Lelaki dan mesin pencukur memang tidak boleh dipisahkan.
Selain digunakan untuk membuang kumis, misai, janggut atau jambang, mesin pencukur juga digunakan untuk memastikan wajah bersih daripada bulu yang tidak diingini.
Dan disebabkan itulah mesin pencukur ini menjadi antara barangan wajib ada dalam simpanan lelaki.
Untuk memudahkan kawalan dan penggunaan, sudah tentu anda ingin mencari mesin pencukur yang efisien dan dapat memberikan kepuasan berganda.
Pastinya anda rambang mata untuk memilih kerana terdapat pelbagai jenis mesin pencukur dengan macam-macam inovasi yang dijual di pasaran.
Untuk mendapatkan cukuran yang rapi, ini antara mesin pencukur yang boleh anda pilih.
Ads
PHILIPS PQ217
Anda akan tampil lebih berkeyakinan setiap hari apabila menggunakan alat pencukur elektrik ini. Ia akan memberikan anda pengalaman bercukur dengan lebih selesa dan tepat. Ketajaman pada bilah pisau alat pencukur ini akan memberikan anda prestasi yang hebat kerana boleh bertahan lama sehingga dua tahun. Sangat memudahkan penggunaan kerana boleh digunakan tanpa wayar dan anda hanya perlu mengecas semula bateri selama lapan jam untuk penggunaan selama 30 minit.
PANASONIC SHAVER CARD ES-RC20
Alat pencukur Foil Blade tunggal ini tampil dengan ukuran slim bersaiz kad nama. Ia digunakan untuk memotong rambut di bahagian dasar, bahkan pencukurannya lebih tepat dan bersih dalam waktu yang singkat. Mudah untuk disimpan kerana pencukur ini datang dalam beg kecil yang memudahkan penyimpanan. Hanya menggunakan dua bateri bersaiz AAA, anda boleh menggunakannya dalam perjalanan. Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.
FLYCO FS623
Ads
Alat pencukur elektrik ini sangat efisien untuk digunakan sama ada untuk cukuran pada janggut dan misai. Ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk memastikan penampilan wajah anda sentiasa kemas. Pada alat pencukur ini terdapat LED sebagai lampu indikator ketika mengecas untuk memudahkan anda mengetahui sama ada bateri sudah penuh. Mata pisaunya boleh dicuci setelah anda menggunakannya agar ia sentiasa bersih saat penyimpanan.
REMINGTON SMART EDGE XF8700
Ia menyediakan pencukur yang selesa pada tangan untuk penggunaan yang lancar dan memudahkan kawalan. Anda juga boleh menggunakan pencukur ini sama ada pada permukaan wajah yang basah ataupun kering, selain ia tidak menyebabkan kerengsaan pada wajah. Selepas penggunaan, anda boleh membersihkan pisau cukur dengan air paip tanpa sebarang masalah.
Ads
YOHOOLYO ELECTRIC SHAVER
Alat pencukur ini boleh membersihkan wajah sama ada menggunakan cukuran basah atau kering. Ia menggunakan bilah berbentuk U yang dapat mencukur secara menyeluruh dan rata.
BRAUN SERIES 9 9290CC
Alat pencukur elektrik yang tampil premium ini menawarkan pengalaman pisau cukur yang paling mewah dan efisien buat lelaki. Ia mempunyai lima alat pencukur untuk berfungsi untuk memotong rambut atau bulu-bulu pada wajah dengan fleksibel 10 arah. Cukuran akan menjadi lebih bersih dan rata dengan adanya teknologi getaran mikro khusus.
KEMEI KM-2024
Alat pencukur elektrik ini bersaiz kompak dan ringan serta mudah untuk dikendalikan. Ia mempunyai pisau berkembar yang boleh digunakan dalam keadaan basah dan kering, sesuai untuk merapikan wajah, leher, dagu serta rahang dengan lebih sempurna. Ia juga dapat menahan percikan air dari segala arah dan boleh dibersihkan selepas penggunaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Oleh kerana terlalu banyak merokok, badan pemuda Taiwan ini menjadi kurus kering dan tidak terurus sehingga ramai yang menganggapnya sebagai ‘penagih dadah’.
Namun setelah menghentikan amalan tersebut, pemuda ini menerima transformasi diri yang sangat luar biasa sehingga semakin kacak.
Dikongsi lebih 200K
Sehubungan itu menurut laman World of Buzz, gambar yang dimuat naik oleh pemuda itu menerima perkongsian daripada lebih 200,000 orang dalam tempoh 24 jam dan tidak dinafikan ramai yang terpegun dengan perubahan tersebut.
