Lagu Raya mula berkumandang di sana-sini menandakan kita sudah menuju ke penghujung bulan Ramada dan bakal menyambut 1 Syawal tidak lama lagi.
Di sana-sini sudah riuh kelihatan orang ramai mula berpusu-pusu di pusat membeli-belah membawa keluarga masing-masing untuk mencari baju raya.
Buat anda sebagai lelaki juga tidak harus ketinggalan untuk mempersiapkan diri dengan gaya paling menarik terutamanya di pagi Hari Raya.
Selain menggayakan Baju Melayu anda harus melengkapkannya dengan kasut yang sesuai.
Kalau tiada idea apa jenis kasut perlu anda pakai, usah risau. MASKULIN kongsikan beberapa jenis kasut yang ideal untuk anda pakai pada Hari Raya.
Oxford
Kasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan.
Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman.
Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
Ramai yang suka pakai minyak wangi. Selain boleh menyerlahkan penampilan, memakai minyak wangi juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Tentu anda stres bila minyak wangi yang disembur pada waktu pagi semakin hilang menjelangnya tengah hari. Sebenarnya ada cara nak pastikan bau minyak wangi kekal lama.
Semburan di bahagian ini membuatkan bau minyak wangi kekal lama kerana kawasan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah perpeluhan di kawasan ini juga akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.
2. Pakai losen atau pelembap dahulu
Kajian menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering. Jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan losen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.
3. Sapu Vaseline pada nadi
Tip berkesan agar bau minyak wangi bertahan lama ialah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum anda memakai minyak wangi.
Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya. Langkah sebaiknya anda simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.
5. Elak gosok selepas sembur
Elak menggosok minyak wangi dengan tangan kerana perbuatan ini boleh merosakkan molekul wangian tersebut dan menyebabkan baunya jadi berbeza. Cara yang baik, semburkan minyak wangi pada jarak 4-6 inci dari kawasan sasaran. Elak sembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama atau panjang. Cukup hanya semburan ringan kerana ia akan menyebarkan bau yang sama rata pada tubuh anda.
6. Sembur pada sikat rambut
Jangan sembur minyak wangi pada rambut kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut jadi kering. Sebaiknya, semburkan minyak wangi pada sikat dahulu sebelum anda menyikat rambut.
7. Pakai selepas mandi & sebelum pakai baju
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau minyak wangi. Jadi pakailah minyak wangi selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian. Cara ini juga akan menghalang bau minyak wangi dari mengotori pakaian atau aksesori anda.
8. Sembur di kulit yang panas
Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.
9. Jangan bazirkan titisan akhir
Langkah berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi ke dalam losen badan anda. Ini akan membuatkan losen anda sentiasa wangi.
10. Elak goncang botol minyak wangi
Jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Beliau merupakan Perdana Menteri Kanada kedua yang termuda menyandang jawatan sebagai Perdan Menteri. Lahir pada 25 Disember 1971, beliau merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau, beliau juga merupakan anak kepada perdana menteri terdahulu yang pertama untuk menyandang jawatan tersebut. Trudeau lahir di Ottawa dan menghadiri Collège Jean-de-Brébeuf. Beliau menerima ijazah BA dalam kesusasteraan Inggeris dari Universiti McGill pada 1994 dan BEd dari Universiti British Columbia pada 1998. Beliau menjadi terkenal di mata umum pada Oktober 2000 dengan mengucapkan eulogi di upacara pengebumian bapanya. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai guru di Vancouver, mengkaji kejuruteraan, dan mengejar ijazah sarjana dalam Geografi Persekitaran. Beliau juga menggunakan kenamaannya untuk memperjuangkan pelbagai perjuangan serta berlakon dalam minisiri TV 2007 The Great War.
Mark Zuckerberg
Beliau merupakan pengasas Facebook sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Facebook hari ini. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Univrsiti Stanford. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia. Kehebatan Zuckerberg menjadikan anak muda di luar sana mempunyai cita-cita untuk terus mengubah negara.
