Bagi penggemar kasut atau panggilan popular, sneakers kemunculan SneakerLAH merupaka di antara acara yang cukup dinantikan. Edisi SneakerLAH pada tahun ini masih berlangsung di lokasi sama seperti terdahulu iaitu di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada Sabtu dan Ahad yang lalu.
Setelah dua tahun menyepi akibat pandemik, kemunculan SneakerLAH 2022 cukup mendapat sambutan yang cukup hangat daripada peminat sneakers atau sneakerhead. Jadi tidak hairanlah buat anda yang pergi ke acara ini dapat menyaksikan pengunjung bertiket biasa perlu beratur dengan cukup panjang.
Namun penganjuran cukup berjalan lancar dan pergerakan barisan juga dilihat cukup pantas. Tahniah buat penganjur yang melakukan penguraian trafik pengunjung dengan cukup baik. Bagi peminat sneakers, jenama New Balance kini pastinya cukup dekat di hati mereka. Apa tidaknya, New Balance dianggap ramai sebagai jenama sneakers of the year!
New Balance Malaysia turut menyertai SneakerLAH dengan pembukaan booth istimewa. MASKULIN sendiri berkesempatan mengunjungi ke booth ini bagi menyaksikan seleksi sneakers dan juga pakaian eksklusif ditawarkan sempena SneakerLAH.
Di antara yang paling menarik ialah pengenalan koleksi kolaborasi ekslusif bersama thisneverthat. Bertindak sebahagian daripada koleksi Fall/Winter 2022, New Balance turut menawarkan pelbagai variasi pakaian dan kasut. Antaranya termasuklah dari model 2002R, 1906R dan pakaian yang diinspirasikan dari gaya larian 90-an.
Buat mereka yang berkunjung ke booth New Balance juga berpeluang mendapatkan kasut terbaru New Balance 1906R yang diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia. Ia merupakan model kasut yang diintrepetasikan dari 1906 tech shoe dengan estetika kasut larian era 2000-an.
New Balance 1906R merupakan gaya throwback kepada original yang menggabungkan teknologi moden bersama elemen fungsi kegunaan harian. Keluaran pertama menampilkan tawaran unisex dengan colorway original (M1906RA) dan colorway sokongan yang diinspirasikan dari seleksi original 2002 (M1906RB).
Pengunjung ke booth New Balance juga turut berpeluang menyaksikan sendiri koleksi terkini 2022R, model yang kini cukup popular di kalangan penggemar sneakers. Penggunaan teknologi Stability Web dan N-ergy menjadikan silhouette ini sebagai antara yang cukup selesa bila dipakai.
Lebih menarik pengunjung yang melakukan sebarang pembelian di booth ini berpeluang memenangi hadiah menarik dari New Balance seperti buku Snekaer Freaker x Bew Balance 574. Ia merupakan buku kolaborasi eksklusif bersama SneakerFreaker yang meraikan model klasik New Balance 574.
Tahniah buat New Balance kerana turut meraikan kemeriahaan SneakerLAH 2022 dengan begitu baik sekali. Untuk maklumat terkini keluaran terbaru New Balance anda boleh mengikuti hantaran terkini mereka di laman media sosial mereka.