Mulut berbau tembakau
Berkongsi kisah silamnya, pemuda itu memberitahu mulutnya pernah berbau tembakau kerana menghisap rokok sekotak dalam masa sehari.
Selain itu dengan ketinggian 178 cm, beratnya cuma mencecah 52 kg. Pemuda itu mendakwa dia jadi kenyang meskipun cuma menghisap rokok.
Namun dalam masa sama, dia juga tidak lepas daripada berdepan dengan masalah muka berminyak serta penuh jerawat.
Ambil masa 4 tahun untuk berhenti rokok
Pemuda itu memberitahu dia mengambil masa selama 4 tahun untuk memulakan tekad mahu berhenti merokok.
Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, tekadnya berhasil dan dia mampu berhenti rokok sepenuhnya dan kehidupannya kembali berkualiti.
Selain berat badannya bertambah kepada 70 kg, pemuda tersebut juga cukup seronok kerana dapat menikmati pelbagai makanan yang sangat lazat.
Apa yang lebih penting, rupanya juga semakin kacak dan menjadi kegilaan ramai wanita meski pun pernah dipandang serong suatu masa dahulu.
Sumber : World of Buzz
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mahukan kulit yang sihat dan berseri? Anda tidak perlu berbelanja besar dan menghabiskan masa di spa. Hanya dengan beberapa ramuan yang mudah didapati di dapur anda, DIY (do-it-yourself) masker (facial mask) yang kami senaraikan ini mampu memberi kesan yang efektif terhadap kulit anda, malah selamat digunakan tanpa kimia sintetik.
Masker Pisang untuk Kulit Lembut Pisang bukan sahaja berkhasiat untuk tubuh badan kita bahkan untuk kulit kita juga. Selain baunya yang wangi, masker pisang ini dapat menghidrasi serta melembutkan kulit.Ramuan dan cara-caranya:
1/4 cawan yogurt biasa (tanpa perisa)
2 sudu besar madu (baik untuk kulit bermasalah)
1 pisang bersaiz sederhana
Lenyek pisang sehingga betul betul lumat. Tambahkan yogurt dan madu dan kacau sebati. Ratakan di muka dan leher dan biarkan selama 10-20 minit, kemudian basuh muka anda dengan air sejuk.
Masker Cuka Epal untuk Mengecilkan PoriCuka epal mempunyai 1001 khasiat dan kegunaan. Selain bagus diamalkan untuk mencegah penyakit, cuka epal juga mampu membersihkan dan mengecilkan liang pori-pori kulit. Untuk menggunakan cuka epal sebagai toner, tambahkan satu sudu cuka epal untuk setiap dua cawan air bersih dan gunakan selepas membasuh muka. Cuka epal juga boleh dibuat masker untuk kesan yang lebih tahan lama.Ramuan dan cara-caranya:
1/4 cawan cuka epal
1/4 cawan air
Campurkan cuka dengan air dan ratakan di atas muka. Biar kering dan basuh muka dengan air sejuk.
Masker Kunyit untuk Kulit BerseriKunyit telah lama digunakan oleh pengantin di India untuk mendapatkan kulit yang berseri di hari persandingan. Kunyit mempunyai antioksida yang dapat melambatkan penuaan sel, mengurangkan kedutan dan merawat masalah kulit seperti jerawat dan kulit kering. Pelakon Star Wars, Daisy Ridley, juga menggunakan masker kunyit untuk mengecutkan jerawat di mukanya.Ramuan dan cara-caranya
2 sudu makan tepung (tepung gandum, beras atau oat boleh digunakan)
1 sudu kecil kunyit
3 sudu makan susu segar atau yogurt
beberapa titik madu
Campurkan kesemua bahan. Sapu nipis pada muka dan biarkan kering selama 20 minit. Bilas bersih. Masker ini tidak akan meninggalkan kesan di muka jika dipakai nipis.
Masker Susu dan Avokado untuk Kulit LembutSusu telah digunakan dalam ritual kecantikan sejak zaman Cleopatra lagi untuk mendaatkan kulit lembut dan mulus bak bayi. Penggunaan susu terutamanya susu yang belum diproses dipercayai dapat mengurangkan jerawat, melembabkan dan melembutkan kulit.Ramuan dan cara-caranya
¼ avokado masak
1 sudu makan susu
Lenyekkan avokado sehingga lumat dan tidak berketul. Tambahkan susu dan gaul hingga sebati. Sapukan di muka dan biarkan sehingga 10-15 minit. Lap dengan tuala basah hangat atau bersihkan dengan air suam untuk menanggalkan masker. Kemudian, bilas muka dengan air sejuk.