Mikhail Varshavski
Mikhail “Mike” Varshavski atau lebih dikenali sebagai Doktor Mike merupakan seorang doktor selebriti Rusia-Amerika yang bekerja di New Jersey. Doktor muda yang berusia 29 tahun mula dikenali apabila Varshavski mendapat perhatian media pada pertengahan 2015 apabila Buzzfeed menyiarkan artikel memuji Varshavski kerana penampilannya. Menerusi People Magazine lelaki muda kacak ini merupakan salah seorang “Sexiest Doctor Alive” yang tersenarai dalam isu Sexiest Men Alive. Ini menyebabkan akaun Instagramnya menjadi tular di seluruh dunia. Rata-rata netizen mula menggelarkan diri beliau sebagai McDreamy menerusi lakonan Patrick Dempsey dalam Grey’s Anatomy.
Kim Jung-un
Lahir pada tahun 1983/1984, beliau ini merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Sejak kematian bapanya yang merupakan pemimpin terulung Korea Utara, tahun 2010 merupakan tahun epik kerana beliau diangkat sebagai ‘Pewaris Agong’ pleh media Korea Utara. Dalam Tentera Rakyat Korea, beliau berpangkat Daejang yang bersamaan dengan Jeneral Kim dipercayai mengkaji sains komputer secara bersendirian di Korea Utara dan meraih dua Ijazah iaitu satu fizik di Universiti Kim II-sung dan satu lagi di Akademi Tentera Kim II-sung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Balik raya ni semestinya memenatkan kan? Tambah pula bila jem, lenguh kaku wyeh! Tapi bila dah sampai ke destinasi tu, senyum lebar pemandu sebab dapat berehat. Tentunya setelah bergelar anak yang sudah bekerjaya ni, mestilah ibu dan ayah korang dah pencen dari memandu kan? Jadi andalah yang kena memandu. Ingat lagi tak zaman nak ambil lesen memandu dulu, mak ayah dah pesan kan, nanti bila dah pandai bawak kereta, mereka pula jadi penumpang. Tapi, dah suruh anda memandu, mereka tak habis-habis membebel di sebelah atau belakang. Ini antara yang dilalui oleh anak-anak ketika ibu bapa menjadi penumpang.
JPJ Tak berbayar
Ingatkan zaman ambil lesen memandu saja yang akan berhadapan dengan JPJ, tapi bila dah habis Percubaan dah pro bawak kereta pun, masih kena kecam dengan ibu bapa bila bawa kereta. Macam-macam soalan memandu mereka kemukakan, contohnya jarak antara kereta anda dan kenderaan hadapan, patuhi had lajuan.
Radio tak boleh kuat
Biasalah anak muda, mestilah nak memandu sambil dengar lagu di corong radio kan? Tapi tidak bagi ibu bapa anda, mungkin kerana faktor usia, mereka sudah tidak boleh dengar bunyi yang sangat kuat. Jadi, daripada biarkan anda memekik dengan lagu, mereka akan ajak anda membawang!
Speed Trap sepanjang jalan
Anda pun tahu kan, dengan aplikasi di telefon anda boleh dapat tahu dimana lokasi speed trap, tapi dengan adanya ibu bapa anda di dalam kereta, anda speed je, mulalah membebel. Had kelajuan kadang-kadang lebih lendah dari yang diberi. Nak melawan, orang tua. Kalau dia bawak kereta laju boleh, kita bawak tak boleh. Mesti anda pernah membebel benda ni dalam hati kan?
Waze Bergerak
Mereka ini warga tua, yang lebih percayakan Signboard dan gerak hati daripada teknologi. Pernah tak anda pasang Waze, namun ibu dan ayah anda tidak mengikut laluan yang diberikan? Mereka ikut jalan lain kemudian, sesat?! hmmm inilah yang anak-anak zaman sekarang perlu lalui.
Menjerit tak bagi salam!
Mungki sesetengah anda yang kaki bawa laju akan mendengar background muzik di belakang atau sisi anda. Ibu anda merupakan insan yang gemar menjerit walaupun nampak kucing tepi jalan nak mengawan! ini pasti akan membuatkan anda turut terkejut dan anda akan menekan paddle break. Sabar je lah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.