Boleh dikatakan sebagai lagenda bola sepak Brazil, Kaka merupakan salah seorang daripada 4 pemain Brazil yang pernah menerima Anugerah Ballon d’Or bersama Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Kaka mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun,
Memulakan karier seniornya bersama Sao Paolo, Kaka kemudian berpindah ke AC Milan yang merupakan kelab paling berjaya dalam karier bola sepaknya. 6 musim di AC Milan, Kaka berjaya membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1 pada tahun 2007.
“Ia lebih daripada apa yang saya bayangkan. Terima kasih! Saya sekarang bersedia untuk perjalanan seterusnya,” tulis Kaka.
Beraksi sebanyak 95 kali untuk negaranya, Kaka bersama pasukannya pernah memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun dan kemudian dipilih sebagai pemain terbaik dunia FIFA pada 2007.
Ads
Kerjaya dalam arena bola sepak bermula di Sao Paulo dekat sini pada 2001, tetapi pada ketika itu, beliau bersama dengan kelab AC Milan yang disertainya pada 2003.
Selain itu, Kaka juga pernah mengetuai kelab Itali Scudetto 2003-2004, Supercoppa Italiana 2004, Piala Super UEFA 2007, Piala Dunia Kelab FIFA 2007 dan gelaran Juara Liga 2006-2007.
Kaka kemudian berpindah ke Real Madrid pada 2009 dengan yuran 67 juta euro, meskipun beliau tidak benar-benar cemerlang ketika bersama pasukan Milan sebelum itu.
Ads
Pemain tersebut namun pernah membantu kelab Sepanyol tersebut menggondol Piala Copa Del Rey pada musim 2010-2011 dan gelaran La Liga 2011-2012.
Beliau kemudian kembali semula ke Milan untuk musim 2013-2014, sebelum mengambil keputusan menamatkan kariernya ketika bersama Orlando City.
Ads
Sumber : BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mitos mengatakan pengambilan telur adalah sesuatu yang tidak baik kononnya memiliki kolestrol yang tinggi pada bahagian telur kuningnya sehingga boleh menyebabkan jantung seseorang itu tersumbat.
Namun kajian saintifik membuktikan yang sebaliknya kerana dalam sebiji telur terdapat banyak sumber protien yang diperlukan oleh badan untuk tujuan pemulihan sel tubuh badan yang rosak akibat aktiviti harian.
Selain dapat membantu anda jadi kenyang dengan lebih cepat tanpa makan makanan yang berat, ini antara 10 khasiat tentang telur yang perlu diketahui :
1. Rambut dan kulit jadi lebih sihat
Telur kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin kompleks ini penting jika anda mahu kulit, rambut dan kuku lebih sihat dan cantik. Putih dan kuning telur baik untuk kulit dan rambut. Kunung telur berfungsi menyubur serta menguatkan rambut, manakala kandungan vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur membantu mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar dan parut, jerawat, kedutan dan juga ruam.
2. Jadikan sebagai face mask
Dengan khasiat 69 jenis protein yang ada dalam telur, anda boleh bayangkan bagaimana hebat telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka anda. Telur juga boleh dijadikan salah satu bahan dalam face mask anda.
3. Memelihara kesihatan mata
Lutein dan zeksantin adalah dua asid amino yang terkandung dalam telur yang dapat menjaga kesihatan mata anda. Dengan pengambilan yang kerap, ia boleh mengurangkan penyakit yang berkait dengan mata tetapi kedua-dua asid amino ini hanya terkandung di dalam kuning telur. Jadi jangan takut untuk makan kuning telur, tapi jangan pula makan berlebihan.
4. Mengurangkan risiko sakit jantung
Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
5. Kadar tenaga bertambah
Vitamin B2 dalam telur juga dikenali sebagai riboflavin. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga. Sebiji telur mengandungi 15% daripada keperluan harian vitamin B2.
6. Kandungan kolestrol yang lebih baik
Umum tahu yang telur mengandungi kolestrol, tapi kita jangan ingat semua kolestrol adalah tidak baik untuk kita. Kolestrol daripada telur hanya menambahkan kadar kolestrol yang baik sahaja.
7. Perlindungan kepada otak
Ramai yang tidak tahu tentang ini, tapi telur amat penting untuk otak kita. Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini. Choline diperlukan untuk neurotransmitter (pemancaran neuro) dalam otak kita berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.
8. Badan mendapat asid amino
Badan kita mampu menghasilkan sehingga 11 asid amino yang diperlukan badan untuk berfungsi. Namun, badan kita masih perlukan lagi 9 asid amino, yang mana terkandung di dalam telur.
9. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan
Jika badan anda tidak dibekalkan dengan asid amino yang terkandung di dalam telur, ia boleh memberi kesan kepada otak anda. Mengikut kajian pada 2004, mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan, yang mana boleh mengurangkan tekanan dan juga rasa bimbang.