Masker Putih Telur untuk Kulit BersihPutih telur bukan sahaja kaya dengan nutrisi untuk tubuh badan kita, malah dapat membantu membersih dan mengecilkan liang pori pori di muka. Putih telur juga dikatakan mampu mengurangkan sebum berlebihan terutama untuk kulit berminyak.Ramuan dan cara-caranya
Putih telur dari 1 biji telur
1 sudu the jus lemon
1 sudu the madu
Pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbusa. Tambahkan madu dan kacau sebati. Basuh muka anda dengan air suam untuk membuka pori. Sapu campuran putih telur, jus lemon dan madu ke muka dengan bebola kapas. Biar kering selama 10-15 minit. Apabila masker sudah kering, tanggalkan dengan lembut menggunakan air suam. Campuran masker ini mempunyai jus lemon, jadi jangan pakai masker ini di bawah sinaran matahari dan basuh bersih muka dan tangan anda selepas memakai masker ini untuk mengelakkan reaksi fotosensitiviti (kulit mudah terbakar di bawah sinaran matahari.
Petua Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengembara ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan, namun ia juga boleh memberi cabaran kepada rutin penjagaan wajah anda.
Menurut perkongsian Dr Lim Ing Kien, atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky, seorang pakar kulit terkenal, penting untuk menyesuaikan rutin penjagaan wajah anda mengikut iklim dan cuaca destinasi yang anda kunjungi.
Berikut adalah beberapa nasihat dari Dr Ingky untuk memastikan kulit anda tetap sihat dan terlindung semasa pengembaraan.
Perubahan Iklim dan Cuaca
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan kulit kita mudah menghasilkan minyak berlebihan. Namun, jika anda mengembara ke negara yang mempunyai iklim berbeza, seperti negara bermusim sejuk, kulit anda mungkin lebih mudah mengalami kekeringan.
Oleh itu, penting untuk menukar rutin penjagaan wajah anda sesuai dengan keadaan cuaca di tempat yang anda lawati. Menurut Dr Ingky, negara bermusim sejuk lebih mudah mengeringkan kulit, maka penting untuk mencari produk penjagaan kulit yang memberikan lebih kelembapan.
Dr Ingky menasihatkan agar anda tidak perlu membeli produk penjagaan kulit yang mahal dan bersaiz besar semasa mengembara. Cukup sekadar beli produk yang biasa dan bersaiz kecil khusus untuk tempoh pengembaraan anda.
Produk bersaiz kecil ini sudah cukup untuk digunakan sepanjang tempoh pengembaraan dan memudahkan anda membawa dalam bagasi. Setelah kembali dari pengembaraan, anda boleh terus buangkan lebihan produk tersebut jika sudah habis dipakai.
Penyesuaian Rutin Penjagaan
Penyesuaian rutin penjagaan kulit penting untuk memastikan kulit anda bersesuaian dengan keadaan cuaca di tempat yang anda kunjungi dan mengelakkan sebarang kerosakan kulit.
Dr Ingky menekankan kepentingan untuk ambil tahu negara mana yang hendak dilawati dan apakah cuacanya pada waktu tersebut. Dengan pengetahuan ini, anda boleh mempersiapkan diri dengan produk penjagaan kulit yang sesuai.
Tips Tambahan
Selain daripada menggunakan produk yang sesuai, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh diambil untuk melindungi kulit anda semasa mengembara:
Minum Air yang Cukup: Pastikan anda sentiasa terhidrasi dengan meminum air yang cukup, terutamanya jika berada di negara yang sejuk dan kering.
Gunakan Pelembap dan Pelindung Matahari: Gunakan pelembap yang lebih tebal jika berada di negara yang sejuk dan jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari, walaupun pada hari yang mendung.
Bawa Produk Kecemasan: Bawa beberapa produk kecemasan seperti pelembap bibir, krim tangan dan semburan wajah untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering.
Dengan mengikuti nasihat Dr Ingky, anda boleh memastikan kulit anda tetap sihat dan terlindung semasa mengembara ke luar negara. Penyesuaian rutin penjagaan wajah mengikut iklim dan cuaca adalah kunci utama untuk mengelakkan masalah kulit dan memastikan pengembaraan anda berjalan lancar tanpa sebarang kerisauan tentang keadaan kulit anda.