Jika anda perasan, cuaca sekarang memang tak menentu dan tapi hampir setiap hari hujan kebelakangan ini.
Malang tidak berbau, pada musim hujan ini juga mungkin akan berlaku banjir dan banjir kilat. Salah satu langkah berjaga-jaga yang perlu kita buat ketika ini adalah memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang selamat dari bencana alam ini.
Justeru kita diingatkan supaya mengelak daripada meletakkan kenderaan di empat kawasan ini sepanjang musin hujan.
1. Lereng bukit
Foto: Astro Awani
Ada banyak kawasan perumahan atau pejabat yang terletak di tepi kawasan bukit. Berhati-hati sekiranya perlu meletakkan kenderaan ini di sini ketika hujan. Ini kerana tanah di lereng bukit ini tidak terlalu kuat.
Sekiranya air hujan yang deras melalui kawasan lereng bukit berkemungkinan terjadi tanah runtuh. Jika perlu memarkir kereta di kawasan ini kena pastikan sentiasa bersedia. Alih kenderaan jika hujan lebat dan selalu update keadaan ramalan cuaca.
2. Kawasan rendah
Ads
Meletak kereta di kawasan rendah memang terdedah kepada risiko kereta ditenggelami air akibat banjir kilat. Ini kerana banjir kilat berlaku dengan pantas, air boleh naik sekejap saja apabila hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam saja.
Boleh jadi kereta kita sendiri tak sedar kereta ditenggelami air kerana duduk di dalam pejabat. Jika satu-satu kawasan itu selalu terjadi banjir kilat, elakkan meletakkan kenderaan di sini sekiranya hujan.
3. Tepi pantai dan sungai
Ads
Foto: Facebook
Dua kawasan ini antara kawasan yang bahaya dan tidak selamat dalam keadaan hujan. Jadi jangan memarkir kenderaan berhampiran dengan sungai dan pantai dalam keadaan cuaca sebegini.
Selain risiko banjir, keadaan air pasang juga boleh menyebabkan kereta kita dihanyutkan. Walau pun kita rasa dah parking jauh dari sungai atau pantai tapi fenomena air pasang tak boleh dijangka.
4. Bawah pokok
Foto: Astro Awani
Meletakkan kenderaan di bawah pokok memang tak selamat ketika hujan. Biasa berlaku hujan lebat akan datang bersama dengan angin kuat atau pun ribut.
Ads
Kereta boleh rosak ditimpa dengan dahan-dahan pokok jika berlaku angin kuat. Jika sekadar ranting, tak mengapa tapi kalau dahan atau pokok yang tumbang memang besar kerosakan pada kereta. Dah tentu akan menyusahkan.
Jadi bebelum berlaku kejadian tak diingini beringatlah sebelum meletakkan kenderaan. Jika terpaksak meletak kenderaan di kawasan ini sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca. Sekiranya hujan, alihkan kenderaan supaya dalam keadaan selamat.
Stay safe guys!
Sumber: Baterihub
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
RODA PANAS 2 ternyata menyajikan kandungan automotif yang sangat bervariasi dan penuh info menarik. Apa tidaknya untuk episod ketiga pula, RODA PANAS 2 membawakan tema 4×4 dengan cabaran pemanduan dan pelbagai info teknikal tentang kenderaan pacuan empat roda.
Bila bercakap tentang kenderaan pacuan empat roda pastinya anda akan terus terbayangkan cabaran off road seperti kereta rali atau cabaran merentas hutan yang penuh berliku. Anda tidak salah kerana itulah yang akan ditonjolkan pada episod RODA PANAS 2 yang cukup istimewa.
Bagi episod kali ini, hos RODA PANAS 2, Fizo Omar dibawa memandu kenderaan pacuan empat roda ke kawasan jauh dari peradaban manusia. Kata Fizo, episod kali ini RODA PANAS 2 keluar dari garaj danzon selesa untuk memasuki territory yang lebih lasak dan mencabar secara off-road!
Bersama-sama Fizo dalam episod penuh pengembaraan dan cabaran lasak untuk episod ketiga ialah jemputan dan pakar yang cukup terkenal dalam dunia permotoran pacuan empat roda iaitu Mohamad Ridhuan Max.
Bersama-sama kenderaan pacuan empat rodanya, Jeep Cherokee beliau membawa Fizo Omar jauh ke jalan yang cukup lasak bagi merasai sendiri pengalaman serta pengembaraan berliku.
Kalau anda ingin lihat bagaimana Fizo mencabar dirinya untuk memandu dalam keadaan jalan penuh berselut, berlopak dan berbukit tontonlah episod ini esok ya.
Selain membawa anda merasai pengembaraan pemanduan pacuan empat roda, Ridhuan turut berkongsi pengalamannya selama 12 tahun berkecimpung dalam aktiviti off road bersama pacuan empat roda.
Selain itu, pelbagai tip serta teknik tentang cara pemanduan serta ilmu-ilmu serta trik ketika berdepan cabaran turut dikongsi. Jadi, buat anda peminat automotif yang mahukan cabaran dan cintakan kedamaian alam, inilah episod yang tidak harus anda lepaskan.
Perodua memperkenalkan kerusi keselamatan kanak-kanak Perodua ke pasaran tempatan.
Sempena pengenalan produk berkenaan, Perodua menawarkan kerusi tersebut pada harga pengenalan RM660 (bayi) dan RM780 (kanak-kanak). Promosi itu sah sehingga Perayaan Tahun Baru Cina 2018.
Selepas tamatnya tempoh itu, harga bagi kerusi keselamatan bayi ialah RM790 dan kanak-kanak RM980 seunit.
Kerusi keselamatan bayi direka bagi menampung berat sehingga 13kg dan tersedia dalam dua pilihan warna merah dan kelabu.
Manakala kerusi keselamatan kanak-kanak pula dapat menampung berat sembilan hingga 36kg dengan pilihan warna merah dan hitam.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, pihaknya percaya produk yang ditawarkan itu adalah kompetitif.
“Pihak penasihat jualan dan servis akan menunjukkan cara pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul demi ketenangan minda pemilik,” katanya.
Tambahnya produk itu ditawarkan pada harga mampu milik seiring dengan taqline Perodua memperkenalkan kereta pada harga kompetitif.
Dalam perkembangan sama, Perodua turut melancarkan kempen keselamatan bermatlamat menambahbaik tingkah laku pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan asas jalan raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.