10. Tulang dan gigi yang lebih baik
Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita. Vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium, dan vitamin D juga baik untuk kesihatan hati.
11. Sistem imun yang lebih baik
Jika anda tidak mengamalkan makan telur dalam diet anda, anda perlu mulakan sekarang, kerana dengan pengambilan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi. Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA) kerana ia mengandungi hampir satu perempat kandungan selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila membicarakan tentang cara untuk turunkan badan pelbagai kaedah diet serta senaman yang diamalkan oleh ramai orang. Ada yang susah untuk dilakukan dan ada juga yang sebenarnya boleh dilakukan tanpa bersusah-payah.
Namun ramai orang yang silap mengamalkan senaman dan diet. Apatah lagi jenis yang tak sabar dan ingin melihat hasilnya dalam tempoh yang singkat. Anda harus ingat, proses ini merupakan sebuah perjalanan bukannya ingin capai keputusan sahaja.
Terdapat beberapa perkara yang sering silap dilakukan oleh ramai orang. Malah ada juga yang amalkan sesetengah tip dan petua atas dasar dengar apa yang orang lain cakap semata.
Berikut merupakan antara persepsi salah dan cara silap yang ramai orang lakukan.
SKIP MAKAN MALAM
Sejak kebelakangan ini ramai yang mula meninggalkan makan malam semata-mata ingin berdiet. Sebenarnya ia hanya menyebabkan badan anda kekurangan tenaga. Apa gunanya kalau anda skip makan malam tapi pada waktu pagi dan tengahari makan bagai nak rak. Berat gerenti tak berkurang malah boleh meningkat juga.
SENAMAN SEMATA
Ramai yang mengeluh selepas bersenam dalam beberap tempoh waktu tapi hasilnya tak dapat dirasai. Berat badan tak turun dan hanya dapat letih sahaja. Tahukah anda bahawa faktor berat badan turun dengan melakukan senaman hanyalah 20% sahaja. Manakala faktor lebih ebsar, 80% bergantung kepada diet dan corak pemakanan anda. Bersenam kalau tak jaga makan memang tak akan ke mana.
Salah satu spot paling ketara bila berat badan naik ialah bahagian perut terutamanya di kalangan lelaki. Anda buatlah senaman seberapa banyak sampai perut pun sakit cramp. Tapi kalau tak jaga diet dan pemakanan, usah mimpi perut itu akan kembali rata.
KEPENTINGAN SENAMAN
Tapi janganlah pula anda anggap senaman itu tak penting. Ya, senaman memang sangat penting bukan sahaja untuk membantu badan membakar segala kalori dan lemak badan tetapi menjamin kualiti hidup lebih sihat. Dengan diet yang seimbang, proses senaman anda juga boleh berjalan dengan lancar. Barulah dapat hasilnya dalam tempoh yang cepat.
TAK MAKAN NASI TAPI BERAT SAMA
Ini adalah mitos yang buatkan ramai orang memusuhi nasi. Sebenarnya nasi itu tak salah. Malah sebagai orang Malaysia, nasi itu menjadi sebagai sumber makanan dan tenaga utama kita. Apa yang salah ialah bila anda makan nasi dengan banyak dan tak kawal jumlahnya. Untuk diet yang sihat anda perlu hanya makanan kira-kira segenggam nasi setiap kali makan. Sertakan juga dengan sayuran dan sumber protein seperti ikan, aya atau daging secukupnya. Nasi tak salah, yang salah adalah tabiat makan anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi, sekaligus mencipta kelasnya tersendiri.
Memetik laporan Sinar Harian, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 yang mesra dipanggil “Dek Wan” berjaya mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman yang membawa pulang perak di Grand Stadium Marrakech.
Pingat gangsa menjadi milik rakan senegara Ahmad Fizzi Rosni yang mencatat masa 12.72s.
Foto: Mohamad Ridzuan.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhamad Afiq Mohamad Ali terpaksa berpuas hati memperoleh gangsa bagi acara 100m T12 (kecacatan fizikal) dengan mencatat masa 11.45s.
Muhamad Afiq ditinggalkan pelari tuan rumah Mouncef Bouja yang memperoleh emas dengan catatan masa 11s manakala pingat perak menjadi milik Temitope Olusesan dari Nigeria dengan rekod 11.15s.
Dalam pada itu, atlet para Mohammad Zikri Zakaria memperoleh perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter (m) dengan 780 mata.
Pingat emas menjadi milik atlet dari Armenia, Sargio yang membuat lontaran 11.23m dengan kutipan mata 924.
Pingat gangsa pula disambar oleh Mukan Aitmyrzayev dari Kazakhstan meraih selepas membuat lontaran sejauh 9.62m dengan 733 mata.