Negara masih belum reda dengan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang nahas dalam kemalangan jalan raya di Thailand, semalam.
Hari ini, dunia hiburan tempatan dikejutkan pula dengan pemergian seorang chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Adamdidam.
Berita pemergian Allahyarham Adamdidam yang berusia 29 tahun itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya hari ini.
Sementara itu, selebriti dan pengacara terkenal, Neelofa yang merupakan anak saudara Adamdidam telah memuat naik satu posting menzahirkan perasaan duka cita.
Selain itu, Neelofa turut berkongsi gambar mereka sewaktu kanak-kanak menerusi Instastory di laman Instagram miliknya.
Memetik sumber dari sebuah portal tempat, Adamdidam dikatakan telah menghidap jangkitan pada paru-paru dan sejak Februari lagi, kesihatannya sudah terjejas.
Adamdidam dimaklumkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas sejurus selesai solat Zohor nanti.
Terdahulu, Adamdidam seperti memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan dirinya menerusi posting kedua terakhirnya di Instagram.