, stoking dan juga seluar perlu ditukar.
MAKAN JUNK FOOD
Bagaikan menuang air ke atas daun keladi. Apa yang diusahakan hanya akan jadi sia-sia jika anda tidak pandai jaga makan. Junk food dan juga minuman berkarbonat mempunyai kandungai gula yang tinggi. Sebaliknya pilihlah snek sihat seperti baby carrot atau snek semula jadi.
https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=22s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI