Selamatkan Telefon Atau Laptop Terjatuh Dalam Air Dengan Cara Ini

Share

Ya, tidak dinafikan kebanyakan telefon pintar dan juga laptop pada masa kini memiliki ciri-ciri ketahanan air. Namun ada satu perkara kita perlu ingat ia bukanlah kalis air sepenuhnya. Kebanyakannya hanya mampu bertahan untuk beberapa meter kedalaman air sahaja. Jadi jika peranti anda tenggelam dalam masa yang lama bagaimana nak selamatkan telefon atau laptop tersebut?

Kemungkinan besar telefon pintar dan laptop yang dimasuki air akan secara automatiknya terpada. .Namun ingat jangan sesekali cuba hidupkannya ketika ia masih basah. Ini kerana dikhuatiri litar di dalamnya boleh rosak.

Jadi apa yang boleh anda lakukan selain membawanya ke kedai untuk dibaiki?

Ini merupakan beberapa cara yang ringkas boleh anda cuba lakukan untuk selamatkan peranti kesayangan.

Guna beras

Cabut semua bahagian telefon atau laptop yang boleh dileraikan. Balut dengan tisu dan masukkan dalam plastik. Kemudian, tutup ia dengan beras untuk beberapa hari. Paling awal, cuba keesokan harinya dan cuma on semula peralatan anda. Insya’Allah kembali OK!

Guna silica gel

Sama seperti langkah di atas iaitu leraikan semua bahagian dan masukkan ke dalam sebuah kotak kosong. Kemudian, ambil silica gel dan tutup tanpa ada udara boleh masuk. Bagi yang tertanya-tanya apakah itu silica gel, jawapannya, anda pernah beli kasut dan jumpa satu pek gel kecil dalam kotak kasut itu? Ya, itulah silica gel yang berfungsi untuk menyerap kelembapan.

Foto: freepik – www.freepik.com

Guna pengering rambut

Cabut semua bahagian dan guna pengering rambut. Namun jangan terlalu dekatkan muncung pengering rambut atau gunakan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh memberi kesan kepada peralatan anda. Lakukan berulang-ulang setiap dua hingga tiga jam.

Bilas dengan air paip

Jika peralatan anda termasuk ke dalam air laut, bilas dan basuh sahaja telefon atau laptop anda itu dengan air paip kerana air laut boleh menyebabkan bahagian dalam berkarat sekali pun menambahkan kerosakan yang lebih serius.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk tips lelaki masa kini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim