Tidak dapat dinafikan, lelaki dan mesin pencukur memang tidak boleh dipisahkan.
Selain menjadi peranti untuk membuang kumis, misam, janggut atau melakukan trim ia merupakan satu keperluan penting buat lelaki!
Menggunakan mesin pencukur yang berkualiti cukup penting bagi memberikan hasil yang memuaskan. Memilih mesin pencukur yang berkualiti juga boleh menjimatkan kos anda.
Mesin pencukur berkualiti kebiasaannya sangat tahan lasak dan boleh digunakan bertahun-tahun lamanya.
Pastinya anda rambang mata untuk memilih kerana terdapat pelbagai jenis mesin pencukur dengan macam-macam inovasi yang dijual di pasaran.
Untuk mendapatkan cukuran yang rapi, ini antara mesin pencukur yang boleh anda pilih.
Ketajaman pada bilah pisau alat pencukur ini akan memberikan anda prestasi yang hebat kerana boleh bertahan lama sehingga dua tahun. Sangat memudahkan penggunaan kerana boleh digunakan tanpa wayar dan anda hanya perlu mengecas semula bateri selama lapan jam untuk penggunaan selama 30 minit.
Mudah untuk disimpan kerana pencukur ini datang dalam beg kecil yang memudahkan penyimpanan. Hanya menggunakan dua bateri bersaiz AAA, anda boleh menggunakannya dalam perjalanan. Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.
Alat pencukur elektrik ini sangat efisien untuk digunakan sama ada untuk cukuran pada janggut dan misai. Ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk memastikan penampilan wajah anda sentiasa kemas.
Pada alat pencukur ini terdapat LED sebagai lampu indikator ketika mengecas untuk memudahkan anda mengetahui sama ada bateri sudah penuh. Mata pisaunya boleh dicuci setelah anda menggunakannya agar ia sentiasa bersih saat penyimpanan.
Ia menyediakan pencukur yang selesa pada tangan untuk penggunaan yang lancar dan memudahkan kawalan.
Anda juga boleh menggunakan pencukur ini sama ada pada permukaan wajah yang basah ataupun kering, selain ia tidak menyebabkan kerengsaan pada wajah. Selepas penggunaan, anda boleh membersihkan pisau cukur dengan air paip tanpa sebarang masalah.
Alat pencukur ini boleh membersihkan wajah sama ada menggunakan cukuran basah atau kering. Ia menggunakan bilah berbentuk U yang dapat mencukur secara menyeluruh dan rata.
Alat pencukur elektrik yang tampil premium ini menawarkan pengalaman pisau cukur yang paling mewah dan efisien buat lelaki.
Ia mempunyai lima alat pencukur untuk berfungsi untuk memotong rambut atau bulu-bulu pada wajah dengan fleksibel 10 arah. Cukuran akan menjadi lebih bersih dan rata dengan adanya teknologi getaran mikro khusus.